
Bila sentuh bab mertua dan menantu ini pastinya ramai yang mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza. Ada segelintir yang berpendapat susah untuk menjalinkan hubungan baik dengan ibu mertua tetapi ada juga yang sebaliknya.
Tak terlepas dari memberi komen tentang isu ini, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly atau lebih senang dipanggil sis Sheila berkata hubungan dengan menantunya sangat baik. Ketika disoal oleh wartawan Keluarga, menantunya, Elisya Sandha yang juga merupakan pelakon juga sangat selesa dan menerima Sheila dengan baik.
@keluarga.my💕♬ original sound – Keluarga
“Alhamdulillah, menantu saya selesa dan menerima sis seadanya. Kita sangat-sangat ngam dan okay, happy je,” katanya.
Dalam Islam juga menuntut untuk membina keluarga yang bahagia, oleh itu Sheila juga menginginkan perkara yang sama serta menegaskan bahawa dia tidak pernah mengakui dirinya sebagai ibu mertua yang baik.
“Saya tak cakap pun saya mak mertua yang baik, saya hanya jadi diri saya. Saya memang inginkan keluarga yang bahagia.
“Untuk mencipta satu keluarga yang bahagia, kita haruslah berbaik-baik sesama kita. so benda tu pun dituntut dalam islam.
Sementara itu, Sheila juga tidak setuju dengan kenyataan bahawa dia perlu jadi baik setelah menjadi ibu mertua malah sempat memanjatkan rasa syukurnya terhadap hubungan baik dengan menantunya itu.
Sumber: TikTok Keluarga
Siti Nurhaliza Peruntukan RM10,000 Sebulan Untuk Sekolah Afwa & Aafiyah Yang Dibina Di Gaza

Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang. Penyanyi nombor satu negara ini sememangnya terkenal sebagai selebriti yang banyak membuat kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara.
Menyumbang kembali kepada masyarakat merupakan cita-citanya sejak dahulu. Memetik laporan dalam Oh Bulan, Siti, 43, bersyukur kerana hasratnya untuk membuka sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin yang diberi nama Afwa dan Aafiyah sejak 5 Oktober 2021 lalu dipermudahkan.
Menurut Siti, sekolah tersebut ditubuhkan menerusia Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dan diuruskan oleh wakil khas Gaza.
Sekolah yang ditubuhkan hampir setahun itu sudah mempunyai 50 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak seawal umur empat tahun.
“Alhamdulillah, setiap bulan saya dan suami secara peribadi serta Yayasan Nurjiwa membuat sumbangan untuk keperluan sekolah itu. Kita nak berterusan dan semuanya daripada kami.
Kalau ada rezeki lebih, contoh setiap kali saya ada persembahan, menjadi duta, memang saya peruntukan, agihan zakat saya atau apa, untuk dibahagikan juga kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah itu. Sekarang sudah ada hampir 50 pelajar.
Buat masa sekarang, sekolah itu diuruskan oleh sahabat baik kami di sana. Dia akan mengemaskini apa saja aktiviti pelajar di sana, seperti pengajian, ujian, hafazan, peperiksaan, malah ketika hari jadi saya dan kedua-dua anak, mereka mengadakan doa selamat di sana.”
Tambah Siti Nurhaliza lagi, dia memperuntukan RM10,000 sebulan untuk kegunaan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan.
“Setakat ini kami menyewa tempat dulu termasuk tenaga pengajar pun kita yang bayar. Setiap bulan memang diperuntukan RM10,000 kadang lebih dari itu, sebab ada nak beli buku dan sebagainya. Tapi amaun itu memang tetap.”
Siti ditemui ketika majlis Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’Sri Siti Nurhaliza yang diadakan di Heritage Club @ Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai persembahan selama dua jam, Siti berkata ia bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi juga mengajar peminat bersama-sama berbuat kebaikan.
Pelantun lagu Anta Permana ini mensasarkan kutipan RM1 juta untuk dua malam iaitu pada 5 dan 6 November dan dana akan disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.
Dana daripada yayasan tersebut bukan sahaja untuk sekolah Afwa & Aafiyah sahaja, tetapi turut membantu rakyat Malaysia mana yang terkesan dengan banjir, Covid-19 dan yang nak membina masjid.
Sumber: ohbulan & IG Siti Nurhaliza
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
“Aktif, Tak Tahu Datang Mana Tenaga Dia” Hamil Anak Kedua Zahirah Macwilson Terlebih Aktif, Naik 10kg!

Sarat hamil anak kedua, pelakon cantik Zahirah Macwilson dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun baby bumpnya semakin membesar.
Bahkan kata Zahirah, dia merasakan dirinya tidak banyak perubahan fizikal biarpun berat badannya naik 10kg.
“Kandungan saya enam bulan, nak masuk tujuh bulan dan masih lagi bekerja selagi mampu.
“Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi. Berat badan naik. Saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif bekerja jadi tak nampak sangat.
“Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi,” kongsinya.
Bahkan kata ibu cantik jelita ini lagi, dia dan Aiman sudahpun mengetahui jantina anak kedua mereka tetapi akan mengumumkan bila sampai masanya kelak.
Tambah Zahirah lagi, anak sulungnya Isaac Raees insan paling teruja untuk menyambut kelahiran adiknya tidak lama lagi.
“Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adik. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.
“Nampak dia punya kematangan dan sikap seorang abang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu kata Aiman, isteri kesayangannya itu amat berbeza ketika hamil anak kedua ini. Jika dahulu Zahirah paling menjaga pemakanannya tetapi kini dia tidak kisah malah cukup sukakan makanan Melayu.
“Anak kali ini lain sangat. Dia aktif, tak tahu datang mana tenaga dia.
“Dia sebelum ini sangat menjaga pemakanan dan tak minum minuman bergas. Nasi-nasi semua tak makan, tapi kali ini dia belasah semua.
“Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia,” katanya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Anak Tak Lalu Makan, Apa Yang Ibu Bapa Kena Buat. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Setiap ibu bapa pastinya runsing apabila anak tidak lalu makan atau cerewat makan. Situasi ini akan menyebabkan ada ibu-ibu stres memikirkan menu untuk anak. Puas dipujuk , namun anak tetap tak nak makan. Bukan apa, jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan anak. Melalui laman facebook Dato’ Dr.Suriyakhatun menjelaskan bagaimana menguruskan situasi ini. Ikuti panduannya.
—————————————————————–
ANAK TAK LALU MAKAN?
Bahagian satu.
Bertubi-tubi pembaca pm saya minta pendapat nak buat apa. Anak banyak minum susu dan tak lalu makan.
Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat.
Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri .
Disamping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya.
Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.
Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.
1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)
3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
4. Anak ada masalah penghazaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Oklah wahai ibu-bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.
Bersambung..
PS. Bagi ibu-bapa yang berjaya beri anak real foods dan hentikan botol yang berbotol-botol
BAHAGIAN DUA
Manfaat gantikan susu kepada real foods memang banyak .
Antaranya
1. Anak berselera nak makan
2. Peningkatan sistem immune dan anak akan jarang sakit.
3. Perkembangan emosi dan motor yang baik .
4. Kesihatan usus yang optima
5. Jimat belanja
Saya bukan suruh hentikan pengambilan susu. Saya suruh hadkan supaya anak lebih banyak makan real foods .
Bila anak tidak sihat dan tak lalu makan pada masa-masa tertentu mungkin dia akan minta susu. Pada masa begini eloklah berikan susu.
Kenapa saya suruh pilih susu segar? Susu segar tidak ditambah sebarang kimia , perasa atau pewarna serta gula.
Anak lebih setahun sudah boleh diberikan susu segar. Kurang dari setahun dia boleh diberikan susu ibu dan susu formula.
