Pelakon yang juga seorang usahawan yang sedang meningkat naik, Wawa Zainal berkongsikan rasa gembira dan syukurnya selepas kedua ibu bapanya yang berasal daripada Sabah telah bersetuju untuk menetap di Semenanjung.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, di Instagram (IG) miliknya, dia menghadiahkan rumah yang telah diubah suai supaya kedua ibu bapanya dapat mendiaminya dengan selesa.
“Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa buat keputusan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.”
Ujarnya lagi, pada awalnya, dia ingin menghadiahkan rumah dua tingkat namun mengubah keputusannya memandangkan ibu bapanya sudah berusia dan sukar untuk naik turun tangga.
Jadi dia telah membeli rumah setingkat dan telah diubah suai mengikut keselesaan ibu dan bapanya.
Pada awalnya melihat keadaan rumah tersebut yang agak lama, memang telah air liur juga namun setelah diubai suai, dekorasi rumah tersebut memang sangan mengagumkan.
Perkongsian video tersebut ternyata menjadi inspirasi buat pada pengikut Wawa dan tidak ketinggalan rakan artis seperti Zarina Zainuddin, Fasha Sandha dan juga Syida Melvin yang memberi reaksi positif.
Ramai juga yang sebak mendengar doa yang dibacakan oleh ayah Wawa yang terharu apabila dihadiahkan sebuah rumah untuk tinggal bersama di Semenanjung.
Semoga kisah Wawa Zainal ini menjadi inspirasi buat kita semua.
Kewujudan pagar rumah selain bertujuan untuk keselamatan kita sekeluarga malah tidak dinafikan bila sekeliling rumah di pagar dengan tembok batu, ia nampak lebih tertutup dan sekali gus dapat memberi ruang privacy.
Pun begitu, membina tembok batu memerlukan modal yang agak besar tambah-tambah di musim PKP ini, tentu ada yang berkira-kira untuk mengeluarkan bajet untuk berbuat demikian.
Namun disebabkan tidak berapa selesa dengan keadaan pagar rumah yang boleh terlihat begitu jelas hingga nampak apa yang kita lakukan oleh kejiranan yang lalu lalang, jadi ada baiknya untuk sementara waktu ini anda lakukan seperti mana yang dikongsikan oleh Che Kiah ini.
Dengan menggunakan Fence Edge iaitu sejenis PVC telah ‘dianyam’ ke pagar rumahnya dan sekali gus menjadikan kawasan di dalam pagar rumahnya terlindung dengan hanya bermodalkan RM58.70.
Menarik bukan?
Jadi tunggu apa lagi, jom ketahui lanjut perkongsiannya di sini.
Menurut Che Kiah beginilah keadaan asal pagar rumahnya dan ternyata nampak begitu jelas oleh kejiranannya. Lalu dia mencari solusi dan mengambil idea daripada perkongsian warganet di media sosial dan mempraktikkan pada pagar rumah dan terbukti dia cukup berpuas hati dengan usaha yang dilakukan.
“Panjang pagar rumah 28 kaki dan saya beli fence edge dengan ukuran saiz 50mmx200M. Cara pemasangan fence edge ini adalah dengan teknik mengayam atau menyulam di pagar. Satu tape panjangnya 200m dan berharga RM58.70 sahaja, memang berbaloi,”ujarnya.
Tambahnya lagi, ” Saya siapkan semua ini dalam beberapa hari dan setelah seminggu dipasang masih kekal elok walau pun hujan lebat dan panas terik. Cara nak pasangnya sangat mudah. Sulam fence edge dan pada bahagian atas pagar hendaklah dipotong lebihkan sedikit daripada ketinggian pagar. Kemudian lebihan tersebut saya lipatkan dan stapler untuk nampak kemas.
Manakala di bahagian bawah boleh dibiarkan begitu sahaja, ia akan terletak elok cuma saya potong secara menyerong.”
Inilah hasilnya dan ternyata ruang dalam kawasan pagar rumah terlindung sedikit daripada keadaan sebelumnya.
Jadi buat anda yang ingin mempraktikkan idea ini bolehlah buat pada bila-bila masa. Untuk memudahkan anda membeli fence edge seperti yang digunakan oleh Che Kiah, boleh klik di sini untuk membeli di Shopee.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tanam jagung tepi rumah pun dapat hasil yang gred A. Jangan tak percaya, inilah yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah menerusi facebooknya.
Selain menggunakan ruang yang terhad, Azuan juga menggunakan pasu, tong cat dan juga tayar untuk tanam jagung. tapi hasilnya memuaskan hati.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia. Sila kongsikan tips ini dengan jiran ya sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.
“12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah” Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun. Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus didalam petak tanaman. Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat. Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Ini tipsnya. 1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik. 2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point. 3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus. 4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point. 5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point. 6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari. 7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi. 8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja. 10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari. 11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS. 12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Kalau di Hollywood, selebriti Paris Hilton adalah salah seorang pencinta kucing yang sangat terkenal sampaikan dia mempunyai banglo untuk kucing-kucing kesayangannya.
Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia pun kita ada pencinta kucing yang telah membina banglo khas untuk kucing-kucingnya.
Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.
Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.
Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.
“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.
“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.
“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.
“Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing,” katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang.
“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.
“Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah.
Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.
Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.
“Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga,” katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny.
“Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan… saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan.
Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut.
“InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah,” katanya.
“Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...