Ni Namanya Abang Dari Neraka, Belasah Adik Silap Tukar Siaran Televisyen
Abang yang sepatutnya jadi pelindung pada adik! Tapi sebaliknya dengan berita ini. Sampai hati abang belasah adik hanya gara-gara silap tukar siaran televisyen.
Lebih menyedihkan lagi, abang kandungnya itu sanggup ugut bunuh terhadap adiknya. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Permai, di sini, semalam.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Mementik laporang Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika suspek meminta mangsa berusia 23 tahun menukar siaran televisyen.
“Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai penjual burger tersilap menekan alat kawalan jauh menyebabkan suspek menumbuk badan dan mulut mangsa menggunakan tangan.
“Suspek juga menampar muka mangsa dan mengugut dengan menyatakan ‘dah cukup bagus aku tak bunuh kau’. Difahamkan, suspek kerap bergaduh dengan mangsa kerana sikapnya yang panas baran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Susulan laporan itu, kami menahan suspek berusia 26 tahun yang juga penganggur di rumahnya jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes curi dan dadah, manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.”
TAHAN REMAN 4 HARI
Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 30 Disember nanti untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
“Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah termasuk ugutan dan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.
Mohamad Farouk berkata, mangsa dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ditumbuk di bahagian dada, rusuk kanan dan bibir.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club