Solat tarawih andai dapat ditunaikan secara berjemaah di masjid tentu lebih seronok dirasakan, namun tidak semua berpeluang dan berkesempatan untuk sama-sama lakukan berjemaah di masjid atau pun surau yang berdekatan.
Apatah lagi dengan pematuhan SOP di masjid-masjid dan ditambah pula ibu-ibu yang mempunyai anak masih kecil, tentu sahaja keadaan tersebut menghalang untuk dapat sama-sama mendirikan solat tarawih pada tahun ini.
Jadi usah kecewa dan ayuhlah kita fahami cara bagaimana untuk mendirikan solat tarawih secara bersendiri di rumah dengan membaca ayat-ayat tertentu yang mudah dan ringkas.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Yatie Eimra ketika mengandungkan anaknya dahulu dan cara untuk menunaikan ibadah ini telah dikongsikan olehnya untuk manfaat bersama.
SOLAT TARAWIH SECARA SENDIRIAN
Mak-mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid, bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni. Saya ambil ni dari buku solat-solat sunat kepunyaan mak saya. Cara solat tarawih ini memang ringkas dan sangat mudah nak buat (tasbih dan selawat hanyalah sunat).
Seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi mak saya suruh ikut cara tarawih dalam buku ni bila tak ke surau. Almaklum lah, arwah ayah dah takde sejak kecil, adik-beradik yang ada kat rumah pun perempuan je. Bila 2-3 orang datang bulan serentak, dah tak dapat nak pergi surau. So belajarlah buat solat tarawih sendiri kat rumah masa tu.. Even masa mengandungkan Fydh dulu pun, alhamdulillah saya dapat buat solat tarawih setiap hari. Tertinggal sehari jer sebab dah bersalin.
Bukan setakat mak-mak, anak-anak remaja yang baru nak belajar-belajar solat tarawih pun boleh buat cara ni kalau tak berkesempatan ke surau/masjid. Mak-mak jangan jadikan alasan tak dapat pergi surau/masjid tak boleh buat tarawih.. Ramadan setahun sekali jer, jomlah kita tambahkan amalan.
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam*
Ekstra Tip :
Disebabkan solat tarawih ini dilakukan secara sendirian, lebih mudah jika baca surah Al-Ikhlas pada setiap rakaat ke-2 supaya tak mudah keliru/lupa bilangan rakaat.
Doa pendek juga merupakan amalan sunnah sahaja sebagai waktu berhenti/selingan (maksud tarawih adalah beristirehat — berhenti seketika supaya solat tarawih dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergesa-gesa)
?sangat disarankan baca doa pendek ini kerana mengandungi doa ‘afuw di dalamnya. Sebaik-baiknya doa ‘afuw di dalam doa diulang sebanyak 3x.
Bukan semua daripada kita sukakan daging kambing. Walaupun ia merupakan makanan sunnah yang seharusnya diamalkan oleh semua umat Islam namun ada juga yang menolak daging kambing ini dalam menu mereka.
Alasannya kerana daging kambing bukan hanya kurang enak tetapi meninggalkan bau yang tidak sedap ketika di makan. Sedikit hamis.
Mungkin ayat yang paling tepat adalah bau hamisnya yang cukup kuat. Begitu kata sesetengah daripada mereka yang tidak makan daging kambing. Sebenarnya ada cara yang tepat untuk mengatasi masalah bau hamis daging kambing ini.
Cuba ikuti petua yang diberikan ini dan hasilnya daging kambing bukan hanya hilang bau hamisnya, bahkan juga lebih enak di makan.
Cara 1
BAHAN-BAHAN:
Daging kambing
Air kelapa
Limau nipis
Caranya:
Caranya adalah mudah sahaja. Selepas daging kambing dibersihkan, rendamkan seketika daging ini ke dalam air kelapa.
Biarkan selama setengah jam.
Biarkan seketika ia mesra. Selepas itu, angkat dan cucilah dengan air biasa sebelum di masak.
Cara 2
Bahan-bahan:
Limau nipis
Selain cara itu, merendamnya ke dalam perahan air limau nipis juga merupakan satu langkah menghilangkan bau hamis ini.
Rendam seketika dan kemudian barulah dicuci hingga bersih. Selamat mencuba.
Cara 3
Bahan-bahan:
Tepung gandum
Gaulkan tepung gandum bersama daging kambing yang sudah dibersihkan.
Biarkan diperap seketika.
Basuh bersih dan masaklah seperti biasa.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak melihat pelakon Zahirah Macwilson di kaca TV. Usai melahirkan bayi sulungnya, masa ibu muda ini dihabiskan dengan si kecil.Selepas setahun berehat daripada bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anak, kini isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza memberitahu sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkata, dia kini dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang sesuai dan bertanggungjawab dalam membantu dirinya menjaga anak lelakinya, Isaac Raees yang kini berusia 11 bulan.“Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.
“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.
“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap,” katanya kepada mStar.Dia dalam pada itu mengakui berat badannya susut mungkin disebabkan terlalu sibuk menguruskan anak sulungnya.
Tidak hairanlah jika melihat penampilannya yang semakin langsing tidak ubah seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata, dia tidak mengamalkan sebarang diet atau gaya hidup sihat.
“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman.
“Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kencing manis pula.
“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan,” ujarnya.Dalam pada itu, pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian filem tersebut yang mendapat sambutan walaupun ditayangkan ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19.
Tambahnya lagi, dia gementar apabila mendapat tahu filem pertamanya itu dicalonkan untuk bertanding dalam FFM31.
“Saya sangat bangga dengan projek ini sebab kita shoot pada 2018 dan ditayangkan pada 2020, waktu itu tengah pandemik. Risau juga kalau tak dapat sambutan, tapi Alhamdulillah dapat maklum balas yang baik daripada penonton.“Rasa nervous juga sebab ini merupakan kali pertama berlakon filem dan masih belum matang lagi dari segi lakonan. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan untuk dicalonkan dalam mana-mana kategori tetapi bersyukur sekiranya ada,” kata Zahirah.
Pokok bendi boleh ditanam di dalam polibeg. Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Hendak tanam pokok bendi tidak sesusah mana. Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg:
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
“Raya sepatutnya jadi masa paling bahagia... tapi kenapa ayah nampak murung?” Perkongsian ini bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada nak faham satu sudut...