Mak ayah mana yang tidak mahu menambah zuriat. Seronok rasanya bila rumah meriah dengan anak-anak ditambah bila memikirkan anak-anak menjadi tiket pahala apabila besar nanti.

Soalkan adakah mak ayah sudah bersedia untuk menambah anak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak.

Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.

1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi
Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya.

Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa.

Ads

Niat Tambah Anak Tahun Ni, Fikirkan Lima Perkara Ni Dulu!

2. Soal bajet dan kewangan
Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak.

Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara. Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun.

Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.

Ads

3. Anak sulung bersedia?
Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.

Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi.

Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya.

Ads

Niat Tambah Anak Tahun Ni, Fikirkan Lima Perkara Ni Dulu!

 

4. Kuantiti bilik dan rumah besar?
Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga. Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah.

Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak. Jangan dek kerana anak baharu, anak-anak yang semakin membesar hilang hak dan keperluan dalam rumah. Pastikan cukup bilik untuk anak-anak membesar dengan baik.

5. Bersedia rutin semula
Sekian lama ‘berehat’ paling penting pastikan anda bersedia dengan rutin menjaga bayi semula seperti berjaga malam, menyusukan anak dan menguruskan bayi sekali lagi. Jika anda bersedia dengan cabaran ini, teruskan sahaja niat anda dan suami!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI