Norman Hakim Bersyukur Anak Sulungnya Jadi Imam Terawih Buat Pertama Kali.

Share

Hati bapa mana yang tidak gembira dan bersyukur apabila anak yang meningkat dewasa  menjadi seorang anak yang soleh dan boleh menjadi imam kepada orang dewasa.

Sebagaimana perkongsian Norman Hakim meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya,Danish Hakim menjadi Imam Terawih buat pertama kalinya.

Rasa syukurnya itu  dikongsi menerusi Instagram miliknya.

Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP.”

 

Lebih mengharukan, Danish sebagai Imam mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan merdu dengan berkongsi rakaman video berdurasi enam minit .

Untuk rekod, Danish,16 merupakan anak sulung hasil perkongsian Norman dan bekas isterinya,Abby Abadi. Mereka juga dikurniakan Marissa Dania Hakim,14 dan Maria Danisha Hakim, 11 tahun.