Mengajar anak untuk dapat membesar jadi orang yang baik dan mendengar kata ibu dan ayah bukanlah tugas yang mudah, lagi-lagi selalu kita dengar ada yang merungut macam-macam hal dalam mendidik anak lelaki.
Anak lelaki sering dianggap nakal, tidak dengar kata, kurang suka belajar, banyak bermain dan ramai merasakan sepatutnya anak lelaki perlu diberi lebih tanggungjawab, jiwa kena kental, tidak boleh terlalu beremosi dan sekali gus anak lelaki sebenarnya akan menjadi harapan keluarga.
Namun tahukah anda, dalam kita mendidik anak-anak lelaki ini sebenarnya kita juga banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Untuk itu, mari kita baca perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini dan menurutnya ada 5 jenis kesalahan terbesar yang sering dilakukan dalam mendidik anak lelaki.
5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki
1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan
Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression ) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan
2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki
Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.
Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa.
3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali
” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”
Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!
4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki
Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan
5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki
Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.
Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!
Daya tahan setiap anak itu tak sama dan berbeza.
Sumber : Taufiq Razif
Wang tunai RM300 untuk dimenangi!
Meriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini dengan menyertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka. Caranya mudah sahaja, tonton video di bawah ini:
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520