Tidak dinafikan kita sebagai mak-mak ini ramai antaranya puas jaga makan untuk penjagaan kesihatan dan sekali gus memiliki penampilan yang menarik.
Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah, banyak kali juga temui kegagalan.
Lagi-lagi bab nak kempiskan perut yang nampak seakan mengandung tiga empat bulan.
Berkongsi cara untuk atasi masalah itu, pakar otak Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi amalan pemakanan yang bagus untuk membantu mengikis lemak diperut dengan minum jus.
Bahkan menurutnya jus detoks yang dikongsikan ini bukan sahaja membantu untuk kekal langsing malah dapat menghalang kulit pudar. Kurangkan kulit berminyak. Rendahkan risiko penyakit jantung. Bantu proses nyahtoksin. Bantu masalah sembelit.
Wow! Begitu banyak manfaatnya dan jika anda ingin tahu apa bahan-bahan istimewa yang digunakan, jom baca perkongsian penuh di bawah ini.
JUS KIKIS LEMAK PERUT
Yang ada masalah perut buncit. Kerap kembung dan tak selesa. Berat makin hari makin naik walaupun dah jaga makan.
Ads
Kerak lemak dok melekat di dinding usus.
Kalau nak turunkan berat badan, buatlah beetroot ni sebagai saka. Berdampinglah dengan dia.
Detoks halang kulit pudar. Kurangkan kulit berminyak. Rendahkan risiko penyakit jantung. Bantu proses nyahtoksin. Bantu masalah sembelit.
Rendah kalori dan tinggi fiber. Dijuluki minuman untuk kikis lemak perut.
Ya. Lemak yang melekat di bawah kulit. Penyebab perut buncit. Kurus tapi perut maju kedepan. Tak berapa bahagia tengok.
Jus ubi bit bagi kesan padu untuk jangka masa panjang. Sayuran pilihan artis terkenal antarabangsa serta atlet dunia.
Ads
Minum pagi sebelum breakfast. Untuk kesan maksimum. Minum sekali dengan fiber. Ubi bit ada sejenis asid amino leucine.
Bantu tingkatkan aktiviti pembakaran lemak dalam sel. Boleh campur dengan lobak merah. Delima, tomato atau epal hijau. Untuk percepatkan lagi proses turun berat.
Ni lagi satu resipi saya selalu buat untuk elak lemak berkumpul pada perut:
– 1 cawan ubi bit (potong dadu)
– 1 cawan lobak merah (potong dadu)
– Separuh cawan air bertapis
– 3 sudu makan jus lemon
– Sedikit garam Himalaya
– Separuh genggam daun pudina
– Optional: halia
Caranya mudah:
1. Guna blender. Bukan juicer. Minum dengan seratnya sekali.
2. Masukkan ubi bit, lobak merah dengan daun pudina. Kisar.
3. Tambah air, jus lemon dengan sedikit garam.
Siap untuk diminum. Kesan seawal 2-3 minggu. Perut makin meramping.
Jangan buat main apabila isteri sedang berpantang. Memang benara beberapa amalan berpantang ini bagus. Tetapi berpada-padalah, agar tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan.
Sebagaimana perkongsian oleh Dr Hana Hadzrami telah memaparkan gambar rahim yang sihat dan rahim yang terjejas akibat amalan pantang yang terlalu ketat. Semoga
Ini adalah uterus atau rahim. Gambar pertama ialah rahim wanita yang masih subur (pra-menopos). Gambar kedua ialah rahim wanita yang dah menopos. Perhatikan perbezaan saiznya.
Rahim boleh mengembang hingga memuatkan sebesar-besar muatan (janin, uri, ketuban) sewaktu mengandung dan akan kembali ke saiz normal iaitu 3 x 2.5 inci dalam masa 6 minggu dengan sendiri.
Rahim boleh kembali kuncup ke saiz asal dan keluar bersih darahnya tanpa urutan, bertungku, jamu dan sebagainya. Itulah kehebatan organ ciptaan Tuhan.
Amalan seperi urutan, bertungku dan berbengkung hanyalah untuk memberi sokongan emosi kepada ibu selepas bersalin. Jadi ibu boleh berehat, terasa disayangi dan diberi perhatian.
Namun amalan berpantang yang ketat boleh menjadi pedang dua mata yang memberi tekanan emosi dan fizikal kepada ibu lepas bersalin.
Bukan itu saja, ia berpotensi membawa maut kepada ibu. Menyekat air minuman boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan jamu boleh menganggu fungsi hati ibu dan bayi menyusu serta memburukkan lagi jaundis bayi.
Berbengkung terlalu ketat dan berbaring sepanjang masa boleh menyebabkan pembentukan darah beku seterusnya kematian mengejut.
Berpada-padalah.
Sokongan fizikal dan emosi untuk ibu adalah penting untuk mengurangkan risiko post partum depression dan post partum psychosis.
Jadi berilah sokongan, bukannya tekanan.
Orang tua yang sihat ialah mereka yang berpantang sampai ke tua
Betul ke orang-orang tua yang berpantang ketat masa muda dulu sihat je sampai ke tua?
Tak betul ya. Ramai je mereka ni datang dengan penyakit berangkai-rangkai. Ada yang rahim jatuh juga walaupun anak tak ramai dan rahim kononnya dah disengkak tinggi. Bezanya cuma ada yang buat pembedahan, ada yang simpan saja sebab malu.
Bagaimana kami tahu? Sebab bila sakit mereka datang jumpa kami. Bukan jumpa makcik bawang. Baguslah, sekurang-kurangnya mereka dapatkan rawatan yang betul.
Orang tua yang sihat ialah mereka yang berpantang sampai ke tua. Mereka makan secara sederhana, makan makanan yang sihat, jaga berat badan dan selalu melakukan aktiviti fizikal seperti berkebun, beriadah dan sebagainya. Tak perlu ambil produk apa pun.
Jadi usahlah menakut-nakutkan ibu-ibu supaya berpantang secara ketat. Yang penting berikan ruang ibu lepas bersalin untuk berehat dan bonding dengan baby.
Jagalah emosi dia jangan sampai tertekan; biar dia sendiri memilih nak berpantang dimana, berapa lama dan dengan siapa. Bukan biar suami atau mertua pilihkan. Yang bersalin tu dia bukan orang lain.
Tak perlu cukupkan 44 atau 100 hari kalau ibu dah sihat dan bersih dari nifas.
Ikutlah keselesaan dia. Tiada data menunjukkan siapa pantang paling lama akan paling sihat. Malah siapa paling cergas dan jaga pemakanan dialah paling sihat.
Minum air secukupnya
Ramai berkongsi kisah pahit berpantang ketat dengan hanya dibenarkan minum air 2 gelas dan makan nasi berlaukkan ikan kering dan bilis saja tiap-tiap hari sepanjang berpantang. Sudahlah lapar, susu tak keluar, sembelit teruk pulak tu!
Ada yang berpantang dengan mertua dengan sangkaan akan dijaga baik, rupanya tak dapat berehat langsung. Tiap kali tetamu datang, ibu kena persembahkan bayi bawa ke luar untuk tetamu tengok.
Disuruh memasak dan hidangkan pada suami walaupun bersalin secara pembedahan. Makanan sendiri disekat pula.
Jadilah kita ibu dan ibu mertua yang berilmu dan bertimbangrasa. Menantu bukanlah untuk diambil kesempatan dan usah merajakan anak lelaki sampai tiada rasa belas ihsan.
Semoga para ibu alert dengan amaran ini. Jaga kesihatan diri supaya diri selamat dan kembali sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
GEJALA SINUS
Gejala sinus jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berikutan keadaan rongga yang masih belum terbuka sepenuhnya.
Lazimnya, pembukaan rongga ini akan sempurna ketika usia remaja. Sekalipun ia terbuka, tetapi jika tiada pengumpulan mukus atau nanah di sekitarnya, tidak mengapa.
Keadaan hanya berbeza apabila berlaku jangkitan dan pengumpulan nanah pada rongga sinus. Inilah yang akan membawa kepada radang sinus.
Terdapat beberapa punca berlakunya sinusitis tidak kira dalam kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Antaranya adalah jangkitan sinus atau selesema, alahan, trauma akibat kemalangan, struktur tengkorak yang tidak normal dan perokok pasif.
1. JANGKITAN SINUS
Lazimnya keadaan selesema akan menyebabkan rongga hidung membengkak dan ruang saliran sinus menjadi sempit serta menghalang pengudaraan. Apabila keadaan ini terjadi, mukus dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya menjadi perumah untuk pembiakan bakteria hingga menyebabkan keradangan dalam rongga sinus.
2. ALAHAN BUKAN JANGKITAN
Ramai ibu bapa tidak perasan bahawa anak mereka kerap selesema dan bersin disebabkan alahan, bukan jangkitan. Alahan boleh terjadi disebabkan debunga, hama dan lipas. Bahan buangan daripada hama biasanya menjadi punca paling kerap rongga sinus tersumbat.
3. TRAUMA
Tidak kira sama ada pernah terhantuk dengan kuat, kesan kemalangan atau apa saja impak yang mengenai kepala dan menyebabkan kecederaan, ia boleh menyumbang kepada sinusitis.
Keretakan tulang pada bahagian tengkorak ini boleh menyebabkan rongga sinus menjadi sempit. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh menutup rongga sinus dan menyebabkan radang yang lebih teruk.
4. STRUKTUR TIDAK NORMAL
Kes sebegini lazimnya berlaku kepada mereka yang dilahirkan dengan kelainan pada struktur wajah. Sebagai contoh, mereka yang mengalami sumbing lelangit.
5. PEROKOK PASIF
Bapa atau ibu yang merokok selalunya membawa risiko tidak sihat kepada anak-anak. Begitu juga dengan orang di sekeliling. Pendedahan terhadap asap rokok boleh menyebabkan terjadinya masalah sinus dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana, asap boleh memberi reaksi kepada rongga hidung dan menyebabkan permukaannya bengkak, sekali gus menutup rongga sinus.
Terdapat pelbagai simptom jelas yang menunjukkan kanak-kanak itu menghadapi sinusitis. Antaranya adalah demam, selesema, hidung berair, batuk (disebabkan hingus yang melalui belakang tekak) dan sakit kepala (bahagian dahi dan pipi).
Tetapi, bukan semua kanak-kanak yang mengalami batuk dan demam mengalami sinusitis kerana rongga sinus mereka belum sempurna. Sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia lapan tahun.
Rongga sinus yang sempurna merangkumi sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid. Apa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah alahan.
Mereka kerap bersin dan selesema. Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak yang mengalami masalah alahan mendapat sinusitis. Umpamanya, rinitis alahan atau kerap disebut masyarakat kita sebagai resdung.
Pentingnya alahan berkenaan dirawat untuk mengelak dari masalah berikut :
1. Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian berkenaan.
2. Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
Menurut statistik yang dikongsikan kepada umum tahun lalu, resdung dikategorikan sebagai masalah kesihatan global.
Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah di Kuala Lumpur mengidap asma.
Dalam kalangan penghidap asma ini, hampir 80 peratus dikatakan turut menghidap resdung. Kanak-kanak pula lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa, selain faktor persekitaran, jerebu, demam, batuk dan selesema.
Sinusitis dalam kalangan kanak-kanak masih boleh dirawat berikutan ia disebabkan jangkitan. Doktor biasanya akan membekalkan ubat untuk mengurangkan pengeluaran hingus, sekali gus membantu membuka rongga sinus.
Pada masa sama, perlu untuk rawat punca berlakunya sinusitis. Kalau disebabkan jangkitan, doktor akan beri antibiotik. Kalau alahan, ubat akan diberi untuk mengawal alahan. Jika tidak, radang ini akan berulang.
Satu perkara yang kerap masyarakat terlepas pandang adalah mengenai kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Majoriti masyarakat hari ini terlalu mudah membuat kesimpulan berdasarkan perbandingan simptom yang pernah dihadapi sendiri dengan apa yang dialami anak-anak.
Orang kita kalau nampak anak gatal pada muka, berhingus, dia akan kata resdung. Sebenarnya ia lebih kepada alahan. Rinitis boleh diwarisi daripada genetik ibu dan ayah. Sinusitis itu radang yang berlaku akibat jangkitan. Ia tidak diwarisi.
Tetapi kalau alahan, itu boleh diwarisi. Cuma, sebagai ibu bapa, kita kena peka apa yang menjadi punca atau penyebab ia berlaku. Boleh jadi disebabkan persekitaran, makanan, debunga, hama rumah, lipas, bulu kucing dan sebagainya.
Elakkan anak daripada punca alahan supaya tidak melarat hingga berlaku jangkitan sinus. Seeloknya, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.
Cermin mata adalah ‘sahabat’ baik dengan orang rabun. Nak-nak lagi mereka yang tak suka pakai contact lens. Jadi, cermin mata adalah barang penting untuk mereka. Sebab itu cermin mata kena dalam keadaan baik selalu, tetapi adakalanya tanpa sengaja cermin tercalar. Nak buat yang baru pasti kena keluarkan modal kan.
Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna Facebook bernama Rosie Zam berkongsi tip untuk menghilangkan calar pada cermin mata. Malah tip ini juga dikatakan turut boleh dipakai ke atas jam tangan.
Dengan 3 cara ini, masalah anda itu pasti dapat diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Cuba tau.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...