Ada yang memberi comment bahawa bila saya suruh anak makan makanan seperti orang dewasa, anak akan mengambil makanan masin dan bergula dimana makanan ini tidak baik untuk kesihatan anak. Saranan ini adalah untuk anak yang lebih dari dua tahun tetapi saya perhatikan anak dibawah dua tahun pun tak suka makanan yang tidak ada rasa dan telah dilembutkan menjadi puree atau bubur. Ada anak-anak lebih suka nasi, mee dan meehon dari bubur dan puree. Selagi makanan itu sihat dan tidak berkimia berikanlah.
Tentang makanan anak tidak boleh diletak garam, Betul kah begitu ?
Garam adalah keperluan badan dan disebabkan garam memang keperluan, kita tidak suka pada makanan yang kurang garam. Yang perlu dijaga adalah garam berlebih dan garam ‘table salt’ yang tidak mengandungi garam asli sebab telah di ” bersihkan” ie refined dan telah ditambahkan bahan kimia untuk tidak bergumpal dan senang dituang. Pilih garam laut asli atau garam bukit. Ini ada mineral selain sodium chloride. Walaupun begitu tak perlulah tambah kicap atau letak banyak garam untuk anak bawah setahun Biasakan dia makan dan minum yang kurang masin dan ada manis asli.
BAHAGIAN KETIGA
Sudah ikut segalanya, kurangkan susu formula jajan dan processed foods, , buat menu sihat dan sedap, layan anak dengan baik, jaga emosi dia tanpa marah marah dan sudah pujuk sebaik nya . Masih juga tak lalu makan ?
Anak yang masih tidak lalu makan?
Cuba semak semasa anak di rumah pengasuh dan taska, apa amalan di sana?
Perhatikan najis anak, adakah optima dari segi bau dan texturenya, keras lembutnya. Jika bau terlalu kuat atau masam, terlalu keras atau lembut, ini bererti microbiota usus nya tidak optima. Betulkan dengan memberi supplement prebiotik dan probiotik ( saya sudah banyak kali sebut ini, cuma buat search posting berkenaan) , Betulkan yang ini dahulu.
Anak yang tak lalu makan akan kekurangan zat penting dan ini boleh di atasi dengan memberi supplements. Guna supplement di perbuat dari natural foods . Contoh adalah Gam Arab, Boabab, Serbuk Moringa. Selain ini ada produk seperti Vitastrath yang mudah diberikan dalam bentuk titis dan mengandungi 65 nutrisi penting untuk badan. Langkah supplement ini adalah untuk memberikan pada badan apa yang diperlukan untuk repair balik usus yang mungkin sudah terjejas menyebabkan selera makan kurang.
Jika anak suka sup, buatkan sup sayur dan sup tulang. Walaupun anak cuma ambil supnya saja, ini pun sudah ada banyak vitamin zat galian dan asid amino yang diperlukan.
Jika anak suka aiskrim, buatkan aiskrim sihat. Saya akan masukan gam arab, Baobab, minyak kelapa, santan, dan buah-buahan yang telah blender kan. Untuk jadikan manis saya letak gula melaka yang tulis atau madu tulin.
Bagi anak yang suka gula saya buatkan gula gula sihat. Gam arab dan Baobab campur madu, minyak kelapa dan sedikit air . Masukkan juga sunflower seeds, almonds atau pumpkin seeds yang sudah dikisar. Adunan ini bila dibuat pekat boleh dijadikan bulat-bulat seperti guli dan disimpan dalam peti sejuk ,
Ada banyak tips dari ibu yang sudah lalui fasa anak tak lalu makan atau fasa perubahan diet kepada diet sihat dalam ruang comments bahagian satu dan dua. Masuk ke laman Page Dr.Suriyakhatun dan baca comments pada posting berkenaan untuk tips ibu-bapa .
#taklalumakan
tolong share di bahagian comments.