Minat mendalam pada bisnes sudah bercambah lebih awal, namun dia masih tidak mendapat rentak dan petunjuk bidang mana yang menjadi pilihannya. Justeru, hasrat tersebut dipendam terlebih dahulu.
Setahun bekerja dalam sebuah syarikat pembangunan, dia mengambil keputusan untuk berhenti. Usai mendirikan rumah tangga, dia memilih untuk membantu suaminya di pejabat. Namun minat dalam bidang bisnes membuatkan empunya diri yang dikenali sebagai Zurin Zakaria nekad untuk membuka bisnes sendiri.
Sedar persaingan dalam bidang ini bukan semudah yang disangka, sementelah dia sudah punya kerjaya tetap. Namun alah bisa tegal biasa, dek kerana minat dia teruskan jua.
Jujur mengakui butik yang dibuka ini ibarat ‘anak sulungnya. Jelas Zurin, sudah lama dia mengidam untuk memiliki anak perempuan, justeru nama Carrisa menjadi pilihan untuk butiknya.
“Dah lama saya mengidam nak anak perempuan, tetapi belum ada rezeki. Justeru, saya abadikan nama tersebut pada butik. Ia juga ibarat baby saya yang ‘sulung’.
Ads
“Awalnya saya tercari-cari apa bisnes yang mahu diceburi. Sehinggalah saya pulang dari mengerjakan umrah, tergerak hati untuk memakai hijab dan suami turut memberi sokongan.
“Jadi saya terfikir ada baiknya jika saya membuka butik menjual tudung dan pakaian. Alhamdulillah suami menyokong pilihan saya ini. Dia banyak membantu terutama dalam pengurusan dan juga modal. Kebetulan saya tidak membuat sebarang pinjaman, segala modal adalah hasil simpanan saya sendiri dan bantuan suami,” jelas Zurin lagi.
Selama 6 bulan dia memulakan bisnes secara online dan dalam masa yang sama turut mencari tapak untuk membuka butik. Cita-cita itu akhirnya terlaksana apabila butik yang diimpikan selama ini berjaya dimiliki pada tahun 2015. Kini Zurin Zakaria mampu tersenyum lebar dengan kejayaan butiknya yang kini terletak di The Strand, Kota Damansara yang menyajikan pilihan buat pelanggannya.
Ads
“Walaupun sudah bertapak dalam bidang ini, namun saya mahu pastikan bisnes ini bertapak lama. Saya mahu pastikan apabila sudah naik, saya akan berada di atas. Namun dalam masa yang sama, saya tetap ‘pandang ke belakang’ untuk melihat apa yang terkurang atau perlu diperbaiki.
Perancangan saya, mahu melebarkan sayap sehingga ke luar negara. Dalam masa yang sama, saya pastikan kualiti produk terjamin supaya pelanggan berpuas hati. Harga juga mampu milik dan konsisten setara dengan kualiti yang kami tawarkan.
Ads
“Boleh dikatakan kami lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami ada segala-galanya di bawah satu bumbung. Selain hijab, pakaian, kami juga menawarkan kosmetik. Bahkan, staf kami boleh membantu mencadangkan apa jenis kosmetik yang sesuai dengan pilihan busana. Jadi, pelanggan tak perlu pergi ke dua tiga tempat kerana di sini sudah ada segala-galanya,” jelas Zurin yang cukup cerewet dan sentiasa memastikan bahan yang digunakan tidak mendatangkan kesan buruk pada pelanggan.
Ditanya berkenaan pengusaha produk lain yang banyak menggunakan selebriti, akui Zurin mereka juga bakal berbuat demikian. Namun masih dalam proses memilih dan setakat ini dia memilih untuk berkolaborasi dengan juru mekap profesional dalam menggunakan produk Carrisa.
Memiliki staf seramai 5 orang untuk butik, manakala untuk kosmetik pula 3 orang. Selain itu, Carrisa juga memberi fokus kepada online dan website. Terbaru, dia turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen mahupun stokis bagi produk berkenaan. Selain memberi fokus pada ready to wear, Butik Carrisa turut menyediakan blaus, palazo, skirt dan pelbagai jenis selendang yang boleh disuai padan dengan gaya harian wanita. Biarpun setiap rekaan diberi sentuhan, moden namun tidak keterlaluan. Itu yang dititikberatkan oleh Zurin supaya sesuai dengan cita rasa pelanggan.
