Niat mahu bercuti ke Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila 3 beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.
Memetik dari laporan Kosmo!, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga berkenaan merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.
Ads
“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,” katanya.
Akibat daripada rempuhan kuat, ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan masing-masing mengalami kecederaan parah di bahagia kepala.
Ads
Difahamkan, pasangan suami isteri itu merupakan jururawat di Hospital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.
Mereka juga dimaklumkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan proses bedah siasat sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dah jadi lumrah tanggungjawab seorang suami menyediakan kelengkapan rumah buat suri hatinya dan anak-anak. Tapi menjadi sebaliknya buat si isteri ini yang sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira!
Bayangkanlah, hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur itulah juga duit belanja anak. Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.
Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie untuk tauladan kita semua. Mari, sama-sama ambil ikhtibar. Buat si isteri, anda seorang yang kuat dan tabah. Didoakan semoga ada sinar kebahagiaan buat anda kelak.
UNGKIT PASAL BELANJA RUMAH, SUAMI UGUT CERAI
Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.
Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah.
Cukup tak agak-agak? Itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.
RM20 SEMINGGU TU TERMASUK DUIT POKET ANAK, KESIANNYA ISTERI…
Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.
Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung.
Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.
DIRI TAK BEKERJA, IBU MENTUA PANDANG MENANTU DENGAN PENUH BENCI
Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.
Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami.
SAMPAI MACAM ITU SEKALI SI SUAMI ZALIMI ISTERI…
Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.
Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.
Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.
ISTERI SUDAH PENAT! BUKAN PENAT HILANG HARI INI, ESOK SUDAH HILANG
Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.
Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.
Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.
Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.
Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu. Jika sering menggunakan peluntur, warna pada baju itu pudar dan lebih kronik lagi baju mudah reput. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
Ikut 8 Tip ini jika mahu mengembalikan warna putih pada kemeja atau baju anak-anak. Jom cuba sama-sama:
1. Asingkan Daripada Pakaian Lain
Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih. Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.
2. Asingkan Ikut Material
Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:
– Acetates boleh digabung bersama acrylics
– Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
– Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
– Delicate perlu dicuci tangan
3. Rendam Dalam Air Suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.
4. Guna Jus Lemon Atau Cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian
5. Periksa Mesin Basuh
Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
6. Elak Cuci Dengan Air Sejuk
Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok. Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.
7. Jauhi Klorin
Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.
8. Elakkan Matahari Terik
Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam. Selalulah jemur pakaian putih direct di bawah sinar matahari, kerana sinar matahari terbukti mampu mencerahkan warna putih, dan bonusnya adalah memberi aroma segar pada pakaian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kaletah Nur Fatima Aisya sering menjadi tumpuan ramai. Ada sahaja gelagat dan aksi spontannya yang mencuit hati. Puteri kesayangan Fazura dan Fattah ini bakal memasuki usia dua tahun tidak lama lagi.
Dalam perkongsian terbaru menerusi akaun Instagram Jetaime. fattzura ( akaun kelab peminat Fazura ), kelihatan Fatima bersama mommynya berada Di kerusi selepas selesai mengambil suntikan.
Kelihatan si kecil yang cukup comel dengan gaun labuh aktif berjalan ke sana ke mari sambil menegur kakitangan hospital berkenaan, padahal baru sahaja menerima suntikan.
Dalam perkongsian lain pula, kelihatan Fatima sedang didukung oleh Fazura di dalam lif, reaksi wajah Fatima dan senyuman manisnya membuatkan ramai yang terpesona.
Amboi jarang-jarang dapat tengok senyumannya yang mahal dan cheeky tu kan
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...