
Terbaharu di Instagra milik Noor Nabila, iaitu kakak kepada Neelofa menitipkan doa buat anak tirinya, Aleesya yang meraikan ulang tahun yang ke 12 tahun.
Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.. kau serikan hidupku dan anakku dgn kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doanya2,sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita2nya. آمين يا رب العالمين
Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much.
Nabila berharap Aleesya menjadi penyeri dalam kehidupannya serta anaknyaa Jebat.
Untuk makluman, Noor Nabila telah melangsungkan pekahwinan dengan Engku Emran. Pada majlis berkenaan Aleesya turut hadir memeriah majlis perkahwinan bapanya Engku Emran.
Dalam pada itu, warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan Aleesya bahagia dengan keluarga baru itu.
Cuti Sekolah Kembali, Ini 5 Aktiviti Wajib Buat

Isi Kandungan
ToggleCuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Tapi, bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik, anak-anak boleh cepat bosan. Jadi, jom cuba 5 idea ini untuk pastikan mereka aktif, ceria, dan masa bersama keluarga jadi lebih bermakna!
1. Projek Seni Kreatif
Gunakan bahan yang ada di rumah seperti kertas warna, kotak terpakai, atau cat air untuk buat kraftangan. Contohnya, buat topeng haiwan, kad ucapan, atau lukisan besar di dinding kosong (guna kertas ya, jangan betul-betul di dinding!). Aktiviti ini bukan sahaja seronok, tapi boleh kembangkan daya imaginasi anak-anak.
2. Sesi Memasak Bersama
Libatkan anak-anak dalam dapur dengan resepi mudah seperti biskut coklat atau pizza mini. Biarkan mereka cuba uli doh, susun topping, atau gaul adunan. Selain mengeratkan hubungan, mereka juga belajar kemahiran asas dapur.
3. Treasure Hunt di Rumah
Rancang aktiviti ‘mencari harta karun’ di sekitar rumah. Sediakan peta mudah atau petunjuk. Harta karun boleh jadi benda kecil seperti gula-gula, mainan lama, atau buku cerita. Aktiviti ini melatih anak berfikir kreatif dan bersabar.
4. Perkhemahan Mini di Rumah
Pasang khemah di ruang tamu atau halaman rumah. Kalau tiada khemah, guna selimut dan kusyen untuk bina ‘kubu’. Ceritakan kisah seram ringan, main permainan teka-teki, atau makan snek bersama. Pengalaman ini pasti jadi kenangan manis buat mereka.
5. Waktu Screen yang Bermanfaat
Jika anak nak tengok TV atau main gajet, pilih kandungan yang mendidik seperti dokumentari haiwan, eksperimen sains, atau video pendidikan. Tetapkan masa dan pastikan mereka tak hanya bergantung pada skrin sepanjang hari.
Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk mencipta kenangan manis bersama anak-anak. Dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, masa mereka di rumah bukan sahaja lebih bermakna, malah membantu perkembangan emosi dan fizikal mereka. Jadi, cuba mana-mana aktiviti ini dan lihat senyuman mereka sepanjang cuti!
“Saya Dan Maryam Boleh Lawan. Maryam Anak Yang Kuat.” Bekas Isteri Fizo Omar Dan Anak Positif Covid-19.

“Mawar & Maryam. Double M strong fighter. Come on Maryam keep strong. Thanks a lot semua yg doakan saya dan Maryam“, katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menerusi perkongsian di Instagram Mawar Karim yang merupakan bekas isteri pelakon Fizo Omar memaparkan kata-kata semangat untuk ‘melawan’ jangkitan covid-19 dengan mengatakan anaknya Maryam terus kuat. Beliau juga mengucapkan terima kasih buat yang mendoakan kesihatan diri dan anaknya.
Dalam pada itu, semalam menerusi video di Instagram Story, memaklumkan beliau dan anaknya disahkan positif Covid-19. Muat naik menunjukkan mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun, di hospital mana mereka dibawa tidak dikongsikan.
Mawar yang juga merupakan ahli perniagaan, tudung jenama Fareeda, turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.
“Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah. Saya dan Maryam boleh melawan.”
Sementara itu, Fizo turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat.
“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh,” katanya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Semoga Mawar Abdul Karim dan anaknya, Wan Maryam kembali sembuh.
Sumber: mawar_karim
Susah Nak Hilangkan ‘Gam Gajah’ Bila Terkena Jari, Pakar Kimia Guna Bahan Ni Lagi Mudah!

Biasanya apabila mengunakan pelekat yang kuat tentu susah nak tanggal. Paling mengerunkan apabila gam melekat pada bahagian kulit.
Basuh tangan dengan air pun tak menjadi. Sudah tentu ada cara untuk menanggalkan gam berkenaan.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ChM Dr Fatimah Salim, Ahli Kimia. Rupanya dia menggunakan garam sebagai sumber untuk menanggalkan gam.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara.
Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih.
Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya.
Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Ini caranya nak tanggal
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena.
Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fatimah Salim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club