
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
- Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
- Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
- Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
- Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
- Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
- Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
- Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
sumber: Dr Hamid Arshat
Ustaz Ni Kongsikan Doa Yang Diamalkan Ibunya Ketika Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak-Anak

Air tangan seorang isteri dan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka apabila anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Ustaz Abdullah Khairi berkongsi petua yang diamalkan oleh ibunya ketika memasak terutama ketika mencucui beras.
“Mak saya tak pandai membaca dan menulis. Tapi dia selalu amalkan doa ini ketika nak basuh beras ketika menggenggam beras. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anakku seperti mana Kau lembutkan beras ini menjadi nasi. Dia tiup lalu basuh dan masak. Amalkan doa ini insyaAllah, sanagt berkat,” kongsi ustaz Khairi lagi.
Selain itu, ibu-ibu juga boleh praktikkan amalan berikut:
- Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
- Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
- Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
- Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
- Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
- Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
- Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
- Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
- Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga. - Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Cara Buat Ikan Percik Lebih Juicy & Kuah Enak, Wanita Ni Kongsi Resipi Rahsia Warisan Keluarga Dari Ibunya. Sedap!

Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi.
Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Gigih Kumpul Duit, Makan Mi Segera Hingga Magrain. Datang Dari Keluarga B40, Coretan Pilot Ini Bikin Sebak.

