Nenek Neelofa Kongsi Amalan Harian Kekal Sihat Di Usia Emas!

Share

Dianugerahkan kesihatan meskipun telah berusia adalah satu nikmat yang cukup berharga.

Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof,77 berkongsi amalan harian,  tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun berada dalam keadaan sakit.

Menurutnya sebelum ini pernah menjalani pembedahan, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.

“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.

Sumber : Sinar Harian