Nuraina anak yang manja, ringan tulang, “Itulah satu-satunya anak perempuan saya.” Nuraina Humaira Rosli, 10, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang Jumaat lalu ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Nuraina Anak Yang Manja, Ringan Tulang, “Itulah Satu-satunya Anak Perempuan Saya”
Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli itu direman selama tujuh hari. Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan reman ke atas suspek berusia 17 tahun itu bermula hari ini sehingga 25 Ogos depan bagi membantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilaporkan berkata, hasil bedah siasat menemukan kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.
Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ads
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.
Bapa mangsa, Rosli Mahadi, memberitahu Nuraina seorang kanak-kanak yang pemalu dan suka bersendirian yang sering kekecewaannya kerana tidak mampu mengawasi anak pertamanya itu sehingga boleh menyebabkan kematian.
Tambahnya lagi, Nuraina yang juga murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu adalah seorang yang manja dan ringan tulang membantu ibu serta menjaga adik lelakinya berusia empat tahun.
“Itulah satu-satunya anak perempuan saya. Selalu bila saya balik kerja, dia akan pinjam telefon untuk tengok kartun di Youtube, tetapi sekarang dia dah tak ada,” katanya sebak.
Lebih memeranjatkan, lokasi penemuan mayat Nuraina merupakan kawasan yang dipenuhi semak samun selain didiami banyak binatang berbisa.
Ads
Oleh sebab itu juga, kawasan berkenaan jarang dilalui oleh penduduk setempat kerana boleh mengancam keselamatan mereka.
“Semasa dimaklumkan anak hilang, saya dan penduduk melakukan pencarian di kawasan belakang rumah dan sekeliling kampung tetapi tidak sampai ke kawasan berpaya kerana orang kampung tidak pernah ke sana.
“Jadi saya yakin anak saya tidak akan ke sana seorang diri,” ujarnya.
Dalam keadaan wabak Covid-19 yang kian meruncing, pelbagai aspek keselamatan di ambil bagi memastikan diri dan keluarga tidak dijangkiti.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memastikan penularan wabak ini tidak berterusan. Justeru, antara langkah keselamatan adalah dengan pemakaian mask, jarak 1m antara satu sama lain selain pemakaian glove.
Bagi yang keluar membeli barang-barang keperluan diingatkan supaya terus mencuci pakaian dan diri dengan air sabun . Itulah yang dikongsikan oleh saudara Zaim Zin menerusi facebooknya.
Dia yang baru pulang dari klinik kerana mendapatkan rawatan gigi diminta oleh isterinya supaya mandi sebelum masuk ke dalam rumah. Walaupun kaedah itu nampak lucu tetapi bagus sebenarnya dalam berjaga-jaga supaya virus tersebut tidak melekat sekali gus menjangkiti mereka sekeluarga.
Tak payah askar jaga, isteri jaga lagi tegas dari askar.
Tadi terpaksa keluar pergi klinik. Gigi sakit sangat.
Balik rumah, acik cantik sorang tu dah tercegat depan pintu dengan grill berkunci.
“Tak boleh masuk selagi belum mandi seluruh badan kat luar. Guna sabun tu. Sanitized semua ubat, kunci dan phone awak ye”
“Lepas tu tanggal semua pakaian kat luar, tukar dengan pakaian yang saya dah sediakan ni. Mask tu pun basuh dan buang kat dalam tong”
Serius la?
**media[167263]**
“Ye!”
Dah sanitized tangan pun, dia punya langkah keselamatan, kalah Mindef Jalan Semarak wo.
Alhamdulillah. Nak berkempen ni, kena ada yang serius dan sokong, baru jadi.
Kalau ada yang meremehkan, itu yang kempen tak jadi.
Amacam gambar yang anak abam ambil ni, ada gaya Ziana Zain dalam Sembilu?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak harapan keluarga dan negara.
Sehubungan itu, ramai ibu bapa menyediakan persekitaran kondusif untuk anak-anak berjaya dalam akademik sejak kecil lagi.
Begitu yang dilakukan oleh Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi gambar kembarnya sedang mengikuti pembelajaran pra sekolah Chinese yang mengunakan asas pembelajaran Mandarin.
Kisah keluarga ini yang sering menjadi perhatian warganet, memdedahkan kepada ibu bapa bahawa pendedahan kepada pelbagai bahasa sejak kecil adalah suatu keperluan buat anak-anak selain cemerlang dalam pembelajaran.
