“No More Kerja Berat Angkat Sofa Lagi.” Masuk Hospital Akibat Pendarahan, Nadya Syahera Mohon Titip Doa Kandungan Terus Kuat!

Share

Pelakon dan pengacara, Nadya Syahera sekali lagi dimasukkan ke hospital berikutan berlakunya pendarahan pada kandungannya.

Lebih mencemaskan apabila doktor memaklumkan kepadanya supaya bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akhirnya menarik nafas lega setelah kandungannya kembali stabil dan tidak perlu dikeluarkan terlalu awal.

Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.

“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.

“Tapi tetap berdoa untukbaby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir. Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” tulis Nadya menerusi kapsyennya.

Dia dibenarkan pulang ke rumah, namun dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang tempoh hamil.

Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!

Harini discaj dah and still kena monitor pergerakan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and I baik-baik saja tau. Baby kasi chance mama duduk relax dulu dekat rumah. Okay promise.

No more kerja berat angkat sofa lagi ye. Harap baby nombor tiga terus sihat sampai betul-betul kuat untuk dilahirkan. Ameen. Thank you semua yang mendoakan kami,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Nadya menjaga kesihatan serta menitipkan doa semoga dipermudahkan segalanya sehingga selamat melahirkan kelak.

jamiejamilahharun jgn gerak byk nad @nadyasyahera … nnti contraction dtg … nad ..duduk rumah yg ada jaga snng … jgn duduk sdn ..bahaya ..
maziahabubakar Aamin❤️ take care. Semoga baby dgn u sihat dan selamat dan dipermudahkan segala urusan❤️
baharrumazam Alhamdulillah, jumpa nanti baby no3 🤲

Sumber: nadyasyahera


ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara