Pelakon Wawa Zainal menggalakkan agar suaminya, aktor Aeril Zafrel membina sebuah masjid yang akan didirikan di kampung halaman Aeril terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Menurut Wawa, idea itu datang selepas mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Kami telah membeli sebuah lot tanah dan Aeril berhasrat mahu membina sebuah rumah banglo.
“Namun begitu, saya memikirkan yang ada baiknya jika kami membina masjid. Idea ini datang selepas saya mendengar ceramah seorang ustaz.
“Saya memberi galakkan kepada Aeril membina masjid untuk saham akhirat kami. Akhirnya, keputusan telah dibuat dan kami membina masjid di sana.
“Jadi, lepas berbincang dengan ketua kampung di Rengit, Johor dan kami bersetuju untuk menghulur dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.
Ads
“Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan… doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” ujar Wawa.
Sementara itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.
“Memang bukan berniat nak riak atau menunjuk-nunjuk… tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami.
Ads
“Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid… apa yang kami harap sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” ujarnya.
Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan
Dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan bakal memuatkan seramai 700 orang jemaah, wang terbabit akan dikumpulkan menerusi keuntungan jualan koleksi terbaru Wawa Cosmetics, Bukhari dan Muslim.
Ads
“Segala keuntungan dua koleksi kosmetik ini akan digunakan untuk pembinaan masjid terbabit.
“Harga untuk satu kotak berharga RM79 dan dua kotak hanya RM150 sahaja. Koleksi ini akan dikeluarkan sebanyak 80,000 set sahaja.
“Untuk keluaran kali ini, memang kami tidak akan mengambil keuntungan langsung terhadap dua koleksi terbabit.
“Team Wawa Cosmetics dan pembeli yang bakal membeli menjadi penyumbang untuk masjid ini,” kata Aeril pula.
Koleksi Wawa Cosmetics edisi Bukhari dan Muslim ini akan dua pengilat bibir, set solekan serta wangian dan mula dijual hari ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini Wawa Zainal menyuarakan kerisauan dengan perkembangan anak sulungnya yang dikatakan ‘lambat’ terutama dalam pertuturan. Ahmad Fakhruddin Attar, anak sulung Wawa Zainal dan Aeril Zafril dikatakan masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun ketika itu.
Terbaru, Aeril Zafrel, 31, pula meluahkan perasaan yang sama. Anak sulung pasangan ini dikatakan mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Attar yang kini berumur 6 tahun banyak didedahkan dengan gajet sebelum ini.
Justeru, Aeril berkongsi masalah tersebut dan dalam masa yang sama turut meminta ibu bapa yang sayangkan anak mereka supanya mengurangkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet.
Menurut Aeril, setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.
“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
“Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai ‘ultra lighting’ yang tidak baik,” katanya.
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melayari alam rumah tangga ada pasang surutnya. Ada manis ada pahitnya, ada masa bergurau ada masa bermasam muka.
Namun semua itu asam garam yang akan ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri. Hari ini genap 9 tahun Lan Solo dan isteri melayari alam rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata yang comel. Menerusi laman instagramnya, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra dengan panggilan Sheila memuat naik perkongsian tersebut.
MOHD RAZLAN.. . sila pastikan 9 thn lagi pon u pimpin tgn wanita yg sama! . Setia mencintai wanita yg sama.. . Sudi jatuh bangun bersama.. . Menjadi imam utk wanita yg sama.. .
Kekal bg report kat wanita yg sama.. .
Tak lalai utk bg nafkah pd wanita yg sama.. .
Memberi sepenuh perhatian pd wanita yg sama.. .
Share password dan pin atm pd wanita yg sama! .
Gado dan berbaik pon pd wanita yg sama.. .
9 thn kita jaga jodoh sama2.. .
I dgr ada jodoh lain.. .
Ko tunggu.. Aku beranak lagi thn depan.. ??? .
Selamat Hari Kita.. ???? .
Kpd yg berhasrat nk cuba2.. Jgn berani2 nk sondol k.. Aku sondol ko smpi dlm tanah!!! .
Nampak biasa-biasa sahaja tetap mendalam maksudnya. Apa pun selamat ulang tahun ke 9 Lan dan Sheila. Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Ramadan akan jadi satu cabaran bagi anda yang suka menikmati makanan kerana waktu lapar, pelbagai menu yang dijamu oleh mata akan jadi satu sajian pilihan walau belum tentu anda dapat telan kesemuanya.
Namun jika terlalu ghairah dengan menu kegemaran tanpa berfikir soal lemak yang bakal muncul, ini boleh buat berat badan anda naik mendadak!
Jika ingin rebut menurunkan berat badan anda selama bulan Ramadan, cuba ikuti cara ini:
1. Hidrasi kunci untuk menurunkan berat badan selama berpuasa. Minum air putih yang cukup akan menjaga anda daripada dehidrasi dan akan kontrol keinginan anda pada gula setelah berbuka puasa. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari.
2. Memang sedap layan minuman berkafein tetapi seeloknya pada bulan puasa, anda ganti dengan minuman herba yang dapat membantu pencernaan. Bulan Ramadhan, metabolisme dan energi kita akan menurun. Makan kurma saat berbuka mampu atasi keperluan tubuh kita terhadap gula. Kemudian mulakan dengan makanan ringan seperti sup dan sayur-sayuran sebelum masukkan menu yang lebih berat.
3. Jangan buat-buat lupa bab sahur, ya. Tidak ada alasan untuk guna alasan tak sempat sahur, ini lebih mendorong anda makan berlebihan saat berbuka puasa. Kalau masak sajian sahur pastikan anda kurangkan garam, tidaklah anda cepat haus. Tetapi menu yang disediakan harus terdiri dari karbohidrat kompleks dan protein yang cukup.
4. Puasa bukan alasan untuk anda jadi malas sepanjang hari. Anda tetap boleh lakukan aktiviti seperti biasa, tetap elak melakukan sesuatu di tempat yang panas. Membakar lemak ketika perut kosong adalah lebih mujarab walaupun agak mencabar.
5. Ternyata penyebab utama kenaikan berat badan saat bulan Ramadan adalah makanan yang anda makan untuk berbuka puasa yang biasanya terdiri daripada makanan manis. Ingat ya, selagi mampu cuba elak daripada mengambil gula yang berlebihan.
Nah, moga lima langkah ini mampu memberikan berat badan yang unggul dan sihat untuk anda! Hasilnya anda sendiri pasti terkejut dengan berat badan selepas berjaya kawal nafsu makan. Tidak susah, bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.