Bergelar seorang pilot pastinya nampak hebat pada pandangan masyarakat, namun tiada siapa tahu jerih-perih yang terpaksa ditempuh oleh lelaki ini.
Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum mengecapi kejayaan, lelaki ini tetap berusaha dan tidak berputus asa memajukan dirinya.
Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol boleh dijadikan inspirasi untuk kita memotivasikan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
KELUARGA B40 AYUH BUKTIKAN, KITA JUGA BOLEH BERJAYA.
Dulu keluargaku hidup susah. Serba serbi dalam kekurangan. Kadang-kadang makan pun bercatu. Lauk telur goreng biasanya dipotong dua, kongsi makan dengan adik beradik yang ada.
Aku adalah anak sulong dari 6 adik beradik. Sebagai anak sulong, Aku menyaksikan segala keperitan dan kepayahan mak dan ayah Aku membanting tulang dalam membesarkan Aku dan adik-beradik.
Arwah bapaku adalah seorang bekas askar tidak berpencen. Mak Aku pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Selepas berhenti dari askar, arwah bapaku mencari rezeki dengan menanam sayur. Ibuku pula membantu dengan mengambil upah jahit baju dan menoreh getah.
Masih Aku ingat, masa sekolah dulu Aku jarang makan kat kantin sekolah sebab duit sekolah Aku cukup2 beli kuih dan tambang bas saja.
Kalau teringin nak beli nasi lemak atau mee kari kat kantin tu memang kena kumpul 2 hari duit sekolah baru cukup. Selalunya Aku bawa bekal saja dari rumah.
Selepas SPM tahun 1996, Aku bekerja sebagai operator kilang di Machap Johor. Itulah pengalaman pertama Aku bekerja untuk mencari duit sendiri.
Gaji basic Aku masa tu RM300 sebulan, campur dengan OT dapatlah dalam RM400 camtu. Kerjanya agak penat, hampir 13 jam sehari dan setiap masa kena berdiri.
Lepas result SPM keluar, Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kampus di jalan Gurney, dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Jalan Gurney sekarang sudah ditukar nama ke jalan Semarak. Banyak juga kena guna duit masa mula-mula nak daftar masuk ke UTMKL dulu.
Kalau tak silap Aku dalam seribu lebih jugak untuk bayar yuran dan asrama penginapan. Kalau nak harap duit gaji kerja kilang saja memang tak cukup.
Masa tu lah Aku rasa sangat sebak dan bersalah bilamana melihat mak Aku terpaksa korek tabung simpanan duit upah menjahit dia semata-mata nak tengok Aku masuk U.
Sampai sekarang Aku masih ingat lagi masa mula nak lapor diri di UTMKL. Betapa gembiranya wajah mak tengok Aku nak masuk U.
Aku bertolak dengan van Ford lama tanpa aircond dari Johor bersama ahli keluarga termasuk datuk dan nenek sekali.
Sebenarnya memang itulah impian mak Aku. Dia ingin buktikan yang anaknya juga boleh berjaya sama seperti anak orang lain.
Mengenangkan keluarga Aku yang susah, Aku cuba jimat sehabis yang boleh masa semester pertama tu.
Sepanjang 3 bulan pertama di Universiti, hampir setiap hari Aku makan maggi sebagai makan malam. Natijahnya, suatu hari Aku telah diserang migrain dan sakit kepala yang teruk ketika kuliah.
Aku stop makan maggi selepas kejadian itu dan mula mengambil nasi dan telur mata sebagai menu makan malam.
Masa cuti sem tahun ke-2, Aku mula buat kerja part time sebagai “security guard”.
Gigih kumpul duit sebab taknak susahkan keluarga dikampong. Nasib baik la dapat duit biasiswa JPA masa tu. Bolehlah survive sikit-sikit…
Lepas habis Diploma, Aku dapat kerja sebagai “technician” kat kilang Sharp di Sri Gading Batu Pahat Johor.
Kerjanya ialah repair “viewcam”. Aku masuk kerja masa tu dengan gaji basic RM970 sebulan.Dekat setahun setengah jugaklah Aku kerja kat kilang Sharp ni.
Satu hari tu Aku terbaca iklan jawatan kosong bagi pengambilan Inspektor untuk tahun 2001. Gaji basic Inspektor masa ni ialah RM1106 bagi lulusan Diploma Kejuruteraan.
Tanpa berlengah Aku pun trylah mohon, manalah tahu ada rezeki Aku jadi pegawai polis macam Inspektor Mazlan lakonan AC Mizal dalam “Gerak Khas”.
Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat…Aku berjaya dalam temuduga pengambilan Inspektor Polis tersebut.
Aku tak sangka Ya Allah. Aku terpilih diantara beribu yang layak ke peringkat akhir dalam temuduga itu.
Daripada 26 ribu permohonan, Aku antara 114 orang yang terpilih untuk menjadi seorang pegawai polis. Aku bersyukur kerana cita-cita dan impian Aku tercapai akhirnya.
Selepas tamat latihan asas kepolisan yang berjalan selama setahun, sekali lagi tuah memihak kepadaku.
Aku berjaya melepasi saringan ketat ujian pemilihan bagi pengambilan juruterbang baru pdrm. Syukur tak terkata kerana telah terpilih untuk menjadi seorang juruterbang polis diraja malaysia.
Aku menjalani Kursus Asas Penerbangan (PPL) di Ipoh Perak dan kemudiannya (ATPL) di MFA Melaka pada tahun 2005. Akhirnya, Aku berjaya mendapatkan lesen penuh penerbangan pada tahun 2007.
Pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan yang telah berjaya Aku harungi sebelum berjaya bergelar sebagai juruterbang. Aku telah berkhidmat selama 18 tahun dalam pasukan PDRM dengan pangkat terakhir sebagai Superintendent Polis.
Aku bersyukur kerana telah diberikan peluang berjuang mencurahkan bakti demi keamanan dan kesejahteraan rakyat M’sia.
Kini Aku telah mengorak langkah ke kerjaya baru yang diidam-idamkan oleh ramai juruterbang didunia. Hasrat Aku untuk membawa pesawat yang lebih besar juga akhirnya telah dimakbulkan Allah.
Bagi Aku, tidak lengkap kiranya kerjaya Aku sebagai juruterbang ini jika tidak dapat merasa membawa pesawat besar seperti Boeing ataupun Airbus.
Kawan…
Sememangnya hidup ini keras, hanya yang kuat dan tidak mudah mengalah sahaja akan menang dalam perlumbaan mengejar kejayaan.
Untuk orang muda dan adik-adik diluar sana, tiada formula yang mudah untuk berjaya. Bukan senang nak senang TAPI amat senang untuk susah jika kita mudah menyerah kalah.
Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa Tawakal.
Bermulalah dari bawah, cari ilmu dan pengalaman supaya kita kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Fokuslah dalam mencari ilmu untuk membina asas masa depan kita.
Kawan…
Kalau kita miskin dan tidak punya apa-apa, serius orang takkan pandang maupun hormat pada kita. Malah akan ada yang menghina kerana kau adalah golongan B40 yang tidak punya apa-apa.
Dikesempatan ini Aku cuma nak pesan, jika kau sedang belajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh, jika kau sedang bekerja atau sedang berniaga, buatlah betul-betul.
Cuba bina asas yang kukuh dan cari kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kerana apabila kita kuat, kita akan mampu untuk memberi tanpa mengharapkan ehsan dan simpati orang lain.
Kepada mereka yang mungkin sedang down, please wake up!!!. Bangkit dari kejatuhan. Bangkit kembali dengan lebih kuat. Anda mampu jadi jauh lebih baik dari apa yang anda fikirkan.
Hanya diri kita sendiri yang boleh menolong kita dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi. Aku percaya kita semua boleh!!! Yakin Boleh!!!
Percayalah pada Qada dan Qadar. Rezeki itu datang dari Allah SWT. Dia yang pegang kunci pintu rezeki untuk semua Hamba-Nya.
Sabar adalah kunci kepada kejayaan setiap insan bernama manusia.
Diharapkan coretan Aku ni dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada semua pembaca khususnya golongan B40 yang sudi baca dan follow penulisan Aku hingga akhir…
Sekian, Terima Kasih
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club