“Nervous Tunggu Result, Hanya Mampu Berdoa.” Siti Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Warganet Titip Doa!

Share

Tiada yang lebih membahagiakan dan menggembirakan kbagi seorang wanita bergelar isteri bila mana  impian untuk bergelar ibu tercapai. Biar pelbagai dugaan dan ujian terpaksa dilalui namun, semuanya diharungi. Satu pengorbanan yang cukup besar demi mendapatkan cahaya mata.

Demikian juga dengan pelakon dan hos Siti Elizad baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.

Hos Progarm Mingguan Wanita ini menerusi laman sosial Instagramnya berkongsi beberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk tatapan umum.

Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio  yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.

“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . 👶 Semuanya berjalan lancar . Doakan yg terbaik buat kami ya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻


Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .

Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi.’ tulis Elizad lagi.

Pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia ingin berehat seketika demi menjalani rawatan IVF.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Rata-rata warganet mendoakan semoga dipermudahkan segalanya dan dikurniakan cahaya mata buat Elizad dan suami.

hajarhanif Alhamdulillah! Praying for good news😍 amin
aisyamri Semoga Allah kurniakan zuriat yg sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. Kami sekeluarga doakan cik jard cepat dapat baby! 🤗❤️ P/s kak pastry pie dah dapat buat nanti aku send apple pie kat umah! 😂
shasayuthi Semoga Allah kurniakan sebaik² zuriat utk kak elizad & husband.. insyaAllah, ada rezeki utk korg berdua. ❤️❤️
rahimah_khalid Semoga berjaya dan Allah permudahkan segala urusan
eliyanaisa please jangan stress2 yaa.. we’ll pray for ur success..
hafizafayyadh Tlg jgn banyak bergerak ,klu blh byk tdr jge mkn ,tde yg cukup dn rehat ,insyallah ada la nanti,dn doa
_bielove2310Bykkan rest … jgn buat kerja berat tau… mkn buah mkn kurma minum susu… semoga ada rezeki… jgn putus asa… ppuan selagi adanya period tiada yg mustahil… aamiin… @elizadsharifuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub