Nenas selain enak dimakan bersama sambal kicap, tidak nafikan juga cukup menyegarkan rasanya jika dijadikan minuman.
Rasa airnya yang masam manis memberi kepuasan rasa ketika dinikmati, apatah lagi ketika bulan puasa ini.
Di sini Nor Haziqah ada berkongsi resipi menyediakan air minuman nenas yang enak rasanya untuk dicuba.
Nenas selain enak dimakan bersama sambal kicap, tidak nafikan juga cukup menyegarkan rasanya jika dijadikan minuman.
Kat sini saya sertakan sekali resepinya.
• Nenas potong dadu
• 3 cawan gula
• 1 liter air
• daun pandan
• bunga cengkih
• kulit kayu manis
• pewarna oren jika suka
Cara-cara
• satukan semua bahan dan masak sehingga buah nenas menjadi lembik.
Nak minum tambah air masak dan ais.
**yang ni lebih kurang buat air gula dulu lah tapi tak pekat macam air gula biasa tu.Selamat mencuba !
__________________________________________
Selain itu melalui perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar menemukan kita banyak manfaat dan kebaikan mengamalkan pengambilan nenas dalam pemakanan harian.
Ini perkongsiannya:
Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.
Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
Vitamin yang cantikkan kulit.
Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.
Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.
Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?