Norman Bantu Tanam Uri, Memey Jadi Ibu Susuan Kepada Bayi Abby Buat Netizen Sebak & Terharu

Share

Semalam, Abby Abadi selamat melahirkan seorang bayi lelaki tak cukup bulan ketika kandungannya baru 24 minggu. Kini, bayi tersebut terpaksa ditempatkan di NICU kerana beratnya hanya 540gram.

Prihatin dengan keadaan Abby Abadi yang masih lemah menyebabkan Memey dan Norman sepakat membantu Abby dan suaminya itu dalam menguruskan hal-hal berkaitan bayi.

Dalam Satu perkongsian, Memey memberitahu mereka berusaha memberikan susu badannya kepada bayi memandangkan susu yang dihasilkan Abby hanya sedikit.

 

You are the reason #BabyD ❤️
We love u so much🥰
Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany
Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye..
Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu..

Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…❤️

Sementera itu. Norman pula membantu menguruskan hal menanam uri bayi berkenaan.

Alhamdulillah settle tanam uri #BabyD on behalf of Abah @jaiezzany .Mohon terus mendoakan terutama buat #BabyD ,zuriat buat Abah & Mama @abby_abadi112 utk terus survive & sihat walafiat ye🙏🏻 .

Dalam pada itu, Abby dan suaminya turut memuat naik perkongsian mengenai bayinya yang dikatakan mempunyai masalah dalaman. Pasangan ini mengharapkan ada keajaiban buat bayi mereka selain memohon semua mendoakan bayinya.

Mohon doa kalian. Baby D kami dalamannya tak kuat. Tengah malam tadi, Dr pakar panggil suami @jaiezzany dgn Sy utk bgtau keadaan Baby, tp Sy tak kuat nk berdepan dgn Dr.. pastu Dr suruh suami duduk standby je kt hospital, jgn pergi jauh… 😫 Apapun syukur sehingga pagi ni. Terus doakan utk Baby D & Mamanya ni ye. Tak terluah dgn kata2. ALLAH Maha tau 😢🤕


.
“Ya ALLAH, sekiranya anak ini baik untuk ibu dan ayahnya, Engkau pinjamkanlah Ya ALLAH. Sihatkanlah tubuh badannya, sempurnakanlah akalnya, kuatkanlah jiwanya dan teguhkanlah akidahnya” Amin ❤️
#MohonAminkan
.
@Regrann from @jaiezzany – My Love dunia akhirat @abby_abadi112
.
Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu
.
Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang.
.
Rehat ya sayang..
.
Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua..
.
Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby…
.
Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat…
.
Ameen…moga Allah permudahkan
.
❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕
.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊

.
Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘
#MohonDoaKalian #Doabulehmengubahtakdir

Sumber: IG normanhakim_786 memeysuhaiza