“Ni Baru Real, Luar Setinggan Dalam Kondo.” Pak Cik Ni Kongsi Rumah Usang Undang Simpati, Bila Masuk Ini Yang Berlaku

Share

Ungkapan jangan menilai daripada luaran sesuai untuk menggambarkan perkongsian lelaki ini.

Saudara Salahuddinmazelan menerusi laman TikTok berkongsi satu video ketika menjenguk sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki tua.

Pada awalnya, ramai mula simpati mengenangkan nasib warga emas tersebut selepas melihat keadaan kediaman yang seakan-akan sudah hampir reput.

Malah, lelaki berkenaan dipercayai hanya tinggal seorang diri serta pekerjaannya juga masih tidak diketahui.

Usai pintu dibuka, mata terpaku dek keindahan di dalam kediaman berkenaan. Tampak begitu mewah persis hotel 5 bintang. Bukan sahaja cantik, malah susun atur perabot tampak menarik dan kemas dengan pilihan rona gold sebagai tema.

Bukan sekadar itu, tatkala kaki melangkah ke ruang bilik air, kelihatan tab mandi yang cukup moden lengkap dengan sinki berteknologi sensor.

Mula-mula nak kesian, bila masuk dalam terus kesian kat diri saya…kalau macam ini perompak pun confuse.

Itu antara kata-kata yang dikongsikan warganet tatkala melihat ruang di dalam kediaman tersebut yang cukup menarik.

Bukan tu je,ramai yang kagum dan teruja. Tak kurang yang memuji kediaman tersebut unik dan memiliki aura tersendiri.

Malah,  perkongsian itu juga sempat memberikan inspirasi kepada orang ramai agar tidak menilai sesuatu hanya dengan luaran semata-mata.

 

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp
#pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

@Sabir Sabang 🇲🇾☑️:mula2 ingatkan pakcik ni orang susah …sekali masuk dalam…saya lagi susah

@▪️AripAjax▪️:Aku bru nk tlg bg bantuan, skali dia masuk dalam, aku lak rasa nk mntk bantuan. hmmm

@♡︎シ︎:tu org kata jgn hina org miskin sbb kite tatau kehidupan sebenar die☺️

@siszai.com:Mcm masuk alam lain rasanya. Dahlah semua gold kaler. Lau sorang2 suh msk cfrm kuar semula sbb takut msk alam lain😂😂😂

@Azhar Osman:biar diluar tk Cantik tetapi didalam lebih indah yg Kita Lihat, Renung²lah.

@Amelianaz2:sama macam orang pakai smart tapi duit takdak orang pakai selekeh tapi duit berkepuk

@ayyan Rosse:tadi aku tgk kesiannya skli bukak pintu yaaa ampunnn nk nangis aku.punyala cantik.ni betol2 Lua setinggan dlm condo 😂

Sumber: salahuddinmazelan


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club