Dr. Sheikh Muszaphar memberitahu anak kembarnya yang baru berusia empat tahun teruja untuk ke pra sekolah sehingga bangun seawal enam pagi. Malah katanya di pra sekolah berkenanan anaknya turut diajar latihan ke tandas dan diberi ruang untuk tidur sekejap ‘short naps’. Malah makanan halal turut disediakan.
BAKAL KUASAI LIMA BAHASA
Menerusi perkongsiannya, rata-rata warganet melahirkan rasa inspirasi melihat cara Dr. Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya terutama aspek pendidikan.
Malah hala tuju anaknya telah disasarkan untuk menguasai tiga bahasa sehingga usia 12 tahun dan dua bahasa apabila dewasa.
tertibpress: All the best Adam & Noah! Dr., how many languages that you want Adam & Noah to learn and master as they grow up?
Adam & Noah were so excited to go to School today that they woke up at 6 am . We decided to send the twin Boys to a Chinese Pre School to start their basics on Mandarin . They will learn other subjects too like BM , Agama , Science , Maths , Music and Arts from 8 am – 4 pm daily . What’s important is to find a PlaySchool which have lots of play and enrichment learning for the toddlers . The food is Halal , they will be toilet trained and even take short naps in between . Siap bawak bantal sekali as ordered by the School . Haha
All is good . The Boys didn’t even look back to say goodbye to me this morning . That’s a good sign . 😀
Bagi ibu bapa yang mencari-cari teknik parenting, mungkin cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan untuk mendidik anak-anak bermula dari bayi.
Sekadar info, Mus dan isterinya, Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (Kembar perempuan), Sheikh Adam, Sheikh Noah (Kembar lelaki), Sheikh Eusoff dan Sophe Emelia (Kembar sepasang).
Siapa pun pasti akan merasa bahagia apabila disahkan bakal menimang cahaya mata. Melalui fasa kehamilan memerlukan bakal papa dan mama mencari ilmu persediaan untuk pengalaman baharu tersebut.
Menyambut kelahiran bayi merupakan fasa baharu dalam kehidupan pasangan suami isteri. Proses kehamilan dan kelahiran bayi bukan sekadar satu pengalaman yang boleh dilalui secara semula jadi.
Ia mestilah disokong dengan ilmu pengetahuan tentang proses tersebut supaya bakal papa dan mama dapat mempersiapkan diri mereka menyambut kelahiran anak sejak dari dalam kandungan lagi.
Justeru, Pa&Ma menerusi komuniti Moms To Be telah menganjurkan webinar khusus untuk bakal ibu bapa secara virtual.
Webinar ini berjaya menhimpunkan seramai hampir 1000 orang peserta terdiri daripada bakal mama dan papa. Barisan panel yang dijemput pun semua hebat-hebat iaitu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang obstetrik & ginekologi, pediatrik, keibubapaan, motivasi.
Antaranya Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre, Dr Siti Sarah Aishah, Pensyarah & Pakar Pediatrik USIM, Dr Tengku Putri Zainab, Pakar Pediatrik & Pakar Laktasi IBCLC Sunway Specialist Centre, Damansara, Ustazah Fatimah Syarha, Penceramah bebas, Encik Fhais Salim, Pakar motivasi keibubapaan dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Kupasan Tajuk Menarik
Memenuhi keperluan peserta dalam kalangan bakal papa dan mama, antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sehari webinar yang bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ini termasuklah Aku Tak Serik Bersalin, Kawal Emosi & Amalan Ibu Waktu Hamil, Jom Kenal Bayi Baharu Lahir Kita, Susu Ibu Rawatan Terbaik Bayi Jaundis, Peranan Suami Support Isteri Hamil & Bersalin dan Cabaran Lahirkan Anak Momen Terindah Seorang Ibu.
Selain panel-panel jemputan, webinar turut menjemput wakil jenama infant carseat untuk bayi iaitu Joie Baby Malaysia yang berkongsi maklumat tentang pemilihan carseat bersesuaian untuk bayi baharu lahir dan membuat demo pemasangan carseat.
Selain itu mereka turut menawarkan promo istimewa harga diskaun pembelian carseat untuk peserta webinar.
Selain pengisian ilmu dan info, peserta webinar turut berpeluang menang hadiah cabutan bertuah dan bermain games teka dan menang yang menguji kecerdasan minda peserta berkaitan webinar.
Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan termasuklah hadiah utama berupa pam payudara, bengkung, set pakaian bayi, beg lampin bayi dan tiket masuk ke taman tema dan zoo.
Rata-rata peserta yang kebanyakannya hamil anak pertama berpuas hati dengan pengisian webinar dan perkongsian ilmu daripada panel jemputan kerana banyak membantu mereka membuat persiapan untuk melahirkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.