Personaliti media sosial dan pelakon Norreen Iman mendakwa anak perempuannya, Ellen sekali lagi menjadi mangsa buli di sekolah oleh rakannya.

Ellen mengalami kecederaan di bahagian kaki dan turut demam.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Norreen berkata anaknya hilang selera untuk makan akibat kejadian tersebut.

Noreen berkata bahawa dia sudah mengikut prosedur ketika membawa isu buli itu kepada guru dispilin bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Ya Allah minta lindunglah anak aku ni. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ni kaki dah luka.

“Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia,”

Bukan itu sahaja, anaknya juga turut dibuli ketika ketiadaannya di Malaysia apabila pergi menunaikan umrah.

Ads

“Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada,”

PENTINGNYA PERANAN IBU BAPA 

Norreen juga terpaksa menjelaskan kepada anaknya apa yang sedang dilalui suapa anaknya tahu itu adalah buli dan buli adalah satu kesalahan.

“Dahlah anak aku ni sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,”

Norreen berharap agar ibu bapa di luar sana dapat memainkan peranan masing-masing dengan bertanyakan perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

Ads

“Periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat,” katanya.

MESTI BACA: Anak Sensitif Selalu Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Bantu Anak Bina Keyakinan Diri!

Hentikan ‘Trend’ Menakut-nakutkan Anak Dengan Hantu, Jangan Buli Emosi Anak!

Ads

Tular Ibu Luah Kecewa Anak Kena Buli Di Asrama, Kena Gunting Rambut Waktu Tidur. Ini Kronologinya.

SUMBER: Gempak

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Norreen Bengang Anak Jadi Mangsa Buli, Hilang Selera Makan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI