Terkini! Sungguh menyentuh nukilan Fazura yang dimuat naik setelah prosiding pertama kes penceraiannya hari ini.

Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin yang hadir pada prosiding pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini sudah diwakili peguam masing-masing.

Fattah diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Fazura diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Terdahulu Fazura tiba di mahkamah kira-kira jam 9.28 pagi dengan mengenakan jubah berwarna putih dengan ditemani lima pengawal peribadi serta pengurus peribadinya, Iman Tang manakala Fattah tiba beberapa minit kemudian.

Muat naik posting di Instagram miliknya, Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, doa, kata-kata semangat, serta hadiah seperti bunga dan tanda hati sejak lebih seminggu lalu. Fazura menyatakan rasa syukur atas sokongan yang diterima dan menghargai setiap doa yang diberikan kepadanya.

 

Menurut Faz, keputusan yang dibuat pada 13 September lalu bukanlah keputusan yang mudah. Ia diambil setelah pertimbangan yang mendalam mengenai masa depan dirinya dan anaknya, Fatima. Keputusan tersebut dibuat setelah menilai segala aspek kesejahteraan emosi dan fizikal mereka berdua. Faz turut menegaskan bahawa sebagai seorang ibu dan wanita, maruah serta kebahagiaan Fatima merupakan keutamaan dalam hidupnya.

Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua.

“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.”

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga.”

Nukilan Fazura Menyentuh Hati Selepas Selesai Prosiding Pertama Kes Perceraian

Pada masa ini, Faz tetap berpegang kepada keputusan yang telah dibuat dan yakin ia adalah langkah terbaik untuk meneruskan kehidupan yang lebih tenang dan sejahtera. Faz berharap proses ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, serta mengharapkan sokongan dan doa yang berterusan daripada semua pihak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sumber: IG Miss Fazura

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI