‘Ngam Dengan Menantu’, Terbaiklah Sheila Rusly

Share

Bila sentuh bab mertua dan menantu ini pastinya ramai yang mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza. Ada segelintir yang berpendapat susah untuk menjalinkan hubungan baik dengan ibu mertua tetapi ada juga yang sebaliknya.

Tak terlepas dari memberi komen tentang isu ini, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly atau lebih senang dipanggil sis Sheila berkata hubungan dengan menantunya sangat baik. Ketika disoal oleh wartawan Keluarga, menantunya, Elisya Sandha yang juga merupakan pelakon juga sangat selesa dan menerima Sheila dengan baik.

@keluarga.my💕♬ original sound – Keluarga

 “Alhamdulillah, menantu saya selesa dan menerima sis seadanya. Kita sangat-sangat ngam dan okay, happy je,” katanya.

Dalam Islam juga menuntut untuk membina keluarga yang bahagia, oleh itu Sheila juga menginginkan perkara yang sama serta menegaskan bahawa dia tidak pernah mengakui dirinya sebagai ibu mertua yang baik.

“Saya tak cakap pun saya mak mertua yang baik, saya hanya jadi diri saya. Saya memang inginkan keluarga yang bahagia.

“Untuk mencipta satu keluarga yang bahagia, kita haruslah berbaik-baik sesama kita. so benda tu pun dituntut dalam islam.

Sementara itu, Sheila juga tidak setuju dengan kenyataan bahawa dia perlu jadi baik setelah menjadi ibu mertua malah sempat memanjatkan rasa syukurnya terhadap hubungan baik dengan menantunya itu.

Sumber: TikTok Keluarga