Andai ingin berjinak-jinak untuk menyemai tanaman di laman rumah, ada baiknya. Selain boleh mengisi masa lapang, bercucuk tanam juga tidak dinafikan menjimatkan dan memudahkan kita. Contohnya jika menanam sayur, herba atau sebaginya, jadi bolehlah dituai hasilnya untuk dinikmati bersama seisi keluarga tanpa perlu membeli dipasaran. Jadi sebelum proses menuai dapat dilakukan, pastinya kita kena tahu serba sedikit ilmu untuk menyemai tanaman tersebut.
Selain perlu mendapatkan biji benih yang berkualiti, tanah yang digunakan juga perlulah berkualiti untuk membantu pokok semaian dapat hidup dengan subur. Menariknya juga, terdapat 3 jenis campuran tanah yang berbeza dengan formula berbeza. Penyediaannya tidaklah sukar dan bolehlah dicuba sebagaimana yang dikongsikan di sini. Begitu juga diharapkan dengan info sebegini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk berkebun di laman rumah bila melihat hasilnya yang mengujakan.
Ini formulanya.
Biasa guna 3 jenis nak buat campuran tanah yang bagus:
Tanah merah
Tahi ayam
Pasir
Ada 3 formula yang boleh diikut:
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
3 tanah merah, 2 tahi ayam dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
**media[101597]**
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
2 tanah merah, 1 tahi ayam, 1 sabut kelapa halus/pasir.
Sesuai untuk tanaman sayur
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
1:1:1 ini sesuai untuk nak semai benih.
Cara penyediaan:
1. Semua di atas tu digaul rata ya baru boleh untuk tanam anak pokok atau semai benih.
2. Pastikan tanah sentiasa lembab untuk kesihatan pokok, jangan terlalu basah.
Harap membantu semua rakan-rakan yang kurang faham macam mana nak sediakan tanah yang ok untuk jenis tanaman.
Sumber : Jom Tanam Sayur Sendiri