Hubungan yang baik dengan ahli kekeluarga yang lain antara penting dalam memastikan ikatan kekeluarga bertambah baik.
Majlis keraian yang diadakan menjadi ikatan silatulturahim semasa keluarga.
Sebagaimana yang dilakukan oleh pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Puteri itu telah berkongsi foto ketika dia meluangkan masa bersama keluarganya di taman rekreasi air terjun.
Ads
Majlis itu, adalah sempena meraikan ahli keluarganya menyambut sambutan hari jadi. Walaupun berkongsi cerita anaknya tidak sihat, namun majlis itu tetap dihadiri sebagai tanda ikatan silatulrahim.
Ikuti gambar-gambar perkongsian Nora ini. Meriahnya!
Penyanyi Elyana mengakui dia sejak awal berhasrat untuk membina masjid ada usia muda, apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, sebelum ini.
Elyana berkongsi cerita berkenaan sebegai mengenang ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 bersama Khairul Anuar Husin.
Menerusi lnstagram, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, menambah dia yang ‘melamar’ suami ketika itu.
“Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal. Siap pasang niat, siapa je jadi boyfriend saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar masa tu!
“Lantak la orang kata perigi cari timba ke. Janji nak kahwin! Hidup kita,kita la yang mencorak kan..” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, dalam perkongsian sebelum ini juga Elyana memuat naik satu video kejutan yang dibuat untuk suaminya beserta kertas yang ditulisnya ketika melamar suaminya dahulu.
Terdahulu, Elyana turut memberikan kejutan istimewa buatnya suami, bersempena dengan hari jadi Khairul yang ke-47.
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada 19 November 2010.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, selain menjaga seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.
Daun kari adalah merupakan bahan masakan yang wajib ada sebagai pelengkap apabila memasak masakan kari.
Ada juga mengunakan daun kari untuk mengoreng ayam dan buttermilk chicken.
Apa yang pasti aroma daun kari menjadikan hidangan lebih enak. Bukan itu sahaja, ada juga menjadikan pucuk daun kari sebagai ulam. Memang berkhasiat untuk kesihatan anda.
Biasanya kita akan membeli dikedai sahaja daun kari, apa kata cuba tanam di halaman rumah pula. Cara nak tanam pun mudah. Apabila pokok daun kari sudah ada di rumah, boleh ambil bila-bila masa bila perlu. Lagi segar!
Menarik dengan perkongsian oleh puan Nomie Mat Lias, beliau menunjukkan cara menanam daun kari dengan menggunakan batang atau ranting pokok daun kari. Tak perlu susah-susah pergi ke nurseri, guna ajer batang kari semasa beli di kedai runcit.
Ini caranya.
1.Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
2.Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3.Jika panjang, kerat 2/3.
4.Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5.Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6.Cucukkan batang kari tadi.
7.Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8.Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9.Pindahkan ke tanah / pasu besar.
Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya. Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini. Ikuti perkongsian dari Encik Matt.. Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan. Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar. Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak. Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja. Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit. Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam. Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita. Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.