Wanita dan emas berpisah tiada. Bila dipakai terlihat begitu cantik dan berseri. Sama ada rantai, gelang tangan, subang, cincin, loket dan sebaginya, semuanya terlihat indah dan mempunyai auranya yang tersendiri bila digayakan oleh si pemakainya.
Jadi tidak hairanlah, orang perempuan ni kalau berduit, semahunya ingin memiliki pelbagai koleksi emas.
Hal ini mungkin ada menyebabkan segelintir suami berasa pelik dengan keterujaan seorang wanita terhadap emas.
Dan di sini dikongsikan apa sebenarnya menyebabkan orang perempuan ini suka sangat barang kemas agar lebih ramai en suami memahaminya.
Aku tanya ma aku,
“Ma, kenapa orang perempuan minat betul dengan barang kemas ni?”
Ma senyum je dan jawab,
“Ada empat sebab utama orang perempuan minat dengan emas ni.
1. Memang fitrah wanita minat dengan perhiasan. Makin bernilai perhiasan, makin mereka suka. Fitrah Allah jadikan orang perempuan memang begitu.
2. Mereka merancang ekonomi keluarga. Kadang-kadang, mereka sengaja minta suami belikan barang kemas untuk mereka.
Sedangkan jauh dalam lubuk hati mereka, mereka nak jaga ekonomi keluarga. Mereka nak jadikan simpanan dan pelaburan in case suami ada masalah kewangan, emas itulah jadi taruhan dan boleh digadaikan.
Mereka beli untuk jaga suami mereka dari membazir tempat lain dan bila ada masa sukar tiada apa boleh digadaikan. Walau orang nampak seolah isteri beli untuk diri sendiri, sebenarnya salah. Mereka beli untuk suami.
3. Barang kemas ni buat wanita dan isteri rasa secure. Rasa selamat. Rasa terjamin sedikit masa depan mereka.
Maklumlah, suami ini hanya pinjaman. Jika tidak ‘dipanggil’ Tuhan, disondol orang.
Jika apa-apa berlaku pada suami, jika berlaku perpisahan, perceraian dan ditinggalkan, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk bermula. Untuk mereka teruskan kehidupan.
Ia jaminan dan cagaran yang sangat bernilai untuk wanita dan kaum isteri khususnya.
4. Dia tak nak suami dia kahwin lain. Kalau dah duit habis kat seorang isteri je, tak de duit dah laki dia dah kahwin lain.
Sebab tu budaya orang Arab, duit hantaran cukup tinggi sampai beratus ribu. Lelaki kena kerja sungguh-sungguh nak cari duit untuk kahwin, dah kahwin seorang duit dia habis. Nak kahwin lain letih pula nak cari duit lain.
Haaa, gituh!”
Termenung panjang aku bila dengar penjelasan ma. Betul sungguh apa yang ma kata.
Kadang-kadang makhluk aneh yang bukan berasal dari bumi ini bijak merancang bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk keluarga.
Sumber : Mohd Fadli Salleh