Tekanan yang kuat setiap hari membuatkan ramai diantara kita tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes sendiri. Sebenarnya tidak salah jika ingin menginjakkan kaki ke dunia perniagaan. Itu sebaiknya.
Pun begitu jangan jadikan alasan kerja sebagai titik untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan sebaliknya kena tahu niat sebenar berbisnes. Takut jatuh terduduk!
Sebelum tekad untuk berhenti kerja, ada baiknya kita dengarkan nasihat daripada Tuan Norizan Sharif yang merupakan seorang usahawan di Bridgewater, New Jersey.
“Saya kini bekerja makan gaji dan bercadang untuk buat bisnes sepenuh masa. Apakah nasihat tuan?”
1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?
Ads
2. Pastikan keluarga anda sokong niat nak buat bisnes. Apabila anda buat bisnes, merekalah tempat anda mengadu dan minta sokongan. Anda mungkin bersedia, tetapi suami dan isteri serta anak-anak mungkin tak bersedia. Selesaikan itu dulu sebelum berhenti.
3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.
4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.
Ads
5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.
6. Mula downsizing sewaktu bekerja. Kurangkan perbelanjaan. Ikat perut. Biasakan hidup susah sewaktu bekerja. Lupakan hotel lima bintang atau penerbangan kelas bisnes. Mula makan di gerai, bukan coffee house. Apabila buat bisnes nanti tak susah sangat nak buat penyesuaian sekiranya bisnes tidak berkembang laju seperti yang diharapkan.
7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.
Ads
8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.
9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru
buat pinjaman.
10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat hasil tuaian capsicum yang ditanam oleh Fakriyah Hanafi pastinya mengundang rasa ‘cemburu’ dan geram, begitu segar dan’menjadi’ hasil tanamannya walau hanya di tanam di dalam pasu.
Jadi untuk anda yang berasa teruja untuk mencuba menanam pokok capsicum sepertinya, boleh dicuba. Ini memandangkan Fakriyah telah berkongsi cara dan ilmu untuk menanam capsicum dengan cara yang mudah. Menurutnya, biji benih diambil daripada capsicum yang dibeli di pasar sahaja.
Nak lebih detail, ini perkongsiannya.
Cara Tanam Capsicum
Gambar hiasan
Untuk mendapatkan biji benih, beli sahaja capsicum yang segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semlaman dan ambil biji yang tenggelam sahaja)
2. Setelah itu letakkan biji benih di dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak di tepi singki dapur sahaja. Periksa tisu, kalau kering sembur air. Tunggu sehingga biji benih bercambah.
3. Bila sudah bercambah, nampak ada ekor putih barulah saya masukkan ke dalam tray semaian. Siram dua kali sehari.
4. Bila sudah keluar 3-4 helai daun, bolehlah alohkan ke dalam pasu.
5. Saya letak tanah yang beli di nursery 6 in 1 dan tambah dengan tanah RM2.50 satu beg. Campurkan juga dengan tinja kambing.
6. Penggunaan baja, ada dua tiga jenis baja saya gunakan. Ada baja jenis siram, baja NPK dan sembur.
7. Bila buah sebesar duit syiling 50 sen, buah tersebut perlu dibalut untuk elak serangga perosak. Macam saya, saya balut menggunakan uncang net.
8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan saya letakkan di tepi rumah sahaja. Masih ada kena cahaya dan bila hujan kena tempias sahaja.
Inilah hasil tuaian daripada pokok capsicum yang ditanam
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Setelah lama menanti, akhirnya doa dan penantian pasangan ini untuk menambah ahli baru dalam keluarga dimakbulkan.
Dalam satu perkongsian, Lara Alana berkongsi berita kehamilan ibunya menerusi laman instagramnya. Sambil memegang alat pengesan kehamilan, Lara memberitahu dia bakal menjadi kakak tidak lama lagi. Alhamdulillah, atas doa semua, Lara akan jadi kakak tak lama lagi!
Terima Kasih atas doa Uncles and Aunties semua yang tak putus putus untuk Mommy and Daddy kasi adik kat Lara.
Adik lelaki atau Adik perempuan, Lara okay je.. sebab Lara tak sabar nak ada kawan untuk bermain!
Doakan kesihatan Mommy dan Adik Lara dalam perut tu ok?
Dalam pada itu, Awal Ashaari turut memuat naik berita gembira kehamilan isterinya menerusi laman instagramnya.
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.
Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga.
P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha
Diam-diam, rupanya pelakon, Oktovia Manrose telah selamat menimang cahaya mata perempuan setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, puteri tersayang telah dilahirkan ada 6 Disember 2022 yang lalu kira-kira jam 8.40 malam. Oktovia juga mengucapkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T kerana mengurniakannya dan suami seorang lagi cahaya mata.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. 😍 Alhamdulillah kami dah ada sepasang ❤️” tulisnya.
Selain daripada itu, dia juga sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa.
Dia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan aturan Allah S.W.T.
Oktovia juga turut mengakui tidak sangka dapat kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun yang lalu dan sangat bersyukur dengan kuniaan ini.
Untuk rekod, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Pada penghujung tahun 2021, pelakon terbabit telah bernikah dengan Khairul Efsan dan menimang cahaya mata perempuan pertama mereka awal Disember tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada Oktovia dan Khairul Efsan atas kelahiran anak pertama mereka.
Sumber: Instagram Oktovia Manrose
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.