Stress bila white head penuh di muka terutama di sekitar zone T? Tambah stress lagi jika terpaksa pula setiap bulan buat rawatan kecantikan untuk menghilangkannya. Pasti mahal kosnya,bukan?
Tapi kini sebagai cara berjimat dan dalam masa yang sama dapat membuat rawatan penjagaan kecantikan untuk membuang whiteheads yang ada diwajah, bermodalkan serendah RM 0.40 tentu sesuatu yang cukup mengujakan.
Hal ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Semoga perkongsian ini dapat memberi mamfaat untuk kaum ibu memiliki kulit wajah bebas whitehead!
Saya kongsikan cara paling jimat untuk buang white head degil itu.
Boleh follow step by step dekat gambar di bawah.
1. Sediakan sebiji telur dan 3 keping tisu muka.
2. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja. Masukkan ke dalam bekas dan rendam bersama kapas muka di dalamnya.
3. Tampalkan pada bahagian wajah dan biarkan sehingga 1 jam.
Yang paling penting muka mestilah diwap dengan air suam dulu untuk buka pori supaya lebih terangkat.
Ini hasilnya dan disarankan konsisten buat seminggu dua kali.
sumber:Yanie Rosdi