“Sejujurnya, saya tidak mahir dalam rekaan fesyen kerana latar belakang dalam perniagaan namun minat mendalam menyebabkan saya berusaha untuk belajar. Pengalaman mengendalikan bisnes suami menjadi panduan kepada saya dalam menguruskan bisnes ini. Dalam masa yang sama, saya turut mendapatkan pendapat dan pandangan daripada kawan-kawan yang lebih awal terbabit dalam bidang ini,”ungkap Zurin sebelum mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak waktu kecil dahulu, guna pelbagai alasan gara-gara tidak mahu ke sekolah? Antara alasan yang paling kerap guna kalau tak demam, rasa pening kepala! Dua ni lah yang selalu digunakan sehingga mak ayah memang ‘masak’ sangatlah perangai anak-anak ini.
Kalau dulu, seawal 4 tahun ibu ayah hantar anak-anak ke sekolah tadika kan, sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Zaman moden kini, ramai ibu bapa yang cakna dengan pembelajaran anak dengan menghantar mereka ke playschool di mana bukan sahaja itu menjadi transit tempat untuk anak-anak duduk sementara ibu bapa pergi bekerja, tetapi anak-anak lebih awal terdedah dengan kawan-kawan untuk bergaul sambil bermain dan belajar.
Tidak terkecuali buat pengacara, Dayah Bakar yang turut menghantar anaknya Fahri ke playschool seawal usia 2 tahun. Bagi sesiapa yang mengikuti laman sosial personaliti ini, mesti pernah lihat telatah anak ini yang gelagatnya buat orang tak kering gusi.
Baru-baru ini, Dayah bakar ada berkongsi anaknya dah mula ‘panjang akal’. Berbeza dengan kanak-kanak lain yang mungkin menangis teresak-esak, tetapi Fahri bagaimanapun secara spontan buat isyarat kepalanya kurang selesa sebagai alasan untuk tidak pergi sekolah.
Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu mendapat tontonan ramai dan meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak Dayah Bakar sekali gus mempersoalkan di mana dia belajar ‘taktik’ tersebut. Tidak ketinggalan, segelintir mereka turut berseloroh bahawa Fahri mungkin ikut alasan ibunya sewaktu kecil dahulu.
Pada ketika ramai ‘berperang’ melawan penyakit Covid-19, warganet pula ‘diancam’ dengan pelbagai penawar yang tidak dapat disahkan kebenarannya. Bahkan ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pesakit Covid-19.
Berkongsi pengalaman daripada bekas pesakit covid-19 berkenaan kesan yang dirasai daripada amalkan beberapa petua untuk merawat Covid-19 ini wajar dijadikan teladan.
Ini perkongsiannya.
I’m Covid19 Stage 4 survival!
Alhamdullilah sudah beransur pulih sudah melepasi tahap kritikal yg paling bahaya. Allah masih sudi pinjamkan umur dan nyawa kepada aku… amiinn
Aku bersyukur hanya aku yang positif dalam family.
Gejala demam dpt selepas aku amik 2nd dos vaksin hari ke 2. Ingat demam simptom after vaksin rupa nya melarat sampai tiada deria bau. Amik keputusan buat swab test hasilnya seperti dijangka.
Jadikan panduan
Petua2 yg dilarang utk pesakit positif covid mengikut pengalaman aku adalah.
Petua tersebut tidak boleh sama sekali digunakan pakai dan ia mendatangkan bahaya nyawa dalam sekelip mata seperti yg terjadi pada aku. Oxisgen aku turun mendadak ke paras 80
Dilarang keras: Air Kelapa ( tak kira lah dicampor apa bahan sekali) Sangat-sangat merbahaya kerana dia membuat saluran pernafasan menjadi sempit diruang paru2 dan suhu badan menjadi semakin meningkat.
Air Lemon akan membuat kita mengalami sakit perut yg sgt kerana sifat lemon sudah bertukar kepada acid dan memburukkan kesihatan
Cuka membantu menyempitkan saluran pernafasan membuat kita semakin sukar bernafas
3 item ini lah menyumbang kepada kematian!!! Jika kita tidak segera ke hospital.
Petua Terbaik
Petua paling terbaik adalah minum air suam secukupnya supaya badan dan tekak kita sentiasa basah. Mkn buah2 yg tidak berunsur sejuk atau supplement vit c. Jika demam mkn panadol. Tido dan makan secukupnya.
Terima kasih kepada kesayangan2 hamba terutama nya suami terchinta Norazli Ridzuan dan anak2 Amira Norazli yg menjaga mami tanpa berbelahbagi serta adikberadik iparduai dan kawan2 yg mengetahui turut memberi doa kesembuhan utk aku, aku hargai semuanya.. semoga kita semua dilindungi.
Terima kasih kpd kakitangan hospital
Selayang unit zon kuning ward 6A mereka memberikan service terbaikkkkk!!! Utk semua pesakit covid. Hanya Allah dpt membalasnya🥰
Jangan pilih jenis vaksin, pilih nyawa anda. Vaksinasi selamatkan nyawa.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.