Hajat sebuah keluarga ingin beriadah sambil memancing di Sungai Lubuk Tapeng, Air Puteh Kemaman bertukar tragedi apabila seorang anak mereka tiba-tiba dibara arus dan hanyut sehingga ke tengah sungai.
Lebih menyedihkan apabila bapa kepada kanak-kanak tersebut iaitu Mohd Mirwan Mohd Remli yang cuba menyelamatkan anaknya itu dikhuatiri lemas dan tengelam di dasar sungai terbabit.
Menurut Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya, Haryati Sulaiman serta anaknya datang ke sungai terbabit untuk memancing dan mandi di situ, kira-kira jam 9.30 pagi.
Namun anak mangsa, Muhammad Zafran Aidil yang berusia 12 tahun tiba-tiba dibawa arus dan hanyut sehingga ke tengah sungai.
“Mangsa dikatakan bertindak untuk menyelamatkan anaknya itu namun isterinya kemudian mendapati suaminya itu tenggelam.
“Bagaimanapun, anak mangsa yang lemas itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok di situ,” katanya.
Kemudian isteri mangsa bergegas mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung sebelum datang ke Balai Polis untuk membuat laporan.
Seramai 16 Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba termasuk anggota Bomba dari Balai Bomba Cheneh dan Chukai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan kerjasama daripada pihak Polis, Rela dan penduduk kampung.
“Seramai tujuh anggota Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut menyertai operasi ini dan setakat ini usaha pencarian mangsa masih belum berhasil,” katanya.
Seperti yang kita ketahui, rambut merupakan mahkota bagi wanita dan juga lelaki. Sebab itulah ramai yang akan membuat pelbagai style rambut untuk mendapatkan aura yang berbeza.
Tidak kira sama ada yang betudung atau tidak, penjagaan rambut amatlah penting.
Mempunyai rambut yang sihat merupakan satu perkara yang dimahukan semua orang.
Namun, antara masalah berkaitan rambut yang paling kerap berlaku adalah kelemumur, membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berjumpa orang ramai.
Tetapi ada pelbagai petua yang boleh anda lakukan untuk menghilangkannya dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja seperti :
Limau Purut
Menurut seorang individu dikenali sebagai Kak Ya Leha Yusof, masalah kelemumur boleh dihapuskan dengan menggunakan petua daun limau purut sahaja.
Apa yang anda perlukan hanya 10 helai daun yang dikisar bersama air.
Namun jangan biarkan ia terlalu cair.
Jika rajin, boleh juga tumbuk daun limau purut itu dan campurkan ia dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Selepas menggunakan syampu, ambil pes tadi dan lumurkan di kepala, ratakan ke seluruh kulit dan rambut.
Urut kepala anda supaya pes tadi meresap, biarkan selama dua minit dan bilas sehingga bersih.
InsyaAllah petua ini mampu menghapuskan masalah kelemumur jika diamalkan secara konsisten.
Bunga Cengkih
Satu lagi petua untuk menghilangkan kelemumur yang dikongsi oleh Najwa Qadah adalah dengan menggunakan bunga cengkih.
Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan beberapa bunga cengkih di dalam shampoo dan gunakan ia seperti cucian rambut biasa.
Selain menghilangkan kelumumur, petua dari Arab ini juga dikatakan mampu merawat masalah rambut berminyak dan rambut gugur.
Video kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua kereta tular di media sosial sejak pagi Isnin meraih perhatian netizen.
Dalam rakaman bertarikh 29 Oktober lalu itu, sebuah lori dilihat memecut laju ketika menghampiri selekoh, menyebabkan muatan yang dibawa terhumban ke atas sebuah kereta.
Dalam sekelip mata, kereta tersebut dilihat terbalik ke dalam parit sebelum sebuah lagi kereta di belakang turut mengalami nasib serupa.
Dakwa salah seorang mangsa dikenali sebagai Ding Sheng Koh yang memandu kereta, kemalangan menyebabkan isterinya cedera parah sehingga bayi dalam kandungan meninggal dunia.
Menerusi posting di pada Ahad, pemandu tersebut berkata dia tidak akan memaafkan pemandu dan syarikat lori tersebut, malah dia belum menerima sebarang permohonan maaf sehingga ke hari ini.
“Saya dan isteri akan menyambut kelahiran bayi kami ke dunia dan kamu rampas bayi kami dalam kemalangan ini. Ia boleh dielak, tetapi kerana tindakan melulu pemandu lori serta kecuaian syarikat, ia menjadi punca kejadian itu.
“Saya tak akan maafkan kamu. Tiada wakil syarikat kamu dan syarikat penghantaran yang menghubungi kami untuk minta maaf atau ucap takziah selepas kejadian berlaku. Kamu lukai keluarga kami dengan kemalangan ini,” ujarnya penuh kecewa.
