Ni Penting Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain Wujudkan ‘Bonding’, Kita Dapat Ajar Dengan Cara Menyeronokkan

Share

Sudah menjadi lumrah, apa sahaja perkara yang menyeronokkan, aktif dan meriangkan, itulah yang membuatkan anak-anak kita teruja untuk lakukan dengan bersemangat dan bertenaga. Bahkan, sepanjang anak-anak kita belajar di sekolah sekali pun, ada sahaja elemen ceria dan menggembirakan dipraktiskan oleh guru-guru untuk menarik perhatian anak-anak kita untuk belajar.

Hakikatnya banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh kita lakukan bersama anak-anak di rumah. Bahkan setiap kali melakukan aktiviti tersebut, kita sebenarnya sedang mendidik anak-anak menjadi seorang yang rajin, pandai berdikari, bertanggungjawab dan penyabar. Selain tidak dapat dinafikan, inilah juga caranya untuk kita anak beranak wujudkan ‘bonding’ yang erat.

Gambar sekadar hiasan
  1. Cuci Kereta Bersama

Rasanya inilah aktiviti paling anak-anak suka lakukan pada hujung minggu bersama seorang ayah. Maklumlah ketika inilah anak-anak kita dapat bermain air dengan gembira sambil cuci kereta. Jadi masa dan ketika inilah kita dapat terangkan pada anak-anak betapa pentingnya penjagaan kebersihan.

Bukan sahaja badan kita perlu mandi setiap hari, tetapi kereta pun kena ‘dimandikan’. Begitu juga dalam bab berjimat dalam penggunaan sumber air, setidak-tidaknya anak-anak tahu bila masanya perlu tutup paip dan ini sekali gus menjadikan mereka lebih bertanggungjawab untuk elak berlakunya pembaziran.

Gambar sekadar hiasan
  1. Hasilkan Lukisan Bersama

Anak-anak suka melukis dan mewarna. Bagi mereka itu suatu aktiviti yang cukup menghiburkan dan aktitivit ini sebenarnya bagus untuk membantu menajamkan pemikiran, meningkatkan skil dan mengembangkan kreativiti anak-anak.

Aktiviti melukis juga dapat membantu supaya anak-anak dapat meluahkan emosi serta apa terbuku di hati mereka dengan kaedah lebih santai. Selain itu, dengan melukis boleh mengembangkan kreativiti anak secara semula jadi. Biarkan anak-anak meneroka aktiviti ini dan mencipta imaginasi sendiri. Mungkin anda mungkin terkejut untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka!

Alangkah bagusnya sekiranya kita juga dapat luangkan masa untuk melukis bersama anak-anak. Selain memberi pelajaran baru, aktiviti sebegini mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak.  Hasil lukisan bersama ini boleh anda simpan buat kenangan yang cukup berharga untuk seisi keluarga.

Gambar sekadar hiasan
  1. Memasak Bersama

Ada ibu ayah anggap aktiviti ini biasa-biasa sahaja tetapi bagi anak-anak inilah masa yang ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi aktiviti sebegini dapat membantu mendidik anak untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemakanan sihat.

Dalam usia muda, anak-anak mudah menyerap maklumat dan belajar benda baru. Waktu ini adalah paling sesuai untuk mereka belajar tentang pemakanan yang baik dan tabiat makan yang sihat.

Ibu bapa boleh menyuntik pemahaman pada anak-anak dalam penyediaan sajian makanan dengan cara memasak yang sihat, seperti mengukus, memanggang atau membakar berbanding kaedah menggoreng. Sebagai contoh, memanggang ayam adalah lebih sihat dan kurang berminyak berbanding menggoreng.

Dalam masa yang sama, menggalakkan mereka menyertai proses penyediaan makanan, daripada merancang sehingga membeli bahan dan memasak. Justeru, anak dapat mengenali jenis makanan sihat yang mengandungi karbohidrat, sumber protein, vitamin dan sebagainya.

Mereka penuh dengan imaginasi ketika melihat bahan-bahan tersebut. Bahkan ini juga cara terbaik untuk kita perkenalkan jenis-jenis tepung, membezakan rasa, mengenal warna dan sebagainya kepada anak-anak dengan lebih menarik.

Gambar sekadar hiasan

4. Menyanyi Bersama

Mengikut kajian, muzik juga dapat membantu perkembangan otak terutama otak kiri yang berfungsi sebagai ‘intelligent quotient’ (IQ) yang bermaksud kemampuan intelektual. Justeru, dengan menyanyi dapat meningkatkan kepintaran anak-anak dalam berfikir dan menyelesaikan masalah.

Dalam masa yang sama, dapat memastikan anak-anak kita mempunyai keyakinan diri dan berani bercakap dihadapan orang ramai. Apabila anak-anak membuat persembahan di khalayak ramai misalnya, secara tak langsung dapat membina keyakinan diri selain menghilangkan perasaan gementar di hadapan orang ramai.

Justeru, aktiviti menyanyi bersama anak-anak bukan mereka sahaja merasa kegembiraannya malah kita juga dapat rasa kebahagiaannya. Aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa

Pun begitu, jika inginkan saat menyanyi ini lebih unik dan istimewa, jadi apa kata kita cipta momen hebat dengan sama-sama menyertai pertandingan peraduan Champs Vitamin C 250mg + Zinc Effervescent di mana anak-anak boleh menyanyikan lagu Didi & Friends X Champs | Champs Vitamin C 250mg + Zinc Effervescent Pilihan Sihat.

 

Tekan sini untuk keterangan lanjut 3 langkah!