Nota Terakhir Seorang Ibu Tular, Bikin Ramai Yang Sedih Mengenang Nasib Anaknya!

Share

Kasih ibu membawa ke syurga dan selagi nyawa di kandung badan, naluri ibu akan mengutamakan anak-anak lebih daripada segalanya.

Begitulah apa yang telah tular di media sosial kini berkenaan sekeping nota yang ditulis oleh seorang ibu yang mana setiap baris ayatnya cukup menyentuh perasaan warganet.

Ibu berkenaan telah meminta kepada doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara, tidak mempunyai keluarga.

Malah dalam tulisannya itu turut dijelaskan bahawa dia mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) bisu,  dan meminta agar doktor tersdebut tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan dapatlah menunjukkan wajahnya itu kepada anaknya yang bernama Imran.

Menerusi catatan pilu itu, ibu berkenaan turut menulis beberapa nombor telefon untuk dihubungi oleh pihak hospital bagi urusan pengkebumiannya.

Perkongsian ini nyata memberi rasa sebak dan sedih dikalangan wargamaya dan rata-rata mendoakan kesejahteraan anak.

“Sedihnya, semoga diampunkan dosa-dosa nya dan dilapangkan kubutnya. Permudahkan anak OKUnya”

“Allahu.. arwah mempersiapkan diri untuk menghadapi kematiannya.. meninggalanaj istimewa lagi, moga arwah tenang di sana. dan dipermudahkan segala urusan sepeninggalannya..amin”

“Sedihnya. Semoga baik-baik saja anak arwah”

“Alfatihah…sedih baca surat arwah..rasamacam diri sendiri akan lalui saat begitu. Bila kita hidup sebatang kara, tanpa suami dan anak-anak. ”

Sumber : Pen Hitam Dot Com

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club