Melalui perkongsian daripada Encik Rusyaidi ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak info buat kita sebagai ibu. Sekiranya terjadi anak kita terkunci di dalam bilik, tidaklah kita terus panik kerana kita sudah ada ilmu untuk membuka pintu tersebut walaupun kuncinya hilang entah ke mana.
Ayuh kita hadam sama-sama teknik dan skil untuk lakukan sesi menyelamat ini. Jom semak!
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:
1. Keadaan sentiasa kunci, dan
2. Keadaan Normal.
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang2, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.
Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.
Sekian. Assalam.
sumber : Rusyaidi Husni Abdul Latib
Bapa, Anak & Cucu Berkongsi Pelamin. Majlis Cukup Istimewa, Melambangkan Keharmonian Keluarga!
Bapa, Anak & Cucu Berkongsi Pelamin. Majlis Cukup Unik, Melambangkan Keharmonian Keluarga!
Umumnya bila kita menghadiri majlis perkahwinan, sepasang pengantin akan diraikan dengan penuh kemeriahan. Namun perkahwinan 3 generasi iaitu bapa, anak serta cucu ini dalam merealisasikan hari bersejarah mereka dengan melangsungkan majlis perkahwinan secara serentak di Jalan Rezab 2, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas cukup istimewa.
Ahmad Omar, 80, (bapa) bersanding bersama pasangan, Juriah Misubani, 61; Rozita Ahmad, 45 (anak) pula bersanding bersama Mohd Yazid Ali, 44; manakala Nurhazimah Mohd Hussin, 24, (cucu) dengan pasangannya, Mohamad Zulhaire Zakaria, 22.
Majlis bersejarah itu turut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu sebagaimana memetik laporan akhbar Harian Metro, majlis pernikahan Ahmad berlangsung pada 1 Jun, Rozita pula pada 3 Jun manakala Nurhazimah pada 30 Jun.
Pasangan mempelai Ahmad Omar dan Juriah mengenakan pakaian serba kelabu, Nurhazimah bersama Mohamad Zulhaire pula serba merah manakala Rozita serta Mohd Yazid berpakaian ungu.
Ketiga-tiganya bersanding di rumah Mohd Hussin Jambari selaku tuan rumah yang juga bapa kepada Nurhazimah.
Ahmad yang juga bapa kepada enam anak dan mempunyai 15 cucu serta tiga cicit berkata, majlis pernikahannya berlangsung di Pejabat Kadi Pontian dengan hantaran RM5,000.
Katanya, kelangsungan majlis berkenaan, termasuk bersanding secara serentak adalah hasil permuafakatan semua pihak, termasuk ahli keluarga pengantin.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak, termasuk penduduk kampung serta saudara-mara, yang membantu menguruskan majlis ini,” katanya yang bekerja sebagai petani.
Bagi Rozita yang juga anak bongsu daripada enam beradik, dia bersyukur dengan kelancaran majlis persandingan itu.
“Siapa sangka, tiga generasi bersanding di pelamin yang hari yang sama. Ia cukup menunjukkan eratnya silaturahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
“Saya berdoa supaya perkahwinan kami sentiasa dirahmati Allah SWT. Terima kasih juga kepada semua yang membantu,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di daerah ini.
Sementara itu, tetamu, Robaniah Jamari, 60, berkata, majlis berkenaan bukan sekadar menjadi kenangan buat mempelai malah tetamu.
“Majlis ini cukup unik serta melambangkan keharmonian dalam keluarga juga masyarakat,” katanya.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini.
Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
“Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia,” ujarnya.
Menghampiri usia 50 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi watak penting,” katanya.
Tanggal 11 Disember tahun lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
Tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
- Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
- Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
- Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
- Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
- Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Lasagna Super Sempoi Membuatnya, Tapi Rasa Super ‘Umph’!
Alangkah sedapnya jika menikmati Lasagna yang mempunyai rasa pedas, pekat, creamy dan penuh cheese. Apatah lagi jika dimasak sendiri untuk dimakan bersama seisi keluarga, pasti puas hati.
Ditambah pula dengan ragam anak-anak kita yang begitu mudah terasa lapar tidak kira waktu. Kadang-kadang buntu juga kita untuk sediakan menu yang cepat disediakan, mudah dan dalam masa yang sama nampak istimewa di mata anak-anak.
Jadi inilah dia pilihan menu yang sangat-sangat praktikal untuk disediakan. Andai masih tercari-cari resipi yang dijamin sedap rasanya, apa kata kita mencuba menu yang dikongsikan ini.
“Saja nak share resipi bergambar cara-cara buat Lasagna tapi ni cara sayalah, I’m not Italian so ini bukan la cara yang original macam depa buat, but who cares? Janji sedap dan boleh makan banyak-banyak sebab buat sendiri kan! Heheheheh….”
Bahan-bahan
500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (saya pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je, jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yang saya pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak kepingan Lasagna
Cara-cara:
1. Tumis bawang yang di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dengan garam dan spices yang anda ada.
4. Untuk masak white sauce, cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul-ketul.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jangan lama sangat kalau tak nanti hancur. Saya celup dalam air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sebab nanti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yang sama hingga habis. Akhir sekali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.
Selamat mencuba!
sumber : From the Kitchen of Puspa Wangi