Menurut pemandu itu lagi, dia sedih melihat keadaan isterinya yang menangis saban hari mengenangkan kematian bayi mereka.
“Saya tengok isteri saya menangis setiap hari melihat gambar bayi kami. Saya rasa seperti nak bunuh pemandu itu. Saya harap kru kargo dan syarikat penghantaran boleh jelaskan kenapa mereka guna trak ini untuk hantar barang. Ia kelihatan seperti melebihi had ketinggian.
“Kerana kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya retak, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia daripada kami?” katanya lagi.
Dalam posting panjang lebar di Facebook, lelaki itu turut mempersoalkan tindakan pemandu lori yang membahayakan orang awam.
Lebih teruk, pemandu lori itu didakwa melarikan diri dari tempat kejadian sebelum dia akhirnya ditahan polis di Jeli, Kelantan.
“Kejadian berlaku di Grik, sebelum sampai ke Titiwangsa. Kenapa pihak syarikat kamu mengupah seorang pemandu yang memandu lori secara merbahaya? Mengapa barang muatan bertindih begitu tinggi, barangan tersebut telah melebihi pintu pagar lori.
“Walaupun tidak melebihi had berat tetapi ia telah melebihi had tinggi yang ditetapkan, harap pihak syarikat kamu memberi penjelasan sewajarnya.
“Pemandu lori tersebut akhirnya ditahan oleh anggota polis ketika sekatan jalan raya di Jeli,” dakwanya.
Tambah mangsa, dia seakan-akan dapat menghidu kecelakaan itu, namun tidak sempat untuk berbuat apa-apa kerana semuanya berlaku sekelip mata.
“Ketika kejadian berlaku, saya lihat lori datang dengan laju sehingga keseluruhan badan lori sudah condong. Mujur pengalaman saya memandu agak lama, sebelum kejadian berlaku saya sudah kurangkan kelajuan kereta saya, jika tidak mungkin saya juga sudah meninggal dunia.
“Daripada anggaran saya kelajuan lori tersebut melebihi 90km/j. Semasa saya nampak kedatangan lori tersebut, saya sudah mengurangkan kelajuan saya dari 80km/j hingga ke 60km/j, tetapi masih tidak dapat mengelak daripada kejadian ini berlaku,” ujarnya.
Dalam posting sama, dia turut menitipkan pesan kepada syarikat serta pemandu terlibat agar lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan risiko ke atas pengguna jalan raya yang lain.
“Saya rasa bersalah terhadap bayi dalam kandungan ibu sebab ayah tidak mampu melindung awak dengan baik. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan setimpal.
“Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan trak yang betul untuk menghantar barang. Untuk syarikat penghantaran, saya harap kamu mengupah pemandu yang bertanggungjawab.
Trak adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya lagi.
Jodoh pertemuan, adalah di tangan Allah yang menentuan tiap perjalanan kehidupan hamba-Nya. Kadang-kala sejauh mana pun kita mengelak untuk menerimanya, jika sudah ditakdirkan, itulah yang terbaik untuk kita.
Seperti pasangan ini, meskipun jarak umur sebanyak 26 tahun, itu tidak menghalang Muhammad Daniel, 22, untuk memikat serta menyulam cinta dengan cikgunya sendiri, Jamilah Mohd, 48.
Danial yang kini sudah sah menjadi suami kepada Jamilah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak menyangka dapat memikat Jamilah yang merupakan guru Bahasa Melayu ketika di tingkatan tiga pada tahun 2016.
Danial yang begitu senang dengan keperibadian Jamilah mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada seorang murid dan juga guru yang sama sekali tidak mempunyai perasaan terhadap satu sama lain.
“Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.”
“Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.”
“Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja.”
Danial kemudiannya mula nekad untuk mengenali hati budi Jamilah selepas isterinya yang guru ketika itu menghantar kiriman ucapan ulang tahun di aplikasi WhatsApp ketika dirinya di tingkatan lima.
Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.
Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.
Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.
“Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya.”
Namun begitu, ketika itu Jamilah masih menolak untuk menjalinkan hubungan serius dengannya kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan namun, sikap tidak berputus asa ditunjukkan Danial menjadi faktor kepada pernikahan mereka pada tahun 2021.
“Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.”
“Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.
“Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.
“Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat.
Sementara itu, Jamilah mengatakan bahawa dia sama sekali tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya pada 2007.
“Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.
“Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya.
Video pasangan ini menjadi tular di TikTok selepas Muhammad Danial memaparkan fasa dirinya daripada seorang pelajar sehinggalah menjadi suami kepada Jamilah.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.