Pernah buat cucur ikan bilis sendiri, tapi kenapa tak comel bulat macam beli kat kedai eh? Jadi leper je kejadiannya…
Sebenarnya, ada satu teknik yang anda perlu cuba untuk menghasil cucur ikan bilis bulat seperti beli di kedai. Nak tahu tekniknya macam mana? Kena ikuti perkongsian resepi cucur ikan bilis paling simple di bawah. Mudah! Hanya beberapa bahan sahaja diperlukan. Jom cuba!
RESEPI CUCUR IKAN BILIS PALING SIMPLE, RANGUP & BULAT-BULAT
Saya nak share resepi cekodok paling simple tapi rasa die rangup di luar, lembut dan berongga di dalam. Anak-anak pun suka dan bahan pun mudah sahaja. Jom cuba!
Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Layla Hashim
Selamat mencuba!
Kuih raya lajen mak ajo buat mas kecik2 dulu…dah tua-tua ni baru lah ada keberanian nak buat,tahun ni tahun ke 2 buat sendiri biskut mazola ni…saya sertakan resepi..
Biasanya kuih ini dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati.
Kalau biasa ibu-ibu akan buat versi pandan, kali ini admin sajikan resipi versi Gula Merah.
Tak caya cubalah.. Nahhh ni resepinya yang dikongsikan oleh Mawar Merah .👇
Bahan2 lapisan bawah:
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
1 sudu teh garam
Cara2:
Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam ( saya rendam 1 jam,guna pulut susu ).
Sediakan loyang 7×7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
Cakar2kan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan
Bahan2 lapisan atas:
200 gram gula merah
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur gred B ( saya guna 1 biji gred A )
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum ( saya tambah 1 sudu besar lagi )
1/2 sudu teh garam
Cara2:
Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan.
Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati.
Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata
Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul
Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik yg telah di oles dengan sedikit minyak.
Pastikan air kukusan betul2 mendidih dan lap penutup kukusan dgn tuala setiap 5 minit sekali
Kredit Resepi : mawar merah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung halaman masih lagi terasa, kini kemeriahan meraikan lebaran terus disemarakkan lagi dengan mengadakan majlis rumah terbuka. Ini sebagaimana kebiasaan bagi kita yang tinggal di bandar, akan merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini.
Pilihan menu seperti laksa, bihun sup, lontong, ketupat dan lemang seakan menjadi antara menu biasa akan dijamu di majlis rumah terbuka. Pun begitu memberi sedikit kelainan menu untuk hidangan pemanis mulut, apa kata anda sediakan menu Puding Tiramisu yang sangat mudah disediakan ini. Malah bahan yang digunakan juga cukup ringkas, hanya 5 bahan.
Jom semak resipi yang dikongsikan ini untuk dicuba.
Puding Tiramisu 5 Bahan Viral
Banyak sebenarnya resepi puding tiramisu ni.. Kalau ikut saya cara senang je.. Mudah & cepat.. Rasa & step dia ala2 buat cheesekut tapi yang ni takdak cheese ye..
Bahan-bahan:
1 cawan susu pekat (kalau nak kurang manis 1/2 cawan pun ok sebab milo dah manis)
2 cawan susu cair dutch lady @ susu sejat
3 sudu besar tepung castard
cream cracker/biskut marie @ apa-apa biskut
milo (secukupnya)
Cara penyediaan:
1. Masukkan susu pekat, susu cair dan tepung castard dalam periuk. Kacau sebati guna whisk sampai hilang ketulan tepung.
2. Dan sebati baru letakkan atas dapur api perlahan. Masak hingga pekat. Tapi jangan terlalu pekat sampai berketul-ketul. Agak-agak sahaja.
3. Kemudian susun cepat-cepat di dalam tupperware tahan panas @ bekas apa-apa @ loyang (ikut suka). Kena buat cepat-cepat takut sejuk nanti dia beku.
*** masa dalam periuk tu dia tak panas sangat & takdak masalah apa pun letak dalam tupperware sebab ramai yang buat bisnes pun pakai tupperware nipis ja..
TIPS= kalau suka biskut tu lembut boleh rendam dengan susu cair @ air masak sampai lembut & toskan.. Nak blend biskut bagi hancur pun boleh ikut tekak masing-masing..