Ni Resipinya Nak Buat Puding Awan Biru Yang Viral. Mudah Je Rupanya Bahan Yang Digunakan!

Share

Aneka menu puding, agar-agar atau jeli tidak dinafikan sering ‘menggoda’ selera kita anak beranak untuk menikmatinya, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Terasa nikmat menjamah puding yang sejuk dengan teksturnya yang lembut, rasanya yang manis dan apatah lagi jika cantik pula warnanya.

Umpamanya  seperti Puding Awan ini, nampak istimewa dan menyelerakan bukan? Jika tidak masakan resipi ini boleh viral. Boleh dikatakan sekali pandang kita sudah teruja untuk menikmati keenakan rasanya.

Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini.

Puding Awan 
Bahan agar-agar (langit biru)
10gm agar-agar
2 cawan air kelapa
2 cawan air
11/2 cawan gula (boleh kurangkan)
ais secukupnya-dihancurkan

Bahan krim (awan)
1 cawan non dairy whipping cream-dipukul hingga kental

Cara Masak:
1. Masak agar-agar bersama air, air kelapa, gula dan pewarna biru hingga mendidih. Tutup api.

2. Letak agar-agar di atas bekas berisi ais. Biar agar-agar sejuk sambil kacau-kacau dengan sudu hingga mengental dan boleh dicedok dengan sudu. Jangan sampai agar-agar keras ye.


3. Sudukan agar-agar ke dalam botol atau gelas. Kemudian sudukan whipping cream. Buatlah seperti bentuk awan , biar ia melekat di botol atau gelas. Letak 3-4 hiris isi kelapa ditengah-tengahnya. Ulang cara yang sama dan akhiri dengan picit whipping cream di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais.

Ekstra info : Jika tak nak guna air dan isi kelapa, boleh guna air dan buah laici.

Sumber : Nor Al Fatihah 

 

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Banyak Perkara Boleh ‘Settle’ Bila Ada 2 Rumah. Perunding Kewangan Ni Listkan, Rugi Tak Buat!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan  anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club