Apabila berbicara soal kewangan, tentu ada antara kita mempunyai cara yang tersendiri. Malah ada yang mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan tabungan keluarga stabil.
Salah satu caranya adalah mengunakan kenderaan bersaiz kecil untuk menjimatkan kos liabiliti yang perlu ditanggung setiap bulan.
Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol punya pendirian dalam soal perbelanjaan untuk keluargannya. Biarpun golongan T20, dia dan isteri tidak kisah menggunakan kenderaan biasa-biasa untuk bergerak ke pejabat setiap hari.
Namun, hanya menjadikan kereta bersaiz besar sebagai ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.
Perkongsian yang sungguh inspirasi sehingga 11k, jom kita ikuti caranya.
“Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan… Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.”
Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.
Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan. Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.
Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.
Ads
Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.
Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu. Kawan…
Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.
Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.
Ads
Nasihat Untuk Orang Muda
▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…
▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.
▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.
▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.
▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.
Ads
‘FAMILY CAR’ UNTUK PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG ATAU JARAK JAUH
Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa, turut memiliki ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.
Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.
Sedia maklum diketahui ramai, selebriti dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Fazeera Nazri pada Mei lalu.
Baru – baru ini, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar akhirnya menamatkan pertanyaan dan persoalan peminat apabila mendedahkan nama puterinya itu kepada umum melalui postingnya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Fizo memuat naik detik – detik indah dia dan keluarga kecilnya pada majlis tahnik anak keduanya itu.
Dalam majis tersebut, Fizo telah mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Wan Umaira binti Wan Hafizol.
“Majlis tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol,” katanya ringkas menerusi keterangan postingnya.
Untuk rekod, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan dua orang puteri.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dan hubungannya terlerai dengan seorang usahawan jenama tudung terkenal di Malaysia. Hasil perkahwinan lepas, mereka mempunyai seorang anak bernama Wan Maryam.
11 tahun tunggu si kecil, hanya dipinjamkan selama 7 bulan, “kami reda lepaskan dia pergi.” 11 tahun menanti kehadiran si kecil, namun hanya sempat mengukir kenangan indah hanya selama 7 bulan.
11 Tahun Tunggu Si Kecil, Hanya Dipinjamkan Selama 7 Bulan, “Kami Reda Lepaskan Dia Pergi”
Menerusi perkongsian Nurul Afiqah, 35, wanita ini berkongsi satu-satunya zuriat, Nur Malaiqa Aqeela Ilham yang meninggal dunia pada usia tujuh bulan selepas berjuang melawan lapan penyakit yang didiagnosis sejak lahir.
“Tujuh bulan yang mencipta memori bersama Aqeela adalah hadiah terindah yang tiada ganti namun dia hadiahkan ‘syurga’ untuk kami selepas 11 tahun menanti kehadirannya. Kami reda serta ikhlas melepaskannya dia kembali kepada Allah SWT,” kata Nurul Afiqah Saidi.
Nur Malaiqa Aqeela atau nama panggilan Aqeela adalah anak sulung Nurul Afiqah dan suami, Ilham Ismail, 30-an selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas menanti selama 11 tahun.
Nurul Afiqah berkata, Nur Malaiqa Aqeela dilahirkan bersama ujian besar apabila bayi itu didiagnosis dengan lapan penyakit antaranya Kabuki Sindrom, Laryngomalicia, Thyroid, Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), Upper Respiratory Tract Illness (URTI).
Menurutnya, Aqeela pernah membuat pembedahan membesarkan saluran pernafasan sempit pada Mei lalu dan sepanjang tujuh bulan dia ditempatkan di wad hospital untuk pemantauan rapi.
“Sepanjang tempoh itu, kami banyak habiskan masa di hospital dan tukar kerjaya daripada mengambil tempahan kek kepada ejen hartanah supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.
“Aqeela seorang ‘fighter’ (pejuang) walaupun ada banyak penyakit dan pernah beberapa melalui keadaan kritikal, sejak lahir bernafas dengan menggunakan bantuan mesin oksigen yang akhirnya dia boleh bernafas tanpa mesin.
“Namun takdir Aqeela ‘pergi’ selepas demam dan dijangkiti kuman pada paru-paru (Influenza A), rotavirus, Adenovirus, dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) pada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Ogos lalu,” katanya menetap di Melor, di sini.
Dia yang menjalani rawatan IVF buat kali pertama itu turut mengakui kehilangan insan tersayang sangat perit, namun mereka reda meskipun Nur Malaiqa Aqeela adalah buah hati paling ditunggu-tunggu.
“Aqeela hadiah paling indah dalam hidup saya dan suami yang menyambut hari jadi pada 31 Januari lalu dan saya lahir, 5 Ogos namun anak meninggal dunia pada 9 Ogos.
“Selain Aqeela saya ada dua anak angkat masing-masing perempuan dan lelaki berusia lapan serta enam tahun yang dianggap seperti anak kandung,” katanya.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Afiqah berkata, ia sekadar kenangan keluarga bersama Nur Malaiqa Aqeela dan gambar keluarga mereka bersama jasad bayi itu satu-satunya gambar kenangan mereka.
“Itu foto kenangan kami (lima beranak) yang dirakam pada hari anak meninggal dunia sebelum dikebumikan,” katanya.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi dalam masa yang sama kena ada ketegasan dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T. itu yang cukup kita bimbangkan. Nak manjakan anak tak salah, tapi jangan keterlaluan sehingga anak boleh ‘pijak kepala’.
Perkongsian oleh saudara Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat. 5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya.
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya
1. Mak ayah mula jadi overprotective
Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung! Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting. Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti.
2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak
Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.
3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta
Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan. Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak. Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.
4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis
Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis. Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!
5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya
Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak. Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya. Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.