Sedapnya kalau dapat makan kuih talam pandan, rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut memang puas hati untuk dijamah sebagai menu pemanis mulut ketika berbuka puasa.
Jika sebelum ini kita hanya membeli beberapa ketul kuih sahaja, seakan tidak puas untuk merasa seisi keluarga. Jadi ada baiknya kali ini kita sediakan sendiri di rumah. Menyediakan menu ini juga cukup mudah, apatah lagi bila menggunakan resipi sukatan cawan yang dikongsikan oleh Puan Lina ini.
Talam Pandan
Bawah
1 cawan pati daun pandan
(12 helai daun pandan blend +1cwn air) tapis
3 cawan santan
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar membukit tepung ubi
Pewarna hijau
Garam untuk lemak, ikut rasa sendiri
Cara penyediaan:
1. Panas air kukusan sampai mendidih. Lenser dasar loyang dengan minyak, alas kertas plastik. Saya guna loyang bulat 9″.
2. Campur semua bahan kacau rata.. tapis.
3. Masak dalam kuali atau periuk, panaskan di atas api yang kecil. Masak sekejap adunan… panas jer tutup api.. Tuang dalam loyang, kukus 20/25 minit gitu..
4. Tutup tudung pengukus nanti kalau tak tutup masuk air pulak.
5. Dah cukup masa buka tudung pengukus biar 3/5 minit baru cakar permukaan bahagian bawah. Tuang bahagian atas…tutup tudung pengukus
Atas
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras cap bunga teratai
2 sudu membukit tepung gandum
3 cawan santan
Garam untuk lemak.. Ikut cita rasa sendiri
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan kacau sebati, tuang dalam loyang bahagian bawah tadi.
2. Kukus 20/25 minit. Dah cukup masa buka tutup pengukus biar 5 minit gitu baru tutup api.
3. Dah siap.. biar semalaman, pagi esok baru potong.. nampak cantik. Selamat mencuba. Tq, saya kongsi resepi bersama sahabat semua.
sumber : Lina Sahedin via MAHN