Penyanyi Nizam Laksamana, 53, yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta baru-baru ini berkongsi perkembangan kesihatan isterinya Salwati Zulkifli, 46, yang juga merupakan pengidap kanser payudara terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kemurungan.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di Metro, menurut Nizam isterinya kini menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser payudara tahap awal, berkeadaan demikian akibat masalah ulser mulut.
“Isteri saya dah mulakan tambahan dos ubat untuk kitaran (cycle) keempat, kelima dan keenam. Kitaran keempat dibuat pada 5 Mei lalu.
“Keadaannya pada hari pertama okay. Hari kedua dia dah mula lemah dan seterusnya sampailah semalam.
“Dia murung kerana mulutnya iaitu bahagian lidah dan tekak penuh ulser sehinggakan dia tak boleh minum apatah lagi makan nasi dan apa sahaja.
Menurut Nizam, isterinya sukar untuk makan dan minum kerana berasa sakit.
Paksa Makan
“Saya paksa juga dia makan dan hanya makan sikit. Kalau makan bubur pun dua tiga sudu. Jadi zat dalam badan berkurangan buatkan dia jadi lemah.
Ads
“Dia tak boleh bangun, tak boleh jalan lama dan apabila duduk dan baring pun terasa penat. Melihatnya dah tak larat sangat, saya pun ajak dia ke hospital.
“Kami terus ke unit kecemasan kerana doktor pesan, sekiranya isteri ada masalah, demam batuk atau sebagainya, tidak boleh ambil ubat di sebarang klinik atau hospital dan mesti kena pergi ke unit kecemasan HKL,” katanya.
Susulan itu, Salwati dimasukkan ke Zon Kuning (pemerhatian) dan dimasukkan air dan antibiotik kerana kurang air dalam badan.
“Doktor ambil darah dan dapati sel darah putih sangat kurang. Ini kali kedua sel darah putihnya kurang. Kali pertama masa nak mulakan kemoterapi keempat.
“Tiga hari sebelum itu, doktor dapati sel darah putihnya kurang dan bagi vitamin. Pada 5 Mei, kemoterapi tetap dibuat kerana doktor tak nak lambatkan kemoterapi dia.
Ads
“Kalau lambatkan bermakna nanti ubat yang dirancang nak diberikan tiga minggu sekali tiada. Kalau ditambah lagi satu minggu tak buat kemoterapi bermakna ada kemungkinan sel kanser akan aktif semula,” katanya.
Dalam masa sama, Nizam berkata, doktor tidak mahu proses kemoterapi ditunda dan menahan isterinya di wad semalam.
“Sekarang nak masuk wad agak susah kerana kena buat ujian Covid-19 dan juga kena tunggu ujian darah. Kebetulan semalam di unit kecemasan agak huru hara kerana ramai pesakit.
“Ada juga yang positif Covid-19. Situasi itu amat berbahaya kepada isteri. Dia dah tiada lagi sistem pertahanan diri.
“Dia kena jalani kuarantin selepas ini termasuk di rumah. Anak-anak pun tak boleh bergaul sangat dengan ibu mereka. Kalau dari luar mereka terus kena mandi,” katanya.
Ads
Elak Terima Tetamu
Nizam juga keberatan menerima tetamu di rumah selepas ini untuk mengelak isterinya terkena jangkitan penyakit.
“Wad dia juga diasingkan kerana sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Dijangka akan ditahan selama empat atau lima hari sehingga dia sembuh.
“Kebetulan doktor periksa suhu badan isteri dan mendapati agak tinggi iaitu bacaan 38. Rupanya dia sendiri tak tahu dia demam.
“Begitu juga saya. Doktor kata kalau dibiarkan agak lama bimbang akan menjangkiti bahagian badan lain. Isteri perlu betul-betul jaga kesihatan dan tak boleh demam,” katanya yang meminta semua pihak mendoakan kesembuhan isterinya.
Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak harapan keluarga dan negara.
Sehubungan itu, ramai ibu bapa menyediakan persekitaran kondusif untuk anak-anak berjaya dalam akademik sejak kecil lagi.
Begitu yang dilakukan oleh Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi gambar kembarnya sedang mengikuti pembelajaran pra sekolah Chinese yang mengunakan asas pembelajaran Mandarin.
Kisah keluarga ini yang sering menjadi perhatian warganet, memdedahkan kepada ibu bapa bahawa pendedahan kepada pelbagai bahasa sejak kecil adalah suatu keperluan buat anak-anak selain cemerlang dalam pembelajaran.
Dr. Sheikh Muszaphar memberitahu anak kembarnya yang baru berusia empat tahun teruja untuk ke pra sekolah sehingga bangun seawal enam pagi. Malah katanya di pra sekolah berkenanan anaknya turut diajar latihan ke tandas dan diberi ruang untuk tidur sekejap ‘short naps’. Malah makanan halal turut disediakan.
BAKAL KUASAI LIMA BAHASA
Menerusi perkongsiannya, rata-rata warganet melahirkan rasa inspirasi melihat cara Dr. Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya terutama aspek pendidikan.
Malah hala tuju anaknya telah disasarkan untuk menguasai tiga bahasa sehingga usia 12 tahun dan dua bahasa apabila dewasa.
tertibpress: All the best Adam & Noah! Dr., how many languages that you want Adam & Noah to learn and master as they grow up?
Adam & Noah were so excited to go to School today that they woke up at 6 am . We decided to send the twin Boys to a Chinese Pre School to start their basics on Mandarin . They will learn other subjects too like BM , Agama , Science , Maths , Music and Arts from 8 am – 4 pm daily . What’s important is to find a PlaySchool which have lots of play and enrichment learning for the toddlers . The food is Halal , they will be toilet trained and even take short naps in between . Siap bawak bantal sekali as ordered by the School . Haha
All is good . The Boys didn’t even look back to say goodbye to me this morning . That’s a good sign . 😀
Bagi ibu bapa yang mencari-cari teknik parenting, mungkin cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan untuk mendidik anak-anak bermula dari bayi.
Sekadar info, Mus dan isterinya, Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (Kembar perempuan), Sheikh Adam, Sheikh Noah (Kembar lelaki), Sheikh Eusoff dan Sophe Emelia (Kembar sepasang).
Dalam merancang kewangan keluarga untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan di masa akan datang, ada banyak perkara perlu segera dilakukan pada masa kini.
Ini penting untuk memastikan walau dalam kegawatan yang menghimpit, agar kita masih boleh lalui dengan tidak terasa begitu terkesan. Sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Perlu beringat!
Untuk itu, digariskan antara 10 perkara yang boleh anda lakukan segera pada masa ini demi masa depan yang lebih terjamin sebagaimana perkongsian saudara Harith Faisal.
Bagi saya senang saja. Kalau kau belum ada simpanan kecemasan 6 bulan sekarang ni, maksudnya tahap kewangan kau memang teruk. Ini sangat serius!
Nak hadap ekonomi yang bakal gawat dalam keadaan macam tu, memang kau bakal terciduk dan kalah awal. Better kau buat 10 benda ni cepat-cepat.
1. Kalau ada lebih daripada satu rumah, jual satu rumah yang dah naik harga dan hasil untung jualan tu boleh create simpanan kecemasan kau untuk 12 bulan terus. Barulah berbaloi jual rumah, kan.
2. Kalau kau ada satu saja rumah, mahal pula tu. Bayaran bulanan lebih 30% daripada gaji seisi rumah, baik kau berjaga-jaga. Hilang pekerjaan, jenuh nak bayar nanti. Standby mindset untuk sewakan rumah kau tu dan kau sewa pula rumah lain yang jauh lebih murah, kalau perlu.
3. Cuba-cuba cari side income yang boleh cover at least 50% daripada komitmen dan expenses bulanan. Langit tak selamanya cerah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.
4. Of course kena cari ilmu skill sale dan marketing. Tak kisahlah offline atau online. Bila kau mahir skill ni, kau boleh jual apa saja.
5. Downgrade kereta kalau dirasakan perlu. Iyalah, selama ni kau selesa berkereta mewah, sampai simpanan kecemasan 3 bulan pun tak ada. Teruk betul perangai. Tak ada orang tegur kot selama ni.
6. Sit down dan berbincang dengan pasangan. Buat semula kira-kira komitmen dan belanja bulanan. Mana yang boleh kau potong, potong sajalah. Dah stabil nanti, kau pasanglah balik.
7. Benda ni tak popular. Tapi kena sebut juga. Allocate sedikit duit kau untuk sign up plan takaful dan juga medical card. Utamakan kau dan pasangan dulu. Then barulah anak-anak.
8. Kurangkan bergaul dengan kawan-kawan yang jenis boros. Kalau kau jenis kuat iman, tak mudah terpengaruh tak apa. Tapi biasanya memang tewas bila kau minoriti. Sedar diri.
9. Semua ni kau kena buat tak lain tak bukan untuk naikkan simpanan kecemasan kau daripada kosong kepada 6 hingga 12 bulan. Serius wei, kalau kau ada simpanan kecemasan 12 bulan hidup kau lebih tenang. Tak percaya, boleh cuba buat bermula esok hari ya.
Kalau dah berjaya nanti, baru ucap terima kasih kat saya.
Kanak-kanak yang tercekik gula-gula 'gummy mata' yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Fahmi pergi dalam keadaan cukup senang selepas bisikan syahadah ibunya serta reda ibu dan ayahnya.