Rupanya ramai yang mencari resipi kurus viral yang hanya menggunakan air rebusan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati pada harga yang murah.
Cuma kena konsisten rajin untuk melakukan rebusan kepada bahan-bahan yang perlu dimasakan.
Bagi yang nak kurus cara mudah boleh je produk di luar sana tetapi bagi yang nak cuba cara alami jom ikuti perkongsian ini, Liza Hamdi. Yang pasti kena rajin!
Ni la bahan bahan utama air kurus viral. Kayu manis Ceylon tu patahkan dua tau.
Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak-kakak kat luar sana. Bila restock KMC jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Cik Li nak selfie ngan KMC ni. Camno laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg.
Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri jek. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur. Tak de bahan pelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kan. Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun sekilo
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RESIPI AIR KURUS VIRAL
BAHAN: 5 gelas air 2 batang serai, diketuk 7 biji cengkih 1 batang kayu manis Ceylon 3 hiris halia, diketuk 1 biji lemon Madu
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Tutup api, ambik 1 gelas air rebusan. Bila suam, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan. *** Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, panaskan atas dapur atau dalam microwave. Perah lemon dan tambah madu (ulang jek step macam atas tu).
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari-hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bahan-bahan yang kita guna semua best best.
KHASIAT
Kayu Manis Ceylon Casadiab – boost metabolisme badan – kurangkan kolestrol – kurangkan selera makan – lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar – lancarkan period dan servis dalaman
Serai – bantu penghadaman – buang toksin dalam badan – kurangkan bau badan – cantikkan kulit – kurangkan stress – cairkan lelemak degil – anti kanser – kurangkan kencing manis – kurangkan jerawat kat muka
Halia – buang angin dan toksin dalam badan – pecahkan lemak – hilangkan bau badan – lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam
Lemon – cuci kerak-kerak lama dalam usus – bakar lemak degil – ada vitamin C, bagus untuk kulit – anti kanser – mengempiskan perut
Cengkih – boleh mencegah stroke, cegah darah beku – lancarkan pencernaan – cantikkan kulit – wangikan badan
Madu – melancarkan darah – tambahkan tenaga – antioxidant – mencegah kanser – pemanis semula jadi Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang besttt sangat.
Ads
CARA PENYEDIAAN BERGAMBAR:7 STEP KENA BUAT
1.Rebus dengan 1 liter air.
2.Rebus sampai mendidih selama 15-20 minit. Pastu tutup api.
3.Ambik 1/2 gelas air rebusan.
4.Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 cawan air panas. Tapi kalau air rebusan ni baru jek masak, tambah air masak biasa.
5.Pastu perahkan lemon, 1 hiris jek cukup.
Ads
6.Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu asli. Pastikan guna sudu plastik tau.
7.Kacau rata rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan kurus. Minum 30 minit sebelum makan.
Baki air rebusan tu korang tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais. Nanti bila nak minum korang ulang je step kat atas tu.
Selamat mencuba. Moga azam tahun baru 2023 tercapai!
Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
Rahim dan faraj dua anggota tubuh wanita yang cukup penting dan perlu dijaga rapi kerana keduanya berkait dengan peranakan.
Antara cara yang boleh diamalkan wanita dalam memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit adalah dengan melakukan penjagaan luaran. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan.
Mandi serum
Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya ia boleh saja dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
– Halia
Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit. Mandi serum paling mudah boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tahu best atau tidak cuba dan rasakannya sendiri.
Bertangas
Tidak ramai yang amalkan bertangas. Mungkin merasakan aktiviti ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.
Terdapat dua jenis iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.
Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.
Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.
Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.
Meruang
Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj.
Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Sumber: Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya ada yang tercari-cari petua apakah yang paling sesuai untuk diamalkan dalam penjagaan luaran untuk satu badan dengan menggunakan satu bahan, jawapannya ada lidah buaya!
Petua cantik dengan lidah buaya memang diakui berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Namun tahukah anda, tidak dengan itu sebenarnya lidah buaya ini atau juga dikenali sebagai aloe vera adalah pilihan terbaik untuk digunakan pada keseluruhan penjagaan tubuh.
Pun begitu, ketahui cara dan bagaimana untuk menghasilkan ramuan penjagaan kecantikan berasaskan aloe vera ini. Jom semak.
SELURUH BADAN
Cara-caranya1
1. Kupas kulit
2. Ambil isi
3. Perah dlm botol
4. Sapu shj diserata tubuh
WAJAH
Boleh juga buat skrab
Cara-caranya:
1. Ambil alovera tadi
2. Tambah putih telur
3. Sapu dimuka
4. Biar kering sebelum dicuci bersih.
RAMBUT DAN KUKU
Boleh juga dijadikan sebagai minyak untuk rambut sihat
Cara-caranya :
1. Ambil alovera
2. Perah
3. Ambil air/patinya dan tambah minyak zaiton
4. Sapu dirambut dan kuku
5. Biarkan 30minit
6. Bilas bersih.
Sumber : Eddy Rusdi via Viral Oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...