Daun bawang adalah merupakan sejenis sayuran dari kelompok bawang yang banyak digunakan dalam masakan. Sering juga dijadikan bahan tabur di dalam menyediakan masakan sup, mertabak dan sebagainya.
Pun begitu, perasan tak biasanya bila kita menyediakan hidangan sup untuk satu famili, kuantiti daun sup yang diperlukan tidaklah banyak mana pun. Namun dipasaran, umumnya daun bawang dijual dalam kuantiti yang banyak untuk satu ikat.
Pastinya, setiap antara kita akan mengalami lebihan daun bawang setiap kali membeli untuk digunakan di dalam masakan harian. Bila lebihan tersebut disimpan di dalam peti sejuk, lama kelamaan layu dan kering pula jadinya, betul bukan?
Jadi apa cara yang boleh dilakukan untuk tidak lagi melakukan pembaziran tersebut?
Ini petuanya yang boleh anda semua lakukan selepas ini, sharing bermanfaat daripada Naziati Abdullah.
“Biasa takdan habis guna, daun bawang dah kecut & x elok nak guna dah. Jadi hujung minggu haritu ibu cuba tips daun bawang tahan lama yg rakan fb kongsikan. Tapi ibu inovasikan ckit sbb xde bekas kecik2 & utk jimatkan ruang esbok. Alhamdulillah daun bawang kekal segar bila nak guna tu
.”-Naziati AbdullahUntuk itu, turut dikongsikan cara untuk melakukan petua ini untuk makluman semua.
sumber : Naziati Abdullah