Hal penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita secara tradisionalnya memang pelbagai dan lazim didengar dan diamalkan di kalangan kita hingga hari ini. Selain petua ini mudah untuk dipraktikkan, tidak dinafikan kos penyediaan bahannya juga cukup murah dan berbaloi dengan kesan atau manfaat yang dirasai oleh si pengamal tersebut.
Sebagaimana maklum, penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Bertepatan dengan khasiat yang luar biasa daripada makanan-makanan tersebut memberikan tindak balas positif pada tubuh sama ada bab kesihatan mahu pun kecantikan.
Diakui dengan mengamalkan petua-petua ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu dengan minum air herba buatannya sendiri.
Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.
“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.
“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”
Ads
Bahan-bahan:
Halia
Ads
Kunyit
Halba
Asam keping
Ads
Madu
Cara buat :
Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
Sedia untuk diminum setelah suam.
Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.
Sumber : Kak Esah Lah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai tahu betapa bahayanya penyakit jantung dan sering juga dikaitkan dengan punca berlakunya kematian secara tiba-tiba. Menyedari bahayanya serangan penyakit jantung ini, sebaiknya perlu diberi perhatian serius dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Namun jika sudah menghidap penyakit jantung, usaha penjagaan jantung perlu dilakukan dengan lebih berganda lagi. Selain mengikuti saranan doktor untuk merawatnya, tidak salah kiranya turut diamalkan petua ini.
Memetik perkongsian Siti Safarliyana di akaun fbnya pada bulan May yang lalu, menjelaskan ibunya telah beransur pulih apabila mengamalkan jus istimewa ini selama sebulan dan menampakkan kesan yang positif.
Nak tahu jus apakah itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
“Harini rasa macam nak share something yang sangat berguna untuk kita amalkan hari2.”-Siti Safarliyana
Bulan lepas tiba2 mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doc suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doc sruh balik dulu dan lpas sebulan p hospital balik untuk buat angiogram.
Masa blik dari hospital tu ada sorang kak ni bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari2. Lepas tu saya buat kat mak dan kami 1 family amalkan.Dan mak dah amalkan selama sebulan sebelum p hospital balik.
Alhamdulillah semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doc kata saluran darah semua berjalan lancar.. Syukur Alhamdulillah, kita hanya ikthiar apa yg terbaik.. Di bawah ni sy share resepi Jus Jantung yg kami amalkan.”
Jus Jantung
Sukatan Ramuan
(Untuk kisar)
1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli
Cara penyediaan :
Setiap bahan dikisar dengan 1 cawan air..kecuali madu & cuka epal x perlu tambah air.
Cara Masakan
Semua bahan di atas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk setelah dikisar dan ditapis.
Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak).
Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan.
Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.
*Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais.
Bagaimana nak minum Jus Jantung ini?
Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Jantung.
Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bangun pagi celik mata yang dicari pastinya secawan kopi atau teh panas. Itu sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan kerja di pejabat. Rasa tak lengkap bila tidak ‘pekena’ secawan air yang likat, pekat dan manis ini.
Tapi, benda sedap ni ada bahayanya, lagi lagi kalau hari-hari diamalkan. Boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebagai wanita dan ibu kepada anak-anak, bila usia makin meningkat kenalah ada kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat.
Semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi kenalah amalkan makanan yang sihat demi untuk keluarga, terutama anak-anak.
Apa kata ubah gaya hidup anda daripada secawan teh tarik misalnya dengan secawan lemon panas setiap pagi. Bunyi macam mudah tapi nak tukar rutin itu agak susah. Lagi lagi dengan minuman ini.
Usah risau, apa kata ibu-ibu cuba dahulu tiga resipi ini. Mana tahu sesuai sekaligus buat anda tertarik. Lama-lama nanti jadi rutin pasti anda sukakannya. Kesihatan pun lebih terjamin kan. Jom cuba!
1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.
2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.
3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.
4. Sedia diminum.
#LEMON MADU
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu
1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.
2. Letakkan madu dan sedia diminum.
#LEMON PUDINA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun
1. Satukan semua bahan bersama air panas.
2. Kacau sebati dan biarkan seketika.
3. Sedia diminum.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Walaupun lemon jenis berasid, namun menakjubkan lemon merupakan sumber alkali yang boleh menyeimbangkan PH dalam badan. Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
6. Ia mengaktifkan sistem pencernaan
Amat mudah namun kuasanya besar untuk merangsang pencernaan anda dan membaiki kebolehan badan untuk menyerap semua nutrisi sepanjang hari.
8. Mencegah sakit perut
Jika anda makan sebelum tidur, kebarangkalian anda untuk mendapatkan perut kembung keesokan pagi adalah tinggi. Lemon panas waktu pagi dapat mencuci sistem perut anda, sementara flavonoids dalam jus lemon dapat mengurangkan keasidan perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.