“Niat Baik, Tiada Yang Mustahil. Hebat Impian Seorang Ayah.” Sheikh Muszaphar Mahu Sediakan Sebuah Rumah Setiap Anak!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr  Sheikh Muszaphar, figura terkenal terutama sekali dalam hal-hal keibubapaan. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu terutama dengan pengikutnya di media sosial.

Gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama isteri dan anak-anak selain memuat naik info dan tip keibubapaan, suami kesayangan Datin Dr Halina juga seorang yang bercita-cita tinggi.Terbaru, Sheikh Muszaphar berkongsi video pendek yang memaparkan ruang di dalam kediaman mereka sekeluarga.Dalam perkongsian tersebut, bapa kepada enam anak ini memberitahu kondo mereka baru siap diubahsuai.

Kondo tersebut menurut Sheikh Muszaphar dibelinya pada tahun 1997. Ketika itu, dia baru sahaja memulakan kerjayanya. Hasil usaha gigihnya, pinjaman untuk kediaman tersebut  selesai pada tahun 2017 yang kemudiannya barulah dibuat pengubahsuaian oleh suami isteri ini.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah bila mana Sheikh Muszaphar berkongsi impiannya untuk menyediakan sebuah rumah untuk setiap seorang anak-anaknya.

Masa dulu dulu

Baru start kerja
Tahun 1997
First thing beli rumah dulu …
Ambik loan masa tu
Sekarang dah settle loan
Alhamdulillah …

Impian seorang Ayah
Nak bekalkan sebuah rumah untuk setiap anak …
6 anak = 6 rumah
Haha
Pengsan….

Cukup menyentuh hati, betapa seorang ayah memasang niat yang cukup baik demi masa depan anak-anaknya. Semoga dipermudahkan urusan bapa kepada enam anak ini demi melunaskan impian tersebut.

beautymutyara Niat yang baik Allah akan mudahkan..
salina_weera Yg penting planning dr. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dr. Aameen yra
za008511 InsyaAllah Dato org yg baik,yg sentiasa ikhsan masa org lain memerlukan..Allah akn buka kan pintu rezeki Dato dan Datin..Dato Allah pilih utk jd ayah yg baik pd anak2 yg bertuah..InsyaAllah segala doa Dato Allah akn makbulkan..
ashraf.amalina Hebat impian seorang ayah. Sama macam ayah saya. Tak apa diri dia susah, asalkan masa depan anak anak senang. Pengorbanan ni juga yang memberi inspirasi pada seorang anak untuk berjaya dan hargai ibu ayah. ❤️
premiumbabygears.my Inspiring sangat Dr 😍😍😍 MasyaAllah tabarakallah semoga dipermudahkan segala urusan Dr ❤️

 

Sumber: drsheikhmuszaphar


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami