Lama tidak mendengar khabar pelakon berkulit putih ini. Baru-baru ini, menerusi laman instagramnya, pelakon Jue Aziz berjaya khatam Al-Quran dengan lebih awal.
Menurut Jue, dia berjaya menghabiskan bacaan semua juzuk dalam masa yang singkat bagi memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah Mohd Nor bersempena hari lahirnya yang 69 tahun ahad yang lalu.
“Ini surprise untuk mak Jue, alhamdulillah akhirnya harini Jue khatam Al-Quran! Allah makbulkan doa mak Jue. Mak merupakan semangat untuk Jue, lagi-lagi tengok mak tak sihat.”
“Ini je hadiah orang boleh bagi dekat mak, dah khatam alhamdulillah untuk mak dan arwah abah. Semoga segala amalan mak diterima dan disatukan dengan abah dekat syurga.”
Begitupun, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz mengakui ada lagi satu permintaan ibu yang masih belum terlaksana supaya pelakon berusia 38 tahun itu dipertemukan jodoh sekali lagi.
Ads
Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik yang berasal dari Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achamal tetapi perkahwinan itu telah berakhir pada tahun 2019 yang lalu.
“Satu je lagi permintaan mak, orang tak dapat nak tunaikan iaitu JODOH! Tau mak risau, orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak, kita bercinta berdua je lah mak!”
Ads
Menurut pelakon filem Hantu Kak Limah itu lagi, walaupun ibunya berada dalam keadaan yang tak sihat tetapi beliau masih lagi mampu untuk mengejar ilmu akhirat. Jue mengakui cuba kuatkan diri dan menyempurnakan amalan ibadah itu selepas melihat semangat yang ada pada ibunya.
“Bila tengok orang tua kita dalam keadaaan tak larat lutut, sakit-sakit tapi masih kejar agama tak sihat pun masih tetap semangat kuat, kenapa kita yang sihat ini tak buat amalan.
Ads
“Terima kasih sangat mak bagi semangat orang boleh khatam. I love you so much. Berkat Doa mak, ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapa di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka.
“Doakan ya mak Jue diberikan kesihatan , kuatkan semangatnya… selamat hari jadi mak,” ungkap Jue.
Perkongsian Jue turut mendapat perhatian ramai pengikutnya dan mereka turut mendoakan kesejahteraan hidup mereka sekeluarga.
Di Malaysia, kita menjulang pelajar yang memperoleh semua A di dalam subjek ibarat raja. Pandangan stereotaip ini memberi impak kepada satu bentuk budaya yang mana ibu bapa hendak anak mereka memperoleh semua A sebagai penanda aras atau definisi lain untuk berjaya.
Sedar tak sedar, pertandingan antara ibu bapa dah lama berlaku dalam masyarakat kita. Anak siapa paling cepat dan pandai baca. Anak siapa yang boleh menghafal dengan sempurna. Anak siapa boleh jawab matematik dengan pantas. Anak siapa dapat straight A dalam peperiksaan. Nombor berapa dalam kelas. Sukan menang ke tak? No 1 ke 2?
Hukum mudah inilah menjadi fahaman dan pegangan bangsa Malaysia setelah sekian lama. Dulu boleh mengira 1 hingga 20, sekarang sampai tidak terkira bintang yang dikira. Dulu boleh hafaz Al-Fatihah sahaja, sekarang surah pendek lain dalam minda. Dulu boleh berjalan, sekarang mampu berlari sampai tak terkejar kita.
Bahan eksperimen
Hazhari Ismail, Pensyarah merangkap Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengakui ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk memastikan mereka menang dengan persaingan antara rakan-rakan dan boleh menayangkan trofi ‘anak cepat membaca seawal 3 tahun’.
“Ini kesalahan ibu bapa, meletakkan anak-anak sebagai satu bentuk bahan uji kaji untuk eksperimen mereka sendiri. Jika kita bereksperimen, kadang-kala tujuan dan objektif eksperimen tidak tercapai. Maka, kita boleh melakukan eksperimen sekali lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Namun, anak-anak ini jangan disamakan. Kita menggadaikan masa depan mereka yang tidak boleh diulang.
