Nilai Secukupnya Untuk Isteri, Berapa? En Suami Ni Bagi Saranan, Ada Logiknya!

Share

Bila ditanya pada en suami, berapa banyak sebenarnya wang yang sewajarnya diberikan kepada isteri setiap bulan, tentu jumlahnya pelbagai bukan?

Dan ini dikongsikan sendiri oleh seorang suami, bagaimana cara dan berapa nilainya. Jom baca perkongsian penuh darinya.

Nilai yang cukup untuk seorang isteri…

Bila bercakap tentang nilai yang cukup untuk diberikan kepada seorang isteri, maka agak susah sebenarnya seorang suami nak menentukan nilai tu…

RM300? RM500? RM800?

Berapa nilai yang cukup? Sebenarnya jika kita mampu bagi sampai RM1000 sebulan sekalipun, tetap tidak akan cukup…banyak mana yang dapat, banyak tu la yang habis…besar periuknya, maka besarlah keraknya…perbelanjaan tu disesuaikan dengan nilai yang dia dapat…

Sebagai contoh, suami bagi 300, dengan 300 tu isteri nak isi minyak kereta untuk hantar anak sekolah, 300 tu la nak belanja barang basah, 300 tu la nak bago duit kat anak sekolah… so cukup tak?

Mana cukup kan…

As a husband yang isteri full time housewife  takde apa-apa punca pendapatan, saya tak tetapkan nilai, tak letakkan satu nilai yang wajib saya bagi…saya isi minyak kereta, saya beli barang dapur dan barang basah, yuran sekolah anak saya bayar, telefon dia saya topup, dan duit poket dia pun saya bagi…tak banyak mna pun, dalam RM50 ke 100 ja sebagai spare…

Pastu saya cakap, kalau tak cukup mintak, kalau nak pakai lebih lagi pun mintak…

Tapi tolong faham kemampuan suami…setakat mana ja yang suami ada untuk bagi…bukan semua suami mampu bagi 500 setiap bulan, mampu bagi 1000 setiap bulan…cuma kalau dia bagi, alhamdulillah…kalau tak  bagi, make sure dia yang beli barang-barang keperluan, bayar bil-bil, komitmen dan sebagainya…

Duit minyak, duit bil, duit barang, duit yuran, itu asing…jangan combine sekali, lump sum dengan duit poket/duit belanja untuk isteri…sebab kalau combine, 300 memang tak cukup, 500 pun tak cukup…

Urus kewangan keluarga kita dengan bijak…InsyaAllah, bukan nilai yang akan mencukupkan hidup kita, tapi keberkatan rezeki itu sendiri…

Sumber : Firdaus Shakirin