“Ney Ney Lahir Tak Cukup Bulan & Terpaksa Dibedah Kerana Ada Fibroid Sebesar 10cm.” Nora Danish Dedah Perlu Buang Fibroid Jika Mahu Hamil Lagi.

Share

Pandangan orang yang skeptikal yang mengutuk anaknya, mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Ney Ney tidak comel dan sebagainya. Namun sebagai seorang anak seni Nora Danish akui sudah biasa dengan situaasi tersebut. Cuma sebagai ibu, sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan pada dirinya.

“Sebagai anak seni saya dah biasa dengan kutukan dan kritikan. Tetapi apabila bergelar ibu, perasaan itu lain. Dulu waktu saya dan suami berkongsi berita dan gambar anak di instagram adalah dengan niat untuk pengikut sama-sama happy tanpa memikirkan keburukan di sebaliknya. Saya memang sedih tetapi suami banyak beri semangat. Dia kata tak semua orang suka dengan kita, tetapi pedulikan asalkan kita selesa dan suka dengan apa yang kita lakukan.

“Tetapi kini anak saya dipuji comel dan sebagainya, tetapi saya anggap biasa dan itu lumrah dengan apa yang orang cakap. Memang suami sangat cool dibandingkan saya. Mungkin kerana naluri seorang ibu.

Nora ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi Jovian X Oh Most Wanted semalam. Dalam majlis tersebut, Nora Danish mengumumkan bekerjasama dengan pereka feseyn terkenal, Jovian Mandagie dalam mengeluarkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan Lip Cream edisi terhad.

Suami ringan tulang

Dua tahun bergelar suami isteri, akui Nora perselisihan faham adalah perkara biasa. Namun dia sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup romantik dan penyayang orangnya.

“Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada turun naik, pergaduhan dan perselisihan faham. Itu perkara normal. Sementelah kami sama-sama pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, suami banyak bersabar dengan emosi saya.

“Dia juga rajin melayan tetapi kami sama-sama memberi semangat. Dia rajin memberikan hadiah seperti bunga. Waktu bercinta dulu tak pernah dia buat kejutan sedemikian tetapi lepas kahwin dia memang suka buat benda-benda yang sweet dibandingkan saya.

‘Bab menambah anak lagi memang kami ada pelan lebih-lebih lagi kami teringin untuk dapat anak perempuan pula. Tetapi saya ada sejarah fibroid sewaktu melahirkan Neyney, jadi doktor minta saya buang fibroid itu terlebih dahulu sebelum pelan untuk mengandung lagi.

“Waktu lahirkan Neyney, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Memang besar fibroid 10 cm waktu itu. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal,” ujarnya.

Fibroid membesar bersama kandungan

Lebih menakutkan apabila doktor membayangkan waktu itu dia bakal dibuang rahim dan sebagainya jika situasi kronik.

“Saya masih ingat waktu ditolak ke labour room, doktor jelaskan kalau ada pendarahan teruk, kemungkinan rahim bakal dibuang, dimasukkan ke ICU dan saya waktu itu memang menangis-nangis.

“Sampaikan suami yang takut darah pun terpaksa masuk sekali dalam OT kerana takut itu kali terakhir. Tetapi alhamdulillah, semua ok dan anak pun tak perlu dimasukkan ke inkabutor ketika itu,” jelas Nora yang mengakui sehingga kini takut untuk menjalankan pembedahan membuang fibroid.

Anak rapat dengan suami

Ditanya mengenai anaknya, yang dilihat lebih rapat dengan suaminya, jelas Nora orang tengok memang nampak anak lebih rapat dengan suami tetapi sebenarnya dia memang rapat dengan semua orang.

‘Suami memang rajin post  gambaar dan video anak di instagram.  Kami sama-sama suka kongsi dengan pengikut tentang kehidupan kami. Cuma memang saya akui Ney Ney kalau dengan ayahnya dia lebih gembira, senyum dan ‘adore’ dengan ayahnya. Apapun saya bersyukur kerana suami seorang ayah dan suami yang penyayang selain ringan tulang di rumah.”jelas Nora Danish lagi.

Tak beri anak instagram.

Melihat situasi kini dengan sikap netizen yang suka mengutuk dan sebagainya, jelas Nora dek kerana itu dia tidak membenarkan anaknya memiliki instagram.

“Kita kena adab di media sosial kerana apa yang kita cakap mewakili diri sendiri, ibu dan keluarga yang mengajar kita. Malu kalau dapat anak yang komen teruk. Jadi sebagai ibu dalam melindungi anak-anak, saya tak benarkan Rayqal memiliki instagram selagi tidak berumur 18 tahun ke atas. Biar mereka dan besar dan pandai fikir apa yang baik dan buruk.

Sumber gambar: IG noradanish