Kita sering mendengar peribahasa Melayu ada menyebut; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang memberi maksud bila saling tolong menolong semua kerja akan menjadi mudah dan senang dilakukan.
Begitu juga halnya bila suami kalau membantu isteri dalam urusan mengurus rumahtangga, kalau tak banyak kerja suami boleh dibuat, sedikit pun jadi dan sebenarnya amat dihargai oleh isteri.
Bahkan melalui perkongsian daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan mengenai tugas bagaimana yang en suami boleh lakukan dengan cara yang paling mudah.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya ringkas seringkas-ringkasnya cara nak bantu dan mudahkan urusan isteri untuk para suami buat.
1. Kalau tak nak basuh semua pinggan, basuh pinggan sendiri sahaja.
2. Kalau tak nak masak semua lauk, tolong masak nasi sahaja.
3. Kalau tak nak kemas meja sebelum makan, tolong susunkan pinggan dan lain-lain sebelum makan.
Ads
4. Kalau tak boleh tolong basuh baju, tolong letakkan pakaian sendiri dalam bakul baju kotor.
5. Kalau tak nak basuh tandas, bersihkan sepenuhnya selepas guna.
Ads
6. Kalau tak mampu nak lipat semua baju seluar, jangan sepahkan bila ambil pakaian sendiri.
7. Kalau tak nak mop semua lantai, jangan kotorkan atau lap terus bila tertumpahkan apa-apa.
8. Kalau tak rasa nak kemas satu rumah, jangan sepahkan ruang tamu.
9. Kalau rasa diri tak romantik, janganlah garang sangat.
Ads
10. Kalau nak yakinkan isteri yang anda tak curang, jangan kunci telefon.
11. Kalau tak sabar nak jaga anak, jangan marahkan isteri apabila dia marah anak. Itu adalah perkara yang normal dalam mendidik anak.
12. Kalau perlukan masa peribadi sendiri, beri juga masa peribadi untuk isteri.
Ringkas bukan? Ini benda yang paling minimum dan sangat mudah. Jika anda buat ini, saya pasti ramai isteri yang akan lebih tenang. Saya bukan cadangkan para suami buat semua benda ini sahaja, tetapi ini untuk yang baru nak bermula atau selama ini tertanya-tanya “apa lagi yang isteri aku nak?”
Menyediakan sebiji kek untuk dimakan bersama seisi keluarga tentunya memerlukan langkah-langkah tertentu seperti penyediaan bahan, mengadun ramuan dan hinggalah dimasak dengan teknik dibakar atau pun dikukus sebelum dapat dinikmati. Umumnya akan mengambil masa anggaran 40 hingga 60 minit lamanya. Itu baru satu biji kek, dan cuba bayangkan jika anda teringin makan dua jenis kek dalam satu masa. Pasti seharian anda akan berada di dapur untuk menyediakan kek!
Namun perkongsian daripada dapur_kakzura ini cukup menarik untuk dipraktikkan. Dia menggabungkan kek pisang dan kek coklat dalam satu biji kek. Bukan sahaja seisi keluarga dapat merasai 2 jenis kek dalam satu masa, malah penyediaan cara ini lebih menjimatkan masa dan jimat bahan-bahan kek yang digunakan. Malah dan yang paling penting rasa gabungan kek pisang dan kek coklat, begitu menyelerakan.
Nak tahu detail cara penyediaannya, begini resipi yang dikongsikan. Selamat mencuba!
Kek pisang moist dua benua
Kek Pisang 2 Benua
Bahan-bahan:
3 biji pisang berangan
180ml minyak masak
3 biji telur
150gm gula perang
1 sk esen vanilla/esen pisang
Sedikit garam
(kisar)
1 1/2 atau 2 sb serbuk koko
150gm tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
(ayak bersama)
Cara-caranya :
– tuang bahan kisar dalam bahan ayak.. kacau sampai sebati
– bahagi dua adunan.. satu letak serbuk koko.. kacau-kacau rata
– sediakan loyang 8×8.. masukkan dua-dua adunan nak jadi 2 benua tu atau sengetkan loyang.. tuang yang plain kemudian yang coklat
– hias dengan hirisan pisang.. badam.. coklat.. kacang dan lain-lain.
Baru-baru ini isu seorang selebriti remaja membuka hijab hangat diperkatakan. Malah isu ini juga antara yang sering terjadi dikalangan selebriti.
Sesungguhnya, sebagai umat Islam ia wajib bagi setiap wanita muslim. Melihat situasi ini, hati seorang suami kepada selebriti terkenal iaitu Yana Shamsuddin, Fadzil Zahari melahirkan rasa kebimbangan.
Beliau mendoakan agar isterinya teguh imannya supaya tabah dan istiqomah dengan penampilan isterinya. Melalui instagram suami Yana melahirkan coretannya. Sesungguhnya sebaik-baik doa untuk isteri adalah dari suami.
Doa suami Yana sebegitu, menjelaskan menunjukkan ciri-ciri seorang suami yang amat mencintai isterinya walaupun sudah berkahwin lama. Bertuah Yana mempunyai suami yang mendoakan baik-baik buat isterinya.
WARGAMAYA TITIP DOA
Dalam pada itu, netizen mendoakan yang terbaik buat Yana.
Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya. Lebih memeritkan lagi, keadaan kewangan keluarga ini terbatas untuk menampung perbelanjaan rawatan hospital yang tinggi.
Seperti nasib seorang ibu muda, Zairazma Zairazma memiliki seorang anak penghidap Tumor Wilms yang juga dikenali sebagai nephroblastoma sejenis ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.
Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri tahap 3. Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu. Kemudian pada 11 Mac 2018, adik Aliff dikehendaki untuk melalui proses pembedahan pembuangan buah pinggang sebelah kiri kerana kanser sudah pun merebak dan meroskkan buah pinggang sebelah kiri adik Alif. Kami dengan berat hati dan redha hanya berserah kepada Allah. Selepas pembedahan buah pinggang sebelah kiri, doktor memaklumkan bahawa limpa adik Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser nya sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.
Adik Alif merupakan penghidap kanser Wilms Tumour iaitu kanser buah pinggang kronik stage4. Adik Alif sekarang ini sekarang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Subang Kerian untuk sesi kimoterapi. Anak saya telah membuat pembedahan yang besar iaitu membuang buah pinggang belah kiri dan limpa.
Menurut Zairazma lagi, dia juga tidak mampu lagi menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital.
"Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. Suami berkerja tetapi pendapatan banya sekadar RM1k denga menyara 2 lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari segi PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan. "Disebabkan ada kitaran kimoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak.
Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan bantu dengan share post ini sudah memandai bagi saya.
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini dan diharapkan kesembuhan buat adik Alif. Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: 7620871090 (CIMB) – Zairazma Bte Ghani.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.