Norlia Ghani buat ‘live’ TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Buat ‘Live’ TikTok Kali Pertama Dapat Sejuta Tontonan
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“SAYA CUMA BUAT SEBAB RAMAI YANG KATA LAMA TAK NAMPAK SAYA. BILA SAYA CUBA BUAT SIARAN LANGSUNG KALI PERTAMA, TAK SANGKA PULA DAPAT SEJUTA TONTONAN,” KATANYA.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Ads
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
Ads
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Tular baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun yang mempunyai bentuk badan yang luar biasa.
Meskipun masih kecil, namun sudah berotot dan terlihat ‘sado’ menyerupai orang dewasa yang saban hari ke gim untuk membina otot agar tampil tegap.
Apabila Nadril Fadhli memuat naik video di aplikasi tiktok, ternyata telah mencuri perhatian warganet hingga lebih 25 juta tontonan di seluruh dunia.
Rata-rata netizen meninggalkan komen teruja dan tertanya-tanya apakah faktor yang boleh menyebabkan anak tersebut memiliki tubuh sado seawal usia 3 tahun.
Bahkan tidak kurang juga ada yang berseloroh membayangkan mungkin ibunya ada membuat senaman angkat berat semasa mengandungkan kanak-kanak tersebut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Perasankah anda sekiranya anda membunuh semut pada satu tempat (tanpa menggunakan sebarang bahan semburan) semakin banyak semut yang akan datang menghurung?
Ikuti penjelasan oleh Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim ini.
Sebenarnya semut berkomunikasi melalui ‘bau’. Ingat, bau ialah bahan kimia yang meruap. Semut akan membebaskan bahan kimia meruap yang berbeza untuk menghantar isyarat.
Antara bahan kimia yang paling kuat baunya, digunakan sebagai amaran dan mampu dikesan dari jarak jauh oleh semut-semut lain ialah pheromone. Apabila semut mengesan bau pheromone, mereka akan segera bertindak.
Sekiranya semut-semut ini mati (dilenyek atau terkena renjatan elektrik), maka banyak lah bahan kimia pheromone yang terbebas. Ini kan menarik perhatian lagi banyak semut berdekatan untuk datang menghurung tempat kejadian.
Maka jangan hairan jika kotak suis elektrik dipenuhi dengan banyak semut mati!
Sedikit fakta menarik mengenai semut:
• Terdapat lebih daripada 12,000 species semut di muka bumi ini yang telah diketahui. Kebanyakkan daripada species ini tidak berbahaya kepada manusia (cuma boleh membahayakan emosi kalau terlalu banyak!).
• Semut Monomorium boleh menjadi agen membawa kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Semut rumah biasa (pharaoh ant) pula boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asthma.
• Semut merah yang banyak mampu membunuh haiwan seperti ayam.
Tips: Oleh kerana kita tahu punca tarikan semut ialah ‘bau’, maka kita boleh mengurangkan/ menutup bau bahan kimia meruap pheromone daripada sampai kepada semut-semut lain. Contoh dengan menyembur dengan bahan meruap yang lebih kuat baunya seperti cuka, minyak angin, minyak wangi atau sembur dengan racun serranga saja.
Semoga bermanfaat!
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.