
Ujian berumah tangga, ada suka duka, pahit dan manisnya sendiri. Siapalah kita nak menolak takdir tuhan.
Tidak terlepas daripada diuji, pelakon Zulin Aziz yang sebelum ini pernah memberi bayangan akan berpisah dengan suaminya kini kelihatan sedang cuba berdamai kembali.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zulin di lama Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa sedang dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangganya.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin turut berterima kasih atas segala doa yang telah dikirimkan buatnya dan tetap bersyukur atas ujian yang dihadapinya sekarang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sgt berat tapi hikmah dia sangat indah Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Zulin juga sempat menjelaskan mengenai hantaran yang dikongsikannya sebelum ini.
“Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu pekara yg berlaku, Yg mana tahu je yg tahu. Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” tambahnya.
Tidak cukup dengan itu, Zulin turut menjelaskan beberapa perkara melalui Instagram Storynya tentang isu keretakan rumah tangganya.
Untuk rekod, Zulin disatukan dengan pilihan hatinya Farhan Norzaini pada Februari 2022 yang berwakilkan abangnya iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.
Sumber: Instagram Zulin Aziz
Begini Petua Untuk Wujudkan Keluarga Bahagia. Pasangan Suami Isteri Sila Ambil Peduli.

Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan rumahtangga yang bahagia.

- SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
- Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
- Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
- Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
- Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
- Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
- Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
- Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
- Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
- Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
- Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
- Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
- Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati – “Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
- Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
- Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
- Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
- Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
- Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
- Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
- Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
- Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
- Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
- Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
- Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
- Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
- Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
- Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
- Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
- Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129. Ini doa favourite Rasulullah SAW.
- Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40.
- Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
- Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
Credit: Viral Media Johor
“Nak Bergenang Mata.” Norman Hakim Terharu Lihat Video Hubungan Mesra Abby Abadi Dan Memey.

Tidak dinafikan ramai yang suka melihat dua buah keluarga harmoni ini. Saban tahun mereka tetap meraikan antara satu sama lain. Begitulah dua buah keluarga ini iaitu keluarga Norman Hakim dan Keluarga Abby Abadi.
Biarpun mereka pernah berpisah dan kini masing-masing mempunyai pengganti baru, ia tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan hubungan baik.
Terbaru, Norman Hakim sekali lagi meraikan sambutan hari jadi Abby Abadi. Malah ia turut dibantu isterinya, Memey Suhaiza dan suami Abby, Faizal Zakaria.
Terharu hubungan yang amat baik
Dalam pada itu, Norman dalam posting yang lain turut meluahkan rasa syukur dengan sikap yang ditonjolkan oleh Abby dalam membesarkan anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka dahulu.
Juga bertuah memiliki Memey Suhaiza yang turut membimbang anak-anaknya.
“Bila tiap kali tengok ukhuwah korang berdua ni dari dekat ke,dari jauh ke atau mcm tgk video ni ke..mcm nak bergenang mata tp malu la,laki takkan nak angis kot.Tak mecho la.So ku gantikan air mata yg tak jadi nak genang tu dgn rasa terima kasih & syukur pada Allah diatas ‘skrip’Nya ini.”
“Semoga ukhuwah & kasih sayang ini kekal sampai akhir hayat hingga ke Jannah tertinggi dan mohon Allah sambung lagi ‘kat sana’ nanti.”
“Love u so much Adikku sayang Yebby Yabadi.Jaga diri,hiasi peribadi. Semoga di dalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t sepanjang masa Aamiin Ya Rabb.”
Peminat kagum hubungan dua buah keluarga besar ini.
Sumber: normanhakim_786
“Nak Menangis Tengok, Cantik Sangat,” Pelajar Tingkatan 1 Hasilkan Lukisan Bertaraf Antarabangsa, Ramai Yang Kagum, Universiti Pun Teruja!

Baru-baru ini tular mengenai bakat luar biasa seorang pelajar dalam bidang pendidikan seni. Pelajar tingkatan satu, Thassvyn atau mesra dipanggil Thaas telah menghasilkan lukisan bagaikan seorang profesional.
Teruja dengan hasil lukisan berkenaan, guru pelajar terbabit, Diyana Zainol telah berkongsi di facebook miliknya. Ramai warganet telah memuji hasil lukisan pelajar berkenaan.
Pelbagai komen warganet termasuk, melihat lukisan itu bagaikan sticker, taraf profesional, seakan 3D, ada juga yang ingin membeli lukisannya dan pelbagai komen lagi yang teruja melihat bakat yang sungguh inspirasi ini. Malah bakat pelajar ini telah mendapat perhatian daripada pihak Universiti.
Berikut perkongsian guru ini berkaitan dengan pelajar berkenaan menerusi facebooknya.
BAKAT MELUKIS SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI
Masa kelas Pdpr hari tu,Dalam kelas tingkatan 1,Bahasa melayu kita,ada dua orang pelajar lelaki yang paling bagus di antara semua pelajar kelas tu.seorang pelajar india muslim.sorang pelajar india.yang lain cuma biasa2 dan cuba jadi jadi luar biasa.so kita nak cerita pasal Thassvyn ni. Thaas ni bagus sgt,bila kita suruh deklamasikan syair dia buat denagn bersungguh walaupun peti suara dia volume perlahan sgt kalau nak dibandingkan dengan pelajar lelaki lain.dan dia boleh jawab semua soalan berkaitan kosa kata bahasa Melayu,lepas kelas dia akan terus snap gambar nota yang menggunakann pen berwarna terus kepada kita.hebatkan.
Masa sekolah dah dibuka secara bersemuka,kita pun tercari2 dua orang pelajar hebat kita ni.ok kemas orangnya.dan setiap kali ajar,Thaas ni mmang otak dia cepat serap dan faham.sedangkan ada beberapa pelajar lain yg menggunakan bahasa melayu sebgai bahasa ibunda akan tanya cikgu mcm ni ke?atau kita yang akan tegur cara dorng tersasar sikit.tapi Thaas ni bahasa melayu dia memng perfect untuk dikatakan sbgai pelajar tingkatan 1…ayat karangan dia mudah tapi betul.kosa kata dia agak banyak dibndingkan rakan2 lain.
KAWAN SATU KELAS PUJI HASIL LUKISAN
Semalam kita minta pelajar buat karangan berdasarkan iklan promosi baju raya.Pelajar lain semua perlukan bantuan dan penuh soalan..cikgu ayat saya betul x?..cikgu macam mana nak buat ayat untuk isi yang ini?..cikguuu iswann kacau saya!cikgu dia kentut kat muka saya!.aishhhlah..tapi Thaas ni memng suka duduk diam dan buat kerja sendri.tapi,apabila kita semak kerja dia memng sangat bagus❤dia dah siapkan karangan iklan yang kita beri.dan tengah kita bimbing pelajar chinese yang kurang fasih dlaam bahasa melayu,kita pandang Thaas keluarkan pensil warna.
Kita pun pergi kat dia, terkejut kita wakk dia tengah mewarna,kita terus ambil buku dia dan tanya awak tekap ke lukisan ni Thaas? Taklah. Saya lukis sendri.
Wowww..hebatnya.dia pun cakap dia suka melukis dan buku tulis sekolah tu dia jadikan buku lukisan dia di sekolah bila dia ada masa terluang..kita rasa meremang..lukisan dia kalau tengok memng real.tp sebb phne kita xcntik apabila ambil gambar,memng xsama..
Semua kawan-kawab dia kerumun dia cakap wow hebatnya awk thaas..n ada beberapa kawan satu sekolah rendah dia beritahu,cikgu dia memang suka melukis dri sekolah rendah. Kadang2 saya suruh dia lukiskan untuk saya.
Woww sangat..kita terus minta kebenaran dia,bawa buku dia kenhadapan dn tunjukkkan pada rakan2 dia yang xsempat menyibuk tadi n ckp ,haa tngok Thaas..dahlah sahsiah bagus,pandai bahasa melayu.ad bakat melukis pulak tu.semua kawan2 bg tepukan n ckp wowww cntiknya cikgu..ya,cntik sgt.dan Thaas pastikan awk belajar tingggi2 n jd pelukis hebat mcm Leonardo da vinci.orang yg hebat dalam akademik
.semua bidang dia hebat.dan pelukis hebat.nant awk dh ad nama ,contengan bermotif awak pun beratus2 ribu orng beli tau..n kawan2 dia semua rasa malu sebb kawan2 kelas dia kadang2 bising bila dia baca sebab suara dia halus sgt.n Thaas nampak malu dan sgt humble.serius guys..lukisan pelajar tingkatan 1 tp mcm woww sgt.lukisan kayu balak dihanyutkan air tu ,dia guna liquid tau nak bg nampak mcm buih..dan dia suka dinasour..teknik mewarna dia timbul guys..ak ase kalau ak mewarna diusia sekarang pun mahu mcm budak tadika lagi..
BAKAT DAPAT PERHATIAN DARIPADA UNIVERSITI
TERKINI: Menerusi posting terbaru,guru berkenaan telah memaklumkan bahawa pelajarnya telah mendapat undangan daripada pihak universiti yang berminat dengan bakat anak muridnya.
Hari ni kita masuk ke kelas Thaas dan beritahu dia berita gembira,antaranya mesej jemputan daripada dekan dan pihak universiti yg sudi menjemput Thaas sebgai tetamu berkaitan dengan bakat thaas❤Tq Dr. ❤ada individu yang ingin menghadiahi thaas sketch book❤ada pihak yang prihatin ingin berjumpa thaas untuk asah bakat thaas dan ada yang sudi memberi hadiah kepada Thaas tnda sokongan untuk hasil seni Thaas.
Terima kasih semua.saya pun terharu sekurangnya Thaas dapat pergi lagi jauh..Dan maaf sampai saya xsempat reply sebb terlalu teruja bercerita di sekolah tntng Thaas harini..Apabila saya beritahu tentang berita gembira di hadapan rakan2 Thaas,semua rakan thaas asyik ckpp wowwww bestnya..woww cikgu boleh x beritahu kami ni kawan thaas?..cikgu boleh tak letakkan gambar kami dengan Thaas?.hihi..comel rakan2 dia..bab nak menyibuk mcm biasa,nombor satu.Dan Thaas seperti biasa cuma tunduk malu.Anak yang baik dan humble bila dipuji.
jadi,lepas kelas kita telefon ibu thaas sebab semlm dah mklumkan thaas dah ada peminat dan nak tgok wajah Thaas dan kita minta Thaas bawa sebahagian koleksi gambar2 yang dia hasilkn untuk menjadi tatapan mereka yang sudi dan memberi sokongan kepada Thaas..dan untuk makluman,Thaas xpernah menghadiri mana2 kelas melukis diluar.
Berikut hasil lukisan pelajar berkenaan. Wow, Luar biasa!
WARGANET TERUJA HASIL LUAR BIASA SAMPAI ADA YANG SANGGUP NAK BELI
Sumber: Diyana Zainol
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club