Hajat sebuah keluarga ingin beriadah sambil memancing di Sungai Lubuk Tapeng, Air Puteh Kemaman bertukar tragedi apabila seorang anak mereka tiba-tiba dibara arus dan hanyut sehingga ke tengah sungai.
Lebih menyedihkan apabila bapa kepada kanak-kanak tersebut iaitu Mohd Mirwan Mohd Remli yang cuba menyelamatkan anaknya itu dikhuatiri lemas dan tengelam di dasar sungai terbabit.
Menurut Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya, Haryati Sulaiman serta anaknya datang ke sungai terbabit untuk memancing dan mandi di situ, kira-kira jam 9.30 pagi.
Namun anak mangsa, Muhammad Zafran Aidil yang berusia 12 tahun tiba-tiba dibawa arus dan hanyut sehingga ke tengah sungai.
“Mangsa dikatakan bertindak untuk menyelamatkan anaknya itu namun isterinya kemudian mendapati suaminya itu tenggelam.
“Bagaimanapun, anak mangsa yang lemas itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok di situ,” katanya.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Kemudian isteri mangsa bergegas mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung sebelum datang ke Balai Polis untuk membuat laporan.
Seramai 16 Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba termasuk anggota Bomba dari Balai Bomba Cheneh dan Chukai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan kerjasama daripada pihak Polis, Rela dan penduduk kampung.
“Seramai tujuh anggota Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut menyertai operasi ini dan setakat ini usaha pencarian mangsa masih belum berhasil,” katanya.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club