Ujian berumah tangga, ada suka duka, pahit dan manisnya sendiri. Siapalah kita nak menolak takdir tuhan.
Tidak terlepas daripada diuji, pelakon Zulin Aziz yang sebelum ini pernah memberi bayangan akan berpisah dengan suaminya kini kelihatan sedang cuba berdamai kembali.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zulin di lama Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa sedang dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangganya.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin turut berterima kasih atas segala doa yang telah dikirimkan buatnya dan tetap bersyukur atas ujian yang dihadapinya sekarang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sgt berat tapi hikmah dia sangat indah Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Zulin juga sempat menjelaskan mengenai hantaran yang dikongsikannya sebelum ini.
“Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu pekara yg berlaku, Yg mana tahu je yg tahu. Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” tambahnya.
Tidak cukup dengan itu, Zulin turut menjelaskan beberapa perkara melalui Instagram Storynya tentang isu keretakan rumah tangganya.
Untuk rekod, Zulin disatukan dengan pilihan hatinya Farhan Norzaini pada Februari 2022 yang berwakilkan abangnya iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.
Sumber: Instagram Zulin Aziz