“Apalah gunanya jika anak bijak dalam perkembangan ilmu, tetapi tidak boleh mempercayai ibu bapa kerana sejak kecil asyik berenggang? Maka, jika kelas tambahan itu membabitkan aktiviti interaksi ibu bapa dan anak-anak, ia digalakkan. Tapi untuk seawal 2 tahun, ceriakanlah hari mereka di rumah, boraklah dengan mereka, rekreasi bersama dan sebagainya merupakan aktiviti terbaik sebagai cerminan seorang ibu bapa yang baik.
Apabila bercakap mengenai kelas tambahan, ia mempunyai definisi yang berbeza. Jika kelas tambahan itu merujuk kepada pendedahan skil seperti bermain piano atau instrumen muzik yang lain, atau kelas seni mempertahankan diri dan aktiviti fizikal yang lain; maka itu amat digalakkan.
“Atas dasar kelas seperti ini rata-ratanya tiada di sekolah. Menjadi kebimbangan hari ini ialah kelas tambahan yang diberikan seperti kelas membaca dan menulis di peringkat awal kanak-kanak sesuatu yang tidak perlu. Ia masih awal.
“Cadangannya, di peringkat pra sekolah atau tadika, mereka hanya diperkenalkan atau didedahkan konsep membaca dan menulis atau pra-membaca dan pra-menulis. Contoh aktiviti pra-menulis seperti melantunkan bola yang bertujuan untuk meningkatkan daya koordinasi tangan dan mata.
“Maka, apabila kanak-kanak bermula untuk memegang pensel dan menulis nanti, adalah mudah bagi mereka membiasakan diri. Atau pun menyambungkan titik-titik yang membentuk sebuah lukisan atau tulisan yang bermakna. Ini sepatutnya didedahkan kepada anak-anak. Malangnya, ibu bapa masih tidak faham,” ujar Hazhari lagi .
Ibu bapa guru pertama
Kita tidak mahu melahirkan anak-anak bersifat robot, tiada jiwa dalam segenap ilmu yang dipelajarinya. Mereka perlu diberikan pembelajaran yang bersifat ‘welcoming’ anak-anak ini sedar menimba ilmu bukan suatu paksaan.
“Teringat saya akan cara Nabi Muhammad SAW menyarankan ibu bapa mendidik anak-anak untuk bersolat. Hanya seawal 7 tahun, kanak-kanak perlu didedahkan dan diajar untuk bersolat, dan selepas tiga tahun barulah mereka berhak untuk dihukum jika tidak menunaikan solat.
Tempoh 3 tahun ini Islam melihat sebagai tempoh untuk kanak-kanak mencuba,menerima, menghayati ilmu yang baru. Perkembangan seawal 7 tahun pada zaman nabi ketika dulu tidak pernah berubah di telan zaman, sama seperti kanak-kanak 7 tahun sekarang.
“Jadi, benarlah kita perlu percaya perkembangan anak itu secara kolektifnya adalah sama. Ibarat sebuah gelas yang berisi air, sebagai ibu bapa kita perlu mengisi air sedang elok dengan saiz gelas. Jika tidak, air akan tertumpah, dan mengotorkan sekeliling. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita membesar sebagai insan sebegitu.
Di dalam kamus psikologi kanak-kanak, galakkan atau (reinforcement) adalah benda yang perlukan untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak yang positif. Galakkan boleh jadi pelbagai seperti pelukan, ciuman dan pujian. Kadang-kadang ibu bapa tidak perlu gunakan wang ringgit untuk mengumpan kanak-kanak supaya berlaku baik. Tidak perlu memberi hadiah apabila mereka berjaya menghabiskan sesuatu tugasan.
Ibu bapa model terbaik
Seterusnya ialah penglibatan ibu bapa. Ambil tahu apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Letak kepercayaan kepada anak-anak tidak bermaksud memberikan mereka kebebasan sepenuhnya, tetapi tegas dan meletakkan disiplin sebagai asas utama.
“Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Kalau bukan kita, nescaya mereka akan mencari kawan-kawan dan ia akan berlanjutan sehingga peringkat dewasa di mana tiada lagi ruang untuk ibu bapa di hati mereka. Menjadi model yang terbaik di hadapan kanak-kanak, juga di belakang mereka.
Anak Ibarat Kain Putih
Guru pertama sepatutnya ibu bapa. Bukan guru di sekolah. Jangan serahkan bulat-bulat kepada guru tentang pendidikan anak-anak. Masuk campur. Biar anak-anak rasa dihargai. Tanya apa mereka belajar di sekolah ketika berada di rumah.
“Benarlah kanak-kanak itu ibarat kain putih. Ibu bapa yang mampu mencorakkannya. Saya suka konsep kerja rumah yang sebenar. Bukanlah kerja rumah seperti membuat latihan matematik lima muka surat, atau menulis huruf tertentu berulang kali, tapi kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja rumah bersama ibu bapa. Kerja rumah yang melibatkan ibu bapa dilihat mampu meningkatkan kepercayaan kanak-kanak dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak
Kanak-kanak itu berbeza, ada yang ketinggalan, ada yang belajar kerana terpaksa. Inilah yang dikatakan drilling. Kanak-kanak mendengar sahaja dan tiada interaksi antara murid dan guru.
“Mereka diajar teknik menghafaz dan apabila selesai menghafaz, kita katakan mereka sudah berjaya. Sedangkan, mereka tidak faham apa yang mereka pelajari dan tidak menggalakkan mereka untuk terus berfikir.
Anak bijak
“Bayangkan jika anak-anak terpaksa belajar subjek-subjek yang lain, sedangkan kemahiran asas masih belum dikuasai sepenuhnya. Ia akan membantut dan memburukkan lagi perkembangan mereka dan menutup niat untuk terus belajar. Tiada siapa suka konsep memaksa. Jadi, kenapa kita perlu memaksa? Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Begitu juga dengan konsep pengasingan kelas. Di peringkat tadika sampai lah ke peringkat universiti. Pengasingan kelas ini terbahagi kepada dua (2) bagaimana ia boleh diasingkan,iaitu secara choronological grouping (Umur) dan vertical grouping (perkembangan).
“Selalunya, dari peringkat prasekolah sehinggalah ke menengah, kita dibiasakan dengan konsep choronological grouping iaitu pengasingan mengikut umur. Kemudian, barulah kita guna vertical grouping iaitu kita asingkan ikut development (kepandaian).
Justeru, sebagai ibu bapa, anda mempunyai kuasa untuk menghentikan segala dogma yang mana anak yang bijak adalah anak yang memperoleh semua A di dalam semua subjek. Ini adalah pandangan yang tidak bijak dan tidak benar.
“Abaikan semua persepsi masyarakat, tidak perlu membanding bezakan pencapaian anak-anak kita dengan anak orang lain, juga di antara anak-anak kita sendiri. Percayalah, setiap anak itu berbeza. Maka, bukan tugas kita untuk membeza-bezakan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Sakit itu pasti.” Kapsyen ringkas di Instastory penyanyi, pelakon, pengacara dan pengacara televisyen Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan setelah kembali stabil setelah rebah ketika ditemubual secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 tengah hari petang semalam (29/2/ 2022).
Untuk makluman, dalam siaran langsung berkenaan, Cik Lan dilihat sedang ditemu bual oleh dua pengacara iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana, namun secara tiba-tiba mula batuk dan kemudian jatuh ke lantai.
Siaran ketika itu terpaksa dihentikan dan diganti dengan iklan bagi memberi ruang para krew produksi serta doktorl panel tv3 memberikan bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Sg Buloh oleh ambulans.
Beliau kini masih dirawat dan di bawah pemantauan doktor.
Nota: video ini dimuat naik dengan kebenaran @realroslanshah @tv3malaysia
Doktor sahkan dalam keadaan baik
Pihak TV3 juga menerusi media sosial mereka telah menjelaskan keadaan terkini selebriti itu dan memaklumkan yang dia dalam keadaan baik.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...