Ni Resipi Masak Cencaru Sumbat & Ada Rahsia Rupanya Nak Bersihkan Minyak Gorengan!

Share

Ni Resipi Masak Cencaru Sumbat & Ada Rahsia Rupanya Nak Bersihkan Minyak Gorengan!

Jika beli ikan cencaru, rasa-rasanya menu apa yang enak dimasak ye? Mungkin ada yang kata ikan cencaru sedap dimasak goreng berlada, atau tidak pun buat masak kicap, paling mudah, goreng begitu sahaja.

Namun tidak kurang juga tentu ramai yang suka jika ikan cencaru dimasak Cencaru Sumbat Sambal Portugis. Jadi apa kata hari ini kita layan selera dengan menikmati cencaru sumbat seperti yang dikongsikan oleh Una Husna

.

Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis cara MamaUna

Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.

Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

 

Bahan-bahan sambal

Daun kesum-diracik-racik

Bunga kantan- hiris nipis

15biji Limau kasturi/cuit(perah amil air)

Gula

Garam

Secukup rasa

Aji (ikot masing-masing)

*1biji bawang besar

* 3 biji bawang kecil

*3 biji bawang putih

*Sedikit belacan

*1biji Tomato

*15 tangkai Cili kering direbus

*3 cili besar hijau

*10 cili api

 

Cara masak

1.Kisar semua bahan bertanda*

2.Tumis semua bahan diblend tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.

3.Bila sambal sudah masak, masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

4.Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula, secukup rasa kalau nak letak aji boleh jugak.

5.Kacau-kacau lagi dan rasakan.

6.Bila sudah pekat tuutp api.

7.Dan masukkan dalam cencaru tadi belah belakang sumbat sambal tadi.

8.Goreng dengan garing.

9.Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.

  1. Siap untuk dimakan.

Buat anda yang biasa menyediakan menu ini tentu anda perasan bahawa ketika menggoreng ikan, minyak mudah bertukar warna gelap.

Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa pula tukar minyak baru.

Pun begitu sebenarnya ada petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar minyak baru. Ini seperti yang dikongsikan oleh Ariza Kak Chik.

Caranya mudah iaitu dengan menggunakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kemudian tuang air tepung jagung tersebut ke dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapatlah  goreng ikan yang